21
Jan

Amalan Harian Yang Kearah Ketenangan

Seperti dalam post sebelum ni, saya ada kongsikan bagaimana nak capai ketenangan. Biarpun apa yang anda dapat anda bersyukur sahaja. Kalau masih duduk rumah sewa pun bersyukur sahaja. Ada orang yang tak ada rumah langsung tidur tepi kedai.

Jika tengah susah sekalipun bersyukur sebab ada orang yang usahkan duit, nak makan pun terpaksa bergantung pada orang lain untuk suapkan makan.

Apa yang dikongsikan hari ini mungkin kita dah tahu cuma tak diingatkan atau tak tahu kehebatan amalan itu. Saya juga sama-sama berusaha untuk terus melakukan amalan ini sehingga akhir hayat disamping dapat berkongsi dengan anda selagi masih ada hayat.

Kalau dulu buat sesuatu untuk dapat ganjaran dunia semata-mata. Tak terfikir langsung bekalan untuk kehidupan yang akan datang dan kekal abadi hidup selama-lamanya.

Sebab itulah dulu bila dah kaya berhenti lakukan amalan menarik kekayaan seperti solat hajat, dhuha, sedekah. Buat itu semua kerana nak jadi kaya atau senang. Pasal ilmu masih cetek dan jahil.

Paling jahil bila berdoa kepada tuhan untuk keluarkan masalah hidup biarlah di akhirat susah didunia senang. Jangan dinafikan ada antara kita yang tak perasan permintaan kita begitu sebab ilmu cetek.

Jadi sekarang bila dah ada ilmu, buatlah amalan ni tak kira sama ada masa hidup senang atau susah, terus sahaja lakukan sampai kita dah tak ada peluang langsung untuk sujud kepada Allah selama-lamanya.

InsyaAllah, mari kita sama-sama berdoa kepada Allah untuk memberi kekuatan kepada kita agar ia dapat dilakukan secara istiqomah.

Amalan selepas solat, amalkanlah beristighfar 15 kali. Bermakna sepanjang hari melakukan solat 5 waktu dapat lakukan istighfar 75 kali. Nabi Muhammad SAW sepanjang hayatnya beristighfar setiap hari 70 kali.

Ada satu amalan yang ditanyakan oleh sahabat Rasulullah SAW, tentang apakah amalan yang paling disukai Allah. Maka Rasulullah SAW menjawab zikir “SubhanallahWalhamdulillah Walailahaillahuallahuakbar”.

Amalan membaca zikir ini setiap hari sebanyak 1,000 kali akan meraih pelbagai keistimewaan baik dalam berurusan, dalam mencari rezeki, dalam mencari jawapan tentang apa yang dicari.

Sepanjang pengalaman saya mengamalkan amalan ini, dalam setiap doa yang saya minta adalah mohon diberi petunjuk dan bimbingan berterusan dari Allah. Kadang-kadang urusan kerja yang ada masalah saya mohon penyelesaiannya.

Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk dan jawapan melalui jalan yang saya tak fikirkan. Sebagai contoh, suatu hari saya terfikir untuk mengamalkan minum air zam-zam dalam kehidupan.

Saya mohon kepada Allah agar dipermudahkan dan tunjuk bagaimana nak mendapatkan air tersebut yang menjadi 1000 penawar kepada pelbagai penyakit.

Entah macamana, saya ketemu dengan sahabat yang baru pulang dari Jeddah dan membawa bekalan air zam-zam. Seperti dah dijodohkan bertemu dengan kawan yang dah 15 tahun tak jumpa.

Selain itu, dalam hal menguruskan urusan bank juga pernah terjadi. Urusan di bank tersebut menjadi mudah. Buat bisnes emas memang banyak berurusan di bank dengan amaun sehingga beratus ribu.

Pernah seorang pegawai bank beritahu yang dia rasa ada sesuatu yang dia perlu bantu untuk saya. Ada perasaan ingin menolong yang kuat dalam diri dia. Siap berkata yang dia perlu membantu saya .

Sebenarnya setiap hari saya selalu berdoa kepada Allah dengan niat “Ya Allah, permudahkan segala urusanku.”

Jika dahulu hidup penuh stress tak ada jalan ketenangan dan sekarang baru saya tahu erti kehidupan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Mari kita sama-sama selawat kepada Nabi Muhammad SAW agar di padang masyar kelak mendapat syafaat dari baginda.

Nabi Isa AS juga mohon kepada Allah untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, inikan kita yang diberi peluang dilahirkan menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulannya, amalan yang kita dapat amalkan :

  • Zikir 1000 kali Subhanallahwalhamdulillahwalailahaillahuallahuakbar
  • Istighfar 1000 kali setiap pagi lepas solat tahajud
  • Jika kita sibuk, boleh lakukan amalan zikir ini semasa memandu kereta atau menunggang motorsikal . Ini kerana setiap hari kita akan duduk dalam motor atau kereta 4 jam atau lebih.
  • Kalau 4 jam berzikir rasanya dah berapa ribu kita mampu buat ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*