07
Oct

Buat Duit Sendiri

Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni , ramai kawan-kawan lama datang mencari. Mereka bukan cari untuk apa…nak jemput datang kenduri kahwin mereka…beringat juga depa ni.

Walaubagaimanapun Tahniah buat mereka kerana bila dah kahwin ni barulah bermulanya fasa pertama….ketika bujang tu ibarat sekolah tadika….alam perkahwinan masuk darjah satu sekolah rendah…bila dah ada anak pula masuk darjah 2…sehinggalah anak meningkat dewasa, kita semakin tua…

Sebelum ni saya ada membuka cerita untuk kongsikan bagaimana kita boleh jadikan diri kita pegang benda jadi duit. Itu sebenarnya ayat pendek yang membawa erti banyak benda.

Lain orang lain cara mereka menangkap apa yang nak diungkapkan. Ada yang fikir pegang benda terus benda yang dipegang itu bertukar jadi duit. Ini kerana kita selalu tengok cerita hitam putih melayu lama yang ada dewa dewi dan nenek kebayan…

Sebenarnya sekeliling kita dah memang orang melalui proses pegang benda tukar jadi duit. Saya ambik contoh pekerjaan seorang tukang gunting rambut yang pegang rambut orang jadi duit.

Dah faham maksudnya? Itu perkara koman bukan. Sama seperti tukang masak yang pegang senduk jadi duit…bila ada orang datang ke restoran dia untuk makan. Selagi tak pegang senduk, maksudnya tak ada makanan yang nak dimasakkan untuk orang.

Ada banyak lagi contoh seperti anda juga barangkali tak kiralah anda bekerja apa baik kerja makan gaji, semuanya perlu dipegang jadi duit.

Tetapi bukan ini yang maksud ingin saya sampaikan dalam post kali ini…Kalau setakat ini, itu sekadar falsafah. Kita terokai lebih dalam sedikit…perkara yang orang tak tahu dan tak ramai yang buat…

Ada orang yang tak ada duit tetapi ada idea terus menulis buku idea dia dan daripada pen atau mesin menaip yang dipegang dia boleh jadikan duit. Itu yang terjadi pada penulis terkenal seperti Robert T. Kiyosaki, T. Harve eker, Mark Victor Hensen dan banyak lagi yang mereka dulu ni hidup melarat.

Kalau di Malaysia, kita kenal penulis bernama Tuah, Azizi Ali, Razman Pawan Chik…menukarkan idea jadi buku dan jadi duit….

Tetapi ada satu bidang lain yang sekarang ni dah jadi trend dan mendapat permintaan ramai. Apa bidang yang nak dikongsikan ?

Ni la dia bidang metafizik. Kelahiran Doktor Metafizik sekarang macam cendawan ramainya. Selain dari menjadi pengajar, ada juga Pakar Metafizik ini menghasilkan produk berenergi.

Produk berenergi yang dimaksudkan ialah produk yang ada fungsi lain selain dari sifat kegunaan asal. Sebagai contoh produk paku. Kalau paku kita semua sedia maklum gunanya untuk mencantumkan kayu atau menggantungkan bingkai.

Tapi bila dah dienergikan, paku itu boleh jadi alat sebagai pagar rumah. Pakar metafizik salurkan energi pada paku dengan energi Samudera sebagai contoh lalu paku itu diletakkan di penjuru rumah, pejabat, kebun, kilang…mana sahaja.

Jika ada usaha untuk kecurian atau niat tak baik untuk masuk ke tempat tersebut, energi tersebut akan menjalankan kerja ia seperti pencuri atau perompak akan terkepung dengan energi Samudera dan mereka seolah lemas dalam lautan.

Dengan perkhidmatan dari pakar metafizik ini, paku yang dijual dikedai berharga 10sen kini boleh jadi RM50 atau lebih. Itulah ia, pegang benda jadi duit yang tak ramai orang tahu buat atau ramai tak sedar mereka boleh pelajarinya.

Contoh satu lagi yang saya boleh kongsikan, ada pakar metafizik menggunakan garam sebagai produk mereka. Mereka memasukkan energi di dalam garam dan kita semua maklum, garam harganya tak mahal dan ia memang bagus untuk menyerap energi.

