24
Jun

SEMUA BENDA BOLEH DAPAT SECARA PERCUMA…

Assalamualaikum Wbt. Hari ni sementara nak keluar meeting dengan Dato H dan Dato Z, saya ambik kesempatan untuk mengarang blog ni. Alaa….dalam 20 minit biasanya masa nak mengarang. Ada lagi 2 jam nak Asar dan lepas tu baru keluar.

Doa untuk hari ini ialah :

Doa MEnghadapi Musibah / Kegagalan Dalam Perniagaan

Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepadaNya. Ya Allah, berilah kami pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik.” (HR.Muslim)

Dibaca ketika megalami musibah / kegagalan dalam usaha.

Saya masih ingat lagi masa berjumpa dengan seorang kawan kepada kawan saya yang bawa berjumpa dengan dia di Lounge. Dalam perbualan tu, mereka berbual-bual pasal semua barang dah naik.

Dalam masa yang sama diaorang cerita pasal kegemaran mereka untuk bershoping. Kawan kepada kawan saya yang nama Kak Zai tu minat dengan beg berjenama Louise Vuiton. Tapi dia minat ada satu beg yang  jenama LV tu harganya RM4,500.

Dia takut nak minta duit pada suami dia semata-mata nak beli beg. Dia memang nak sangat beg tu. Kalau saya, lebih rela beli helmet motor yang berharga RM4,500. Jadi saya bagitahu pada dia nak dapat tak beg tu secara percuma.

Dengar aje boleh dapat percuma, dia tak sabar nak tahu. Saya pun cakap kat dia kalau nak dapatkan beg tu secara percuma dia perlukan modal dalam RM50,000 aje.

Dengar je RM50,000 terus terbeliak biji mata dia. Saya cakap kat dia jangan bimbang. Duit RM50,000 tak akan hilang. Gurantee dapat balik. Pasal nak beg free yang berjenama punya hal, dia berani jumpa suami dia dan bagitahu nak pinjam RM50,000 kejap.

3 hari lepas tu Kak Zai jumpa saya dengan bawa RM50,000. Bila dia jumpa saya yang pertama sekali dia tanya betul ke dapat beg LV percuma ni ? Itu yang difikirkan dulu…

Saya bagitahu pada dia ya, tetapi dia dalam masa yang sama kena pegang dan simpan emas 300 gram (harga masa tu) dan dia dapat beg LV tu percuma dalam masa 5 bulan sebab setiap bulan masa dia pegang dan simpan emas tu dia dapat duit RM1,000.

Dengar apa yang saya bagitahu tu dia rasa lega sebab dia cakap kat suami dia nak pinjam sekejap RM50,000 buat bisnes. Bila dia dapat tahu dapat emas dia lega.

Dipendekkan cerita, selepas 6 bulan dia simpan emas 300 gram tu, dia jual semula dan dapat balik semula RM50,000. Dia pulangkan pada suami dia RM50,000 tu sambil tayangkan beg LV baru dia yang berharga RM4,500. Dalam masa sama dia bagitahu dia ada duit lebihan RM1,500 sebab dalam masa 6 bulan tu dia dapat RM6,000.

Ramai lagi pelanggan-pelanggan yang dapat beli apa yang dia nak dari emas. Sampai ada yang beritahu saya mereka tak rasa terjejas pada keadaan ekonomi kat luar sana. Mereka tak rasa sama ada orang lain susah nak beli makan, mengeluh harga barang naik.

Mereka tahu apa yang mereka nak beli, mereka beli sahaja. Seorang lagi pelanggan bagitahu dia dapat beli TV Plasma 52 inci lepas beli emas. Saya tanya macamana dia buat . Dia beritahu setiap bulan dapat duit emas dia bayar kredit kad yang dia guna beli TV tersebut.

Sebulan bayar TV RM900. Jadi setiap bulan dia tak ada masalah nak bayar guna emas. Dia cakap bila dah habis bayar TV di ruang tamu ni dia nak beli lagi TV yang saiz sama untuk letak di bilik tidur dia.

Dengar cerita mereka mereka ni macam eeeiii borosnya beli barang berjenama, beli TV mahal-mahal. Tapi sebenarnya mereka tak boros tapi memenuhi kehendak mereka. Segelintir sahaja yang menghabiskan harta dan wang untuk kebajikan.

