13
Nov

IDEA DAN DUIT MANA POWER?

Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya pakai duit. Yang percuma ialah oksigen. Syukur Alhamdulillah kita tak pernah minta dibanyakkan oksigen tetapi Allah cukupkan keperluan kita.

Duduk dalam hutan pun perlu ada ilmu survival (ilmu untuk hidup). Begitu juga hidup dalam ibukota atau kampung di zaman sekarang ni.

Ramai yang keliru, duit lebih penting dari segala-galanya atau kalau nak kaya kena ada duit. Tetapi bagi yang cerdik bijaksana, biarpun tak ada duit tetapi yang penting ada idea bagaimana nak buat duit lebih banyak.

Hari ini kita banyak dengar orang yang banyak duit semuanya akhir hidupnya dengan melarat tak ada duit lagi .Tambah pula hari-hari ditarah tanpa ada penambahan duit.

Idea adalah lebih power sebenarnya untuk hasilkan duit secara berterusan dan silap haribulan dari idea lah boleh masuk sahaja duit dan keluarnya sedikit.

Boleh mengerti apa yang saya kongsikan ? Ambik contoh Kolonel Sandler yang mempunyai idea bagaimana orang Amerika boleh makan ayam dengan resipinya.

Waktu itu dia tengah kering tak ada duit. Tetapi idea membuat duit yang banyak melalui resipinya buatkan hari ini orang makan ayam KFC akan memasukkan duit ke dalam akaunnya walaupun dia dah mati.

Contoh lain, idea membuat filem dengan lakonan dirinya sendiri membuatkan cerita ROCKY ada Rocky 1 Rocky 2 Rocky 3 dan buatkan Sylvester Stallone terkenal sekarang. Padahal masa nak jual jalan cerita tu dia tak ada duit dan hanya ada idea.

Contoh dalam negara Idea Lim Goh Tong membuatkan Genting terkenal dengan pusat judi dan hiburan yang asalnya tanah bukit dan kini menjadi mesin buat duit yang masukkan duit ke dalam akaun organisasinya walaupun dia sudah mati.

Idea Tony Fernandes membuat kapal terbang tambang murah menjadikan dia bertambah kaya raya sekarang. Masa mula-mula nak buat projek kapal terbang ni dia memang tak ada duit. Cuma ada idea. Sampai ada orang cakap dia gila sebab nak pinjam RM1 billion.

Dari Idea yang orang kata gila membuatkan Tony menjadi Billionare. Contoh lain yang lebih kecil sedikit siapa ? Tengok sahaja idea buat Upin Ipin. Idea karaktor kartun buatkan owner syarikat Upin Ipin menjadi Jutawan dan memandu Ferrari. Yang asalnya duit dah habis.

Saya punya idea apa pula ? Ni tengah buat satu persatu yang mana anda kalau dah ikuti blog saya sejak 3 tahun dulu sekarang ni apa yang saya aktif promosikan selain Tendai ? Tentu sekali emas. Yang asalnya dulu tak ada duit usahkan nak beli emas, beras pun minta simpati kawan. Sekarang Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk bina empayer emas.

Persoalannya anda punya idea bagaimana untuk hasilkan duit ? Ingat ya, bukan perlu gunakan duit yang banyak untuk jadi kaya tetapi IDEA. Jangan idea mengarut sudah lah. Contoh idea mengarut nak jual berlian harga RM100 juta pada Sultan Brunei. Ni Idea kawan yang jumpa tepi jalan dulu….

Tinggalkan Komen Anda

*