02
Aug

DUGAAN BULAN RAMADHAN

Tahun ini bulan puasa paling tak rasa yang sedang berpuasa atau berada di bulan Ramadhan. Mungkin kerana kesibukan yang belum pernah dilalui sepanjang hayat.

Bayangkanlah bila buat kerja yang memerlukan komitmen sehingga keluar pagi balik pagi. Semata-mata kerana nak menjayakan projek pemutihan tahun ini.

Lihat sahaja di center pendaftaran pemutihan saya di gambar. Penuh bagaikan menjual pisang panas di bulan puasa. Ini semua kerana bila dapat seorang sahaja yang dah buat pendaftaran, ramai kawan-kawan akan menyusul.

Itu yang dari seorang jadi 10 orang dan dari 10 orang akan ajak lagi 100 orang dan hinggalah beribu-ribu orang. Jika dah capai 500 orang sehari daftar, tak payah banyaklah. Jika untungnya RM10 sahaja, bermakna sebulan dah dapat RM150,000.

Ramai yang merungut sehingga ada yang dah dua hari beratur menunggu untuk mendaftar. Bila lihat memang kasihan sebab ada yang sanggup tidur di tepi parit, buang air di tepi pokok, makan buka puasa sekeping roti, ada juga yang membawa bayi.

Bukan sahaja masalah di pihak PATI yang nak mendaftar. Dikalangan ejen juga timbul pelbagai masalah. Ada yang menyucuk-nyucuk pun ada, ada yang tak sabar, ada yang besar kepala, ada yang menikam, dah jadi adat bila manusia mulai rasa ada sifat tamak lebih-lebih lagi bila tengok duit depan mata.

Walaubagaimanapun, projek ini sementara sahaja. Dengar cerita sehingga 14 hari. Lepas tu dah tak ada pendaftaran yang boleh dibuat. Bila dah habis besok barulah boleh buat kehidupan normal.

Saya pun dah lama tak anjurkan kursus metafizik. Nanti lepas raya dengan izin Allah, saya akan buat. Bila guna Tendai ni yang buat bisnes cepat berkembang. Itu yang tak menang tangan. Ada juga yang dah ada ilmu tak amalkan.

Bukanlah ada ilmu kemudian duduk diam dan tunggu. Biarpun tahap tinggi manapun ilmu yang ada tak akan secara semula jadi menukarkan diri kita tetapi dengan perlaksanaan apa yang kita buat jadikan kita berjaya atau tidak.

Tetapi , kelebihan yang ketara bila dah belajar ilmu tendai bila buat bisnes ialah, dengan guna kekuatan niat, segala urusan dengan izin Allah begitu lancar. Kalau buat merawat orang pun sembur, kalau buat pelaris pun laku.

Tinggalkan Komen Anda

*