Archive for 2011

23
Aug

MENCARI WARNA DIRI

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah, satu persatu persiapan dibuat untuk selepas Raya. Ya, bukan persiapan untuk raya tetapi selepas raya. Antaranya program Open House yang akan dibuat di ofis rasmi di putrajaya.

Buat masa sekarang ni sedang sibuk dengan pengubahsuai ofis jadikan training center. Sejak dah sebulan tak buat kursus, seperti Tendai pun jadi tak bersinar. Seolah-olah tidak ada tempat untuk berkumpul.

Bukan kerana tidak mahu buat program tetapi masalah tempat. Di tempat kebiasaan yang saya anjurkan di Kompleks Kejiranan P16 tu mereka dah sekat dari sebarang aktiviti seminar motivasi, MLM atau Metafizik.

Yang boleh …

Read More

20
Aug

PANDUAN MENDAPATKAN LAILATUL QADAR

Semua orang nak dapat berjumpa dengan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar. Sebab ganjaran orang yang beribadah semasa Lailatul Qadar sangat lumayan. Nilai pahalanya seperti beribadah 1,000 bulan. Siapa yang tak mahu, kan?

Jadi, semua orang tercari-cari malam 1,000 bulan itu. Persoalannya sekarang ;

  • Siapa yang tahu bilakah malam itu akan muncul?
  • Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatulqadar?
  • Sekiranya berjumpa dengan Lailatul Qadar, apakah yang hendak kita pohonkan? Amalan apakah yang patut kita lakukan?
  • Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang kita mungkin telah mendapat Lailatul Qadar?

 

Semua persoalan diatas seringkali bermain di benak fikiran saya pada setiap kali datangnya Ramadhan. Anda bagaimana? Ada jawapan untuk …

Read More

19
Aug

RENUNGAN RAMADHAN

Sempena bulan puasa ni, memang tak ada kesempatan nak duduk lama depan komputer berkongsi ilmu. Projek pemutihan pun sudah berakhir. Masa pun banyak dihabiskan untuk membuat renovation ofis yang bakal dijadikan sebagai Training Center.

Website Hadzrin dot com ini pun akan diperbaharui dengan wajah yang lebih cantik dan profesional (harap-harap begitulah). Lagi 10 hari lagi kita akan menyambut Syawal dan mungkin banyak buat persiapan nak raya seperti membeli baju baru, hias rumah, buat kuih…

Berbanding orang-orang yang dahulu semasa zaman Nabi Muhammad, mereka menyambut Syawal dengan perbanyakkan amalan zikir, khatam al-Quran kerana keberkatan bulan Ramadhan berlipat kali ganda …

Read More

16
Aug

MEMBUKA PINTU REZEKI

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata…
“setiap pagi sedekahkan Al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi :

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

– Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa …

Read More

14
Aug

SISTEM SHEELD (QUANTUM HEALING)

Baru siap buat rakaman video bagi projek Quantum Healing dimana sesiapa yang berminat nak buat rawatan guna jarak jauh atau kaedah energi boleh menggunakan handphone jenis macam iphone atau yang jenis touch screen.

Lumrah kita semua kalau ada benda senang kita buat. Contohnya kalau pening kepala atau sakit perut atau jenis sakit-sakit yang ringan, nak pergi ke klinik dah nak kena naik kereta atau motor, nak kena menunggu, nak kena bayar servis dan macam-macam .

Tapi kalau ada kaedah yang hanya buka handfon semudah menekan butang untuk buat rawatan, itu lebih …

Read More

10
Aug

IMPIAN BELUM CAPAI

Semua orang yang mensibukkan dirinya belum lagi tercapai impian mereka. Ada yang dah ada duit berjuta dalam bank pun masih kata impian mereka tak tercapai.

Kes ni sebab masa belum ada berjuta, impiannya adalah nak jadi Jutawan. Tapi bila dah ada berjuta impian dia dah berubah jadi ratus jutawan atau billionaire.

Ini bermakna, selagi hayat, manusia tak pernah rasa impiannya tercapai atau senang cerita mereka tak akan rasa puas.

Contoh lain, jika selama ini memandu kereta Mercedes, nak pula rasa memandu kereta Ferrari. Bila dah memandu Ferrari, nak pula memandu Lamborghini…akhir selagi dipandu …

Read More

04
Aug

DIRI BAGAIKAN SUNGAI

 

Sempena bulan Ramadhan ni, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa buat sahabat pembaca sekalian. Bulan puasa ni banyak urusan di luar sampaikan tak sempat nak buka update blog.

Walaubagaimanapun bersyukur, kerana Blog yang sebelum ni kena serangan virus sekarang ni masih boleh ditatap umum. Temujanji dengan pemilik Server baru setiap hari ditangguh tangguh sebab saya banyak kali outstation.

Hujung minggu ni pula akan ke Johor Bahru semula untuk menghantar mesin Thumb Print 3 biji. Insya Allah kalau tak ada rintangan, di Johor Bahru 5,000 pendafaran PATI. Ini tanggungjawab bersama.

Sebut tentang …

Read More

02
Aug

DUGAAN BULAN RAMADHAN

Tahun ini bulan puasa paling tak rasa yang sedang berpuasa atau berada di bulan Ramadhan. Mungkin kerana kesibukan yang belum pernah dilalui sepanjang hayat.

Bayangkanlah bila buat kerja yang memerlukan komitmen sehingga keluar pagi balik pagi. Semata-mata kerana nak menjayakan projek pemutihan tahun ini.

