Archive for January, 2012

31
Jan

KEMUSNAHAN YANG DASYAT

Gambar di atas jika kita lihat seakan bunga ros berwarna merah tetaoi ia sebenarnya adalah bintang yang meletup sehingga letupannya dapat dilihat melalui teleskop Hubble. Dari mata kita ia seperti keindahan cahaya tetapi cahaya itu adalah letupan api yang dasyat sehingga memusnahkan apa sahaja yang ada disekelilingnya.

Andainya jika bumi berada berhampiran bintang yang meletup itu nescaya bumi juga hancur dan yang hanya boleh menyelamatkan kita hanyalah Allah.

Gambar ini dirakam pada tahun 1999 dan sudah lebih 10 tahun ia diambil. Cahaya itu …

Read More

31
Jan

ALAM SEMESTER DENGAN TEORI BIG BANG

 

Kira-kira 13.7 bilion tahun yang lalu, keseluruhan alam semesta kita telah dimampatkan ke dalam batasan nukleus atom.

Dikenali sebagai ketunggalan satu, ini adalah masa sebelum penciptaan apabila ruang dan masa tidak wujud.

Menurut semasa model kosmologi yang menerangkan alam semesta kita, letupan yang amat besar,, bertrilion darjah dalam suhu pada skala pengukuran mana-mana, yang tak terhingga padat, mencipta bukan sahaja zarah subatom asas dan oleh itu perkara dan tenaga tetapi ruang dan masa itu sendiri.

Ahli-ahli teori kosmologi yang digabungkan dengan pemerhatian rakan-rakan astronomi mereka telah berjaya untuk membina semula kronologi peristiwa-peristiwa …

Read More

29
Jan

Kursus Januari 2012

Hari ini selesai kursus ISP bagi bulan Januari 2012. Tunggu bulan Februari punya jadual pula lepas ini. Ramai ahli baru yang hadir untuk belajar skill tendai.

Bulan depan insyaAllah akan turun ke Johor Bahru yang dibuat di Bandar Baru Uda NPC. Boleh layan makan nasi ambang BBU kat sana. Kenangan paling seronok masa kursus di Johor Bahru ialah makan di bawah pokok.

Hari ini sambil buat kursus dan tingkatkan energi dengan recharge diri , semua peserta dapat berpeluang melawat muzium buaya yang ada di sebelah pejabat.

Sebenarnya masa rehat kami semua mencari surau untuk solat berjemaah. Lokasi suraunya dalam muzium tersebut. …

Read More

27
Jan

Menetapkan Matlamat 5 Tahun Dari Sekarang

Assalamualaikum Wbt,

Apa khabar hari ini ? Hidup kita ibarat macam roda. Hari semalam bagus, kelmarin ceria, hari ini selsema sekejap. Itu semua proses kehidupan.

Tak ada orang yang happy sentiasa. Sedangkan suami isteri juga boleh bertengkar pada satu ketika ini pula kehidupan. Paling bagus waktu diduga itulah saat untuk kembali bertafakur.

Waktu terima cemuhan, kena marah, kena kutuk, kena sakiti hati…..senang cerita masa kita susah, kita akan rasa kecewa dan tidak bersemangat. Kalau nak difikirkan selalu masalah bukan dapat selesaikan segera. Jalan paling selamat dan senang sekali bila ada masalah ialah …

Read More

25
Jan

Laporan PERCUMA 21 Langkah Membina Kekayaan Dari Kosong.

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda 21 langkah untuk membina kekayaan dalam masa 3 tahun secara percuma. Sebelum mendapatkannya, anda perlu luangkan masa untuk mengisi borang di atas.

Buat masa sekarang saya memang banyak projek dan sibuk dengan melancarkan program keusahawanan dan membina jaringan pusat rawatan. Jika anda berminat untuk berkongsi projek dan keuntungan bersama saya, info terkini akan saya maklumkan kepada anda.

Peluang yang datang hari ini untuk kita hidup senang 3 hingga 5 tahun kemudian. Hari ini kita terpaksa melihat di sekeliling kita ramai orang yang berjaya dan hidup senang sedangkan kita masih lagi mencari jalan …

Read More

24
Jan

PERMATA YANG INDAH Satu lagi cerita yang dipetik dari Sepohon Jadi….

Kisah di bawah menjelaskan betapa pentingnya berbaik sangka / husnuz zhon sesama muslim. Mulai hari ini marilah kita fokus dan utamakan usaha mengenal Allah swt dan mengingati setiap saat, insya Allah. Cari titik persamaan, elakkan titik perpecahan….

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah …

Read More

21
Jan

Amalan Harian Yang Kearah Ketenangan

Seperti dalam post sebelum ni, saya ada kongsikan bagaimana nak capai ketenangan. Biarpun apa yang anda dapat anda bersyukur sahaja. Kalau masih duduk rumah sewa pun bersyukur sahaja. Ada orang yang tak ada rumah langsung tidur tepi kedai.

Jika tengah susah sekalipun bersyukur sebab ada orang yang usahkan duit, nak makan pun terpaksa bergantung pada orang lain untuk suapkan makan.

Apa yang dikongsikan hari ini mungkin kita dah tahu cuma tak diingatkan atau tak tahu kehebatan amalan itu. Saya juga sama-sama berusaha untuk terus melakukan amalan ini sehingga akhir hayat disamping …

Read More

18
Jan

Bagaimana nak hidup tenang

Assalamualaikum Wbt,

Setiap hari umur kita meningkat dan setiap hari kita menjadi semakin matang. Bererti kalau sebelum ni kita buat satu benda kita main larong aje.

Kalau dulu mungkin kita ikut-ikut orang dalam bab nak mencari ketenangan atau kebahagiaan. Tapi bila dah matang , kita sedar tak ada jalan yang terbaik selain dari jalan yang saya nak kongsikan di akhir post ni.

Diam tak diam website Hadzrin.com pun dah masuk tahun keempat. Setiap tahun saya patut buat perubahan dan saya harap agar dapat berkongsi pengisian sekarang yang lebih mematangkan.

Mungkin anda tak …

Read More

18
Jan

Trend Pakai Beg Porch

Assalamualaikum Wbt.

Alhamdulillah website hadzrin.com ni sudah dipulihkan dengan izin Allah. Hampir setengah tahun tak update perkongsian ilmu manfaat buat para pembaca dan pelawat web ini. Tentu sekali banyak benda yang saya nak kongsikan lepas-lepas ni. Wallahualam.

Dalam post saya yang lama-lama ada saya kongsikan cara nak simpan dompet . Kalau boleh jangan letak dompet di belakang atau di kocek belakang seluar. Simpan di kocek hadapan.

Ramai orang yang simpan di kocek belakang duitnya selalu bocor atau duit susah nak datang. Cuba amalkan letak dompet di kocek hadapan.

Saya mula menggunakan porch …

Read More