Berbanding dengan geng-geng yang mula sibuk dengan projek pemutihan baru-baru ni sampai ada yang dah tempah Ferrari dan Lamborghini. Dia orang betul betul yakin dapat banyak duit dan tak sabar nak penuhkan selera biawak mereka.

Kalau ada sesiapa yang masih ingat pada tahun 1991 dulu, kerajaan lancarkan projek pmutihan, berapa ramai orang yang jadi jutawan segera. Ada 3 orang rakan ayah saya pun sempat kumpul duit berjuta. Kaya Haji tu….

Dan yang peliknya, bila projek pemutihan tamat, duit berjuta yang mereka dapat pun habis. Sekarang setelah lebih 20 tahun, kerajaan lancarkan lagi projek pemutihan, bagi yang dah tahu ini lobang duit mereka berebut rebut ambik peluang.

Bayangkan kalau seorang warga asing mereka dapat dalam RM200 kalau diaorang uruskan 10,000 orang dah ada RM2 juta. Projek pun berjalan sekejap aje 3 minggu lepas tu Kerajaan mula operasi besar-besaran menangkap pendatang yang tiada permit.

Dapat berjuta dan berjuta juga boleh habis. Itu baru lah boros sampai beli Ferrari. Kalau saya  ada rezeki saya tak tahu nak beli apa dulu jadi saya beli emas sahaja. Kalau beli emas RM2 juta setiap bulan dapat RM40,000 kira banyak benda boleh beli dan tak perlu sibuk bekerja.

Kalau RM40,000 setiap bulan dapat dalam masa 10 bulan dah boleh beli rumah. Duit masih tak hilang yang RM2 juta tu. Berbanding kawan-kawan yang beli kereta mewah, beli memang boleh tapi masalah banyak lepas tu datang.

Nak maintain, takut nak keluar malam bawak Ferrari….tak pernah saya lihat orang keluar pergi makan kat mamak bawak Ferrari. Jadi terpulang pada mereka lah nak beli apa. Saya dah nasihatkan dah…hidup ni biar ala kadar supaya hati tenang.

Setakat ni kereta, rumah dan bil semua saya bayar hujung bulan pakai duit hibah emas saya. Kalau dulu pening kepala nak cari duit bekerja bayar itu ini semua. Sampai risau orang nak datang rumah tarik kereta. Alhamdulillallah dah ada perubahan hidup bila semua benda dapat bayar pakai emas hibah bulanan.

Ni projek pemutihan ni memang peluang dan lobang buat duit, target saya memang nak buat beli emas. Setakat ni masih sibuk dengan persiapan. Dalam masa yang sama group dah mula bergerak dan dah kumpul lebih 10,000 orang yang nak mendaftar.

Sejak saya membuka tawaran sesiapa yang berminat nak jadi ejen setiap hari 20 orang daftar sebagai ejen. Ada juga yang daftar kata dulu dah pernah buat projek ni dan dapat hasil. Kata pakcik tu kali ni dia nak buat lagi dengan kerja yang lagi kuat sebab dah lama dia menunggu projek pemutihan ni.

Tinggalkan Komen Anda

*

Tok rimau

June 24, 2011 at 4:35 am

bayaran utk satu PATI hanya 200? menarik nun di utara bnyk Mynmar,indonesia,bangla di tapak2 projek…mai r tgk2 lubang blah2 sini plak,,

azli

June 24, 2011 at 3:50 pm

tak lama lg tuan master dpt title dato’….

suhaizat

June 25, 2011 at 3:42 am

mmg niat dihati ingin membeli emas dgn duit projek pemutihan nie.Mudah2an dipermudahkan urusan.

abdul rahim

June 25, 2011 at 4:28 am

@azli
datuk free ke?

Master Hadzrin

June 25, 2011 at 4:34 am

nak dato free boleh minta kat haji rahim…..pakej dapat aura wangi sekali….

abdul rahim

June 25, 2011 at 8:49 am

@Master Hadzrin
jumpa datuk T.

Metafizik Online

June 26, 2011 at 11:59 am

usaha tangga kejayaan