31
Jul

PERJUANGAN YANG BELUM BERMULA

Baru-baru ni saya ke Ipoh selama 2 hari bertemu dengan Group Pemutihan di kawasan Perak. Ramai yang datang dari kawasan Manjung, Sitiawan, Taiping, Teluk Intan , Penang dan Cameron Highland.

Alhamdulillah, semua beri feedback yang positif. Group ni istimewa sekali. Dalam dia mereka jalankan kerja. Ada yang dah invest buka ofis, ada yang beli bunting sampai 30 letak di setiap penjuru kawasan mereka, ada yang redah masuk ofis imigresen dan pejabat polis untuk pelawa jadi sub ejen.

Rata-rata bila diberi peluang kedua mereka gembira sebab persaingan di tempat masing-masing terlalu sengit. Peluang kedua ni menawarkan komisen lebih tinggi, berpanjangan dan lebih murah berbanding peluang pertama.

Ikhtiar dah dilakukan sehabis baik. Kos pun dah banyak keluar. Kawan-kawan pun dah tahu kita sibuk buat program pemutihan ni. Jika belum bermula dah menarik diri, sia-sia sahaja pengorbanan masa dan wang selama mula-mula buat.

Saya sendiri setiap malam balik rumah sampai subuh nak jayakan projek ini. Kami tahu, projek ni sebulan sahaja untuk laksanakannya. Lepas tu bila dah habis kembalilah kehidupan normal.

Pendaftaran bermula 1 hb Ogos . Keputusan kejayaan projek ini adalah selepas 31 hb Ogos. Sebab itu dalam minda selalu berfikir, biarlah berdarah telinga , hidung, dagu sekalipun, selagi tak sampai 31hb Ogos selagi itu tak berhenti buat.

Kalau ditakdirkan rezeki cuma dapat 100 orang PATI yang daftar, sekurang-kurangnya gaji dah ada RM15,000- RM30,000 dalam masa sebulan. Ramai yang putus asa sebab lihat pekerjaan ini susah. Tak lihat apa yang mereka bakal perolehi.

Tak perlu target banyak-banyak. Jika dapat RM15,000, dah boleh mula beli emas 100 gram  dan cagar di Ah Rahnu dengan buat duit setiap kali kenaikan emas. Jika dari situ sebulan dapat RM1,000 pun dah boleh selesaikan banyak masalah.

Tak perlu tanya saya macamana nak buat duit dari Ah Rahnu. Saya sendiri nak belajar ilmu tu pun kena bayar datang kursus. Jika nak belajar kena pergi kursus sendiri. Atau kalau boleh sabar tunggu saya buat kursus pasal emas tu.

Saya sengaja menangguh buat kursus pasal emas sebab nak tunggu portfolio saya naik. Jika selama ini pendapatan pasif emas saya boleh jana sebulan RMX,XXX , saya nak tunggu ia jadi RMXXX,XXX. Selama ni lepas lah untuk bayar hutang rumah kereta. Tapi kalau sabar boleh tunggu masa sikit untuk beli kereta dan rumah baru dengan emas lagi.

 

Tinggalkan Komen Anda

*