04
Nov

Tak Perlu Nak Mengadu Pada Orang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi peluang dan ruang untuk berkongsi Tips dan Sedikit Ilmu yang mungkin bagi setengah orang dah lapok tetapi yang lapok itu juga diabaikan atau terbiasa buat.

Ada juga yang bakal terguris di hati tentang apa yang nak disampaikan. Terbaru, saya mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Richworks.  Setiap bulan memang saya belanja untuk ilmu.Memang ramai orang yang pergi dan yang hebatnya, kalau nak personal coaching dengan trainernya perlu bayar RM9,000 selama 30 minit.

Mengapa beliau caj mahal ? Sebab dia tak nak buang masa dengan orang yang suka buang masa orang lain. Dan Ia mahal kerana dia yakin dan sangat percaya yang RESULTNYA 100% berkesan kalau IKUT semua apa yang diajarkan.

Bagi yang faham maksudnya, anda pasti teruja dengan apa yang anda sudah buat sekarang yang menyebabkan anda jadi separti yang anda berada sekarang.

Biar saya kongsikan pengalaman saya sepanjang membina kehidupan semula atau cuba bangkit semula dari kejatuhan. 3 prinsip yang saya pegang sampai mati dan kali ini saya kongsikan dengan anda supaya ilmu ini tidak dibawa mati:

Yang PERTAMA :
>>> Jangan Cuba Pinjam Duit dengan Orang Lain melainkan keluarga sendiri.
Susah senang bersama keluarga. Itulah prinsipnya. Kalau keluarga pun susah tak mengapa. Ada prinsip kedua dan ketiga. Bila pinjam duit dengan orang lain, yang ketara sekali, dari dulu kawan dah jadi lawan sebab malu nak jumpa pasal ada hutang duit.

Biarpun susah macamana jangan pinjam duit dengan orang atau kawan. Lagipun keadaan kita pun belum senang sangat. Dapat duit RM50,000 sebulan sekalipun banyak benda nak dibayar. Contoh….

Yang KEDUA :
>>> Jangan mengadu pada orang lain yang anda ni susah. Bangunlah dari tidur! Orang lain pun susah jugak. Walaupun dia duit banyak tapi dia ada masalah lain cintoh kesihatan, rumah tangga, macam-macam lagi sebab dah namanya manusia.

Orang yang tak ada masalah adalah orang Gila sahaja. Sebab tu orang gila tak kisah makan sampah tak jadi sakit perut. Bila anda mengadu masalah anda pada orang lain, apa yang anda dapat ? Dapat malu aje.

Pertama orang lihat anda ni bermasalah dan kedua anda ni pembawa masalah. Biarpun anda mengadu pada Kanselor Masalah anda mereka pun ada masalah. Pengabih kuat nak buat macamana ? Lihat Prinsip ketiga …

Yang KETIGA :
>>> Sentiasa mengadu masalah anda kepada ALLAH. Hanya Allah sahaja yang nak mendengar rintihan, tangisan anda bukan orang lain. Kerana setiap masalah datangnya dari Allah dan masalah itu akan kembali kepada Allah juga.

Sedarkah anda, bila saat anda susah anda mudah menitis air mata semasa berdoa. Bila anda senang lenang, usahkan air mata, ingat pun tidak. Adakah anda begitu ?

Penting : Setiap masalah adalah peluang. Contoh orang masalah nak melihat dalam gelap, orang lain lihat sebagai peluang dan cipta lampu. Orang masalah nak terbang dan ada orang lihat peluang cipta kapal terbang.

Bila anda masalh sebenarnya itulah saat anda buat banyak pahala.

Tinggalkan Komen Anda

*