Lihat sahaja di center pendaftaran pemutihan saya di gambar. Penuh bagaikan menjual pisang panas di bulan puasa. Ini semua kerana bila dapat seorang sahaja yang dah buat pendaftaran, ramai kawan-kawan akan menyusul.

Itu yang dari seorang jadi 10 orang dan dari 10 orang akan ajak lagi 100 orang dan hinggalah beribu-ribu orang. Jika dah capai …

Read More

31
Jul

PERJUANGAN YANG BELUM BERMULA

Baru-baru ni saya ke Ipoh selama 2 hari bertemu dengan Group Pemutihan di kawasan Perak. Ramai yang datang dari kawasan Manjung, Sitiawan, Taiping, Teluk Intan , Penang dan Cameron Highland.

Alhamdulillah, semua beri feedback yang positif. Group ni istimewa sekali. Dalam dia mereka jalankan kerja. Ada yang dah invest buka ofis, ada yang beli bunting sampai 30 letak di setiap penjuru kawasan mereka, ada yang redah masuk ofis imigresen dan pejabat polis untuk pelawa jadi sub ejen.

Rata-rata bila diberi peluang kedua mereka gembira sebab persaingan di tempat masing-masing terlalu …

Read More

26
Jul

MENCARI KEHIDUPAN YANG TENANG

Assalamualaikum Wbt.

Semoga para pembaca blog ini sentiasa dalam keadaan yang diberkati Allah. Jika diizinkan, saya akan terus berkongsi dalam Blog peribadi saya ini untuk anda semua perolehi kebaikan.

Memang benar, sejak dua bulan ini, website ini sukar nak di akseskan. Walaubagaimanapun, banyak info saya masukkan ke laman web backup di www.blog.tendai.com.my . Di laman web ini nak hantar komen tak dapat, nak klik ke page lain pun tak boleh. Ibarat seperti luaran sahaja.

Insya Allah tak lama lagi akan pulih. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya yang lalui dalam …

Read More

19
Jul

LATIHAN TENDAI

Assalamualaikum Wbt. Saya ingin mengambil kesempatan pada malam ini untuk memaklumkan kepada semua Ahli Tendai yang sedang menarik impian atau hajat besar untuk bersama-sama buat Latihan DSI setiap hari Khamis malam Jumaat.

Sebelum melakukan latihan, Ahli Tendai perlu menuliskan segala impian atau hajat dan baca. Jangan ditunjukkan kepada orang lain apa yang anda tuliskan.

Mulai dengan meminum air setengah cawan dan terus buat Latihan (Hanya berkesan bagi yang sudah diijazahkan.)

Sebab itu yang dah ambik ijazah, perlu recharge juga diri mereka walaupun dah tamat 21 hari. Sama seperti handfon yang perlu di recharge

Jika berkemampuan, anda …

Read More

17
Jul

WASIAT PALING PENTING

Assalamualaikum Wbt.

Masa sekarang terlalu pantas sepantas Bumi yang bergerak mengelilingi matahari selama setahun dengan kelajuan 160,000 km/j. Kelajuan yang melebihi super sonik.

Tanpa sedari usia kita semua semakin meningkat. Kulit yang tegang dah jadi kendur. Kawan-kawan kita semakin hari semakin berkurangan. Seperti orang-orang yang ketika dahulu menontot Piala Malaysia di stadium semasa Mokhtar Johari bermain kebanyakannya sekarang dah tiada dan digantikan dengan orang generasi sekarang.

Generasi kita juga nanti akan digantikan dengan generasi cucu kita. Hari ini kita lihat ada berbilion manusia di bandar kira tetapi kita tak terfikit, seramai berbilion inilah yang akan hilang di dunia 100 tahun lagi.

Maksudnya semua …

Read More

12
Jul

JOM KITA..MELAWAT PENDATANG ASING

 

Assalamualaikum Wbt.

Sekarang ni siang dan malam sama sahaja. Keluar pagi balik pagi. Sejak projek pemutihan ni berjalan, sehingga ke rumah Tekong kitaorang ambush buat penerangan. Semalam jam 2.30 pagi masih buat briefing kat pendatang asing di Kerinchi.

Macam melawat rakyat pula rasanya. Selama ini saya akui, buat projek pemutihan ni sebab nak buat duit kaw-kaw tapi bila dah involve, ia jadi satu tanggungjawab kemanusiaan.

Masuk ke rumah pendatang-pendatang yang serba daif ni, dengar masalah mereka kena tipu ejen palsu sampai rm5000 satu kepala, buatkan jadi simpati.

Bayangkan kalau diri kita …

Read More

10
Jul

JANGAN HARAP NAK BERIMPIAN KALAU MAKAN GAJI

Saya masih ingat lagi 15 tahun dahulu, sewaktu buat bisnes Insuran , ada satu seminar peluang untuk jadi ejen insuran. Seorang “bekas” Senior Manager (bukan Mizi ) beritahu dalam ceramahnya “Jangan Harap Nak Berimpian Kalau Makan Gaji.”

Katanya sambil jari telunjuknya di goyang-goyang diikuti dengan perutnya yang besar. Seorang yang asalnya dari naik motorsikal RXZ sehingga mampu memandu Mercedes C-Class ketika itu yang menjadi kegilaan ramai ( Mercedes kotak ).

Waktu itu, saya masih lagi menuntut belajar dan mula berazam untuk tidak memilih pekerjaan yang makan gaji tetapi sebaliknya nak buat bisnes insuran atau yang dapat komisen. Pendapatan yang tidak terhad.

Itu …

Read More

08
Jul

SILA FORWARD : SUARA YANG DIDENGAR DALAM KUBUR

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad … Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· –  Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Read More