Dengan kos yang murah, mereka boleh cipta produk berlandaskan garam. Asalnya garam digunakan buat masak tetapi bila dah dienergikan ia boleh jadi penawar, penghalau energi negative, mandian energi dan lain-lain.

Dari harganya di kedai garam itu ia menjadi berpuluh ringgit dan ada yang sehingga beratus. Inilah lagi satu contoh pegang benda tukar jadi duit. Jika anda nak guna benda lain ada banyak di sekeliling kita. Contoh ada kawan saya gunakan kunyit untuk produk dia.

Anda boleh jalan-jalan dan perhatikan benda apa yang anda boleh tukar jadikan duit. Nak buat produk gula, beras, susu, kad atm…. apa sahaja. Ikut creative anda.<

Bagaimana nak berupaya menghasilkan produk sendiri atau tukar pegang benda jadi duit. Sebenarnya ada banyak cara atau kaedah bergantung pada keilmuan yang diambil

Dan sebenarnya ini adalah rahsia guru peringkat tertinggi.
Jika dalam Tendai kita berupaya untuk hasilkan produk metafizik bila sudah diijazahkan peringkat Super Grand Master.

Ramai murid yang sudah diijazahkan Super Grand Master dari saya sudah mula mencipta produk mereka sendiri.

Bila dah dapat hasil, cepat-cepat mereka tukar jadi emas untuk mengelakkan kebocoran wang. Bab ini kita masuk di post lain mengapa wang yang bocor perlu ditampal dengan beli emas.

Sebab itu saya kerap jumpa dengan Ahli Super Grand Master kerana proses bimbingan berterusan diadakan bergantung pada permintaan masa mereka. Yang mana datang dari jauh saya akan cuba peruntukkan masa untuk mereka juga.

Produk yang mereka hasilkan merupakan permulaan mereka membina empayer mereka sendiri. Bukan untuk saya atau orang lain. Sebab itu dah ada ilmu dan kemampuan untuk hasilkan produk sayang kalau dihiraukan.

Ini juga salah satu cara untuk kita menguji ilmu yang kita dah ambil. Kalau zaman dulu, setiap kali dah belajar ilmu kita pergi cari musuh dan cabar bertempur. Zaman sekarang apa yang nak dikecohkan tambah pula bila dah mengerti di akhirat esok setiap kesakitan atau kecederaan yang kita lakukan pada makhluk Allah akan dibalas.

Nak tahu keberkesanan ilmu yang kita ambil ialah bila orang gunakan produk kita dan mendatang kesan. Bila mendatang kesan, pelanggan kita akan terus gunakan produk kita atau jadi pelanggan tetap.

Kesan bagaimana? Ada banyak. Ada yang dapat ketenangan bila pakai produk, ada yang meningkat ekonominya, ada yang capai impian, ada yang jadi sihat, ada yang dapat jodoh, ada yang naik pangkat, ada yang lebih berkeyakinan…ada banyak lagi.

Bayangkan bila anda mampu membuat produk sendiri, rasa-rasanya perlu sibuk mencari peluang untuk join bisnes orang lain ? Sebagai contoh, ada kawan lama saya datang jumpa saya ajak join bisnes jual tarmos vakum energi yang berharga RM200. Untung jual tarmos syarikat dapat RM20.

Saya cakap pada dia, murid saya beli tarmos di kedai dengan kos RM20 kemudian dienergikan jadi tarmos energi yang boleh digunakan sebagai bekas isi air kemudian air itu jadi penawar dengan menjual harga RM200. Secara metematik, anda sendiri tahu produk yang fungsinya sama tetapi keuntungan beza

Baiklah setakat ini dahulu perkongsian saya. Sebelum itu, saya ingin buat pengumuman lagi sekali,Kursus ISP di Putrajaya. Sila Semak di Page Kursus atau www.Hadzrin.com/kursus
Sesiapa yang berminat sama ada jadi peserta baru atau alumni, pastikan anda jangan tersilap tarikh. Apa-apa pun anda boleh SMS kepada saya untuk conformation. Sekian semoga anda sentiasa di beri hidayah.

Tinggalkan Komen Anda

*