Archive for June, 2011

30
Jun

TERUSKAN PERJALANAN

Walaupun blog ni tak boleh diakses dalam internet, hanya boleh buka oleh Admin sahaja, saya tetap mengisi ruang untuk berkongsi dalam kesibukan projek terbaru ni….projek pemutihan.

Alhamdulillah, walaupun blog tak boleh nak dibuka, ada 100 orang yang memberi nama untuk daftar sebagai ejen pemutihan satu Malaysia. Rasanya kalau blog tak ada masalah, lebih dari itu yang mendaftar.

Ada juga suara-suara sumbang kedengaran cakap,kejap projek tanah la, projek lembu la, projek emas lah…macamana nak berjaya kalau tak fokus.

Projek lain masih jalankan secara aggresif. Contoh emas, setiap minggu dapat jual paling minima …

Read More

27
Jun

MASA UNTUK KITA PERBANYAKKAN SUMBER INCOME

Semalam (Ahad) selepas Kursus ISP di Putrajaya, seisi taklimat tentang projek pemutihan dibuat selama 30 minit bagi yang tak faham apa itu pemutihan.

Setakat ini, dah ada lebih 50 orang yang mendaftar sebagai Ejen Pemutihan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Keberangkalian projek ini dijalankan pada 11 Julai tunggu lampu hijau daripada kerajaan.

Seorang Ejen mampu menghasilkan pendapatan dalam bentuk komisen sehingga RM400 bagi seorang pendatang asing apabila mereka daftarkan permit.

Saya seringkali mendapat email atau SMS orang mengadu masalah mereka seperti hutang banyak, tak ada simpanan, hidup susah, belum kahwin, ….macam-macam. Come on ….anda kiraa beruntung daripada nasib orang …

Read More

24
Jun

SEMUA BENDA BOLEH DAPAT SECARA PERCUMA…

Assalamualaikum Wbt. Hari ni sementara nak keluar meeting dengan Dato H dan Dato Z, saya ambik kesempatan untuk mengarang blog ni. Alaa….dalam 20 minit biasanya masa nak mengarang. Ada lagi 2 jam nak Asar dan lepas tu baru keluar.

Doa untuk hari ini ialah :

Doa MEnghadapi Musibah / Kegagalan Dalam Perniagaan

Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepadaNya. Ya Allah, berilah kami pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik.” (HR.Muslim)

Dibaca ketika megalami musibah / kegagalan dalam usaha.

Saya masih ingat lagi masa berjumpa dengan seorang kawan …

Read More

21
Jun

PROGRAM PEMUTIHAN PENDATANG TANPA PERMIT

 

Assalamualaikum Wbt. Alhamdulillah, nampak gayanya website Hadzrin.com sudah kembali pulih dari masalah serangan Virus. Setiap penyakit ada ubat. Website pun boleh jatuh sakit….bila sabar lama-lama okey pulih.

Sepanjang website ini dalam masalah tak boleh nak buka, banyak urusan dan apoinment luar yang tak dapat saya nak updatekan. Walaupun kesibukan, saya buka juga peluang kepada sesiapa yang berminat untuk terlibat sama dengan projek yang saya usahakan.

Saya ni lebih mudah didekati dan mudah untuk rapat bila bercerita tentang peluang niaga atau bisnes. Satu lagi projek Mega Kerajaan yang hangat diperkatakan sekarang ini …

Read More

19
Jun

PROGRAM HIBAH EMAS KERJA LEBIH MUDAH LEPAS NI

Hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat para sahabat pembaca yang sudah bergelar bapa terutama kepada Mizi , yang berjaya merangkul piala Bapa Cemerlang di sekolah Kampung Raja Musa.

Hari Ahad ni saya akan ada di Empire Subang seharian untuk urusniaga penting di sana. Hari Ahad pun bekerja. Ramai ingat kerja sendiri ni bebas boleh relax tetapi sebenarnya masa relax tu pun kira kerja.

Di atas kesempatan ni, saya ingin memaklumkan kepada pelanggan emas hibah yang sudah menyertai Program Pendapatan Bulanan dari …

Read More

17
Jun

WEBSITE KENA SERANG LAGI SETIAP KALI ULANG TAHUN

Assalamualaikum Wbt….

Kepada sahabat-sahabat pembaca Blog Hadzrin.com yang sentiasa menantikan buah fikiran penulisan saya, mohon maaf kerana sudah berkali-kali nak masuk ke website ini tetapi tidak dapat.

Beginilah yang berlaku setiap kali nak masuk ulang tahun usia blog. Kali ni dah masuk tahun yang ke tiga blog ini menjadi rujukan para pembaca.

Tahun lepas website tak dapat buka saya mengertilah juga kerana lambat bayar domain.

Kali ni tak lambat bayar pun sama juga masalah tak boleh buka. Walaubagaimanapun, jika Allah izinkan saya teruskan berkongsi dalam laman weblog peribadi saya ini. Kalau hangat tahi …

Read More

14
Jun

MENCARI KEKUATAN UNTUK JADI RAJIN

Mutiara Kata Hari ini :

Tak ada siapa yang boleh menolong diri kita kecuali diri kita sendiri.

Dalam Al-Quran pun kita selalu dengar ayat, Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali dirinya sendiri. Satu pengiktirafan yang Allah berikan pada kita sebagai hamba untuk tentukan nasib kita sendiri.

Kuasa nak menentukan nasib ini tidak diberikan kepada para malaikat. Sebagai contoh jika malaikat itu kerjanya mencatit amalan , maka sampai kiamat itulah kerjanya tak boleh nak tukar department lain.

Kalau kita hari ini seorang pekerja kilang, esok lusa kita boleh jadi seorang usahawan jika kita nak ubah nasib …

Read More

12
Jun

CARA MENGUMPUL MODAL DENGAN CEPAT

pelaburan

Mutiara Kata hari ini :

Tidak ada satu harta pun yang boleh selamatkan kita dari kematian.

Minggu ni saya berada di Pahang di kawasan Kampung Sungai Dong. Pi makan nasi minyak dengan lauk kerbau. Masuk kawasan kampung tu usahkan line internet, line telefon langsung tak ada.

Siapa yang sesat jalan tak jumpa rumah memang payah lah nak call tanya arah mana. Masa nak menuju ke Kampung tu, lalu di satu taman ada sebuah rumah yang dalam projek binaan lagi. Rumahnya besar yang amat ala-ala istana bumbung ungu.

Rasanya kos dalam 6-7 juta. Rumah tu …

Read More

09
Jun

PROMOSI DUIT HIBAH SEHINGGA 15 JUN 2011

 

Mutiara Kata Hari ini :

Sebab utama mengapa ramai orang tidak dapat apa yang mereka impikan ialah kerana mereka tak tahu apa yang mereka impikan.

Ramai yang masih keliru dengan program hibah emas Genneva ni. Ada yang berfikiran asalkan mereka ada emas dalam tangan mereka , mereka nak minta duit hibah.

Contohnya mereka beli emas di Pak Ghani kemudian bertanyakan duit hibah mereka. Tentu sekali emas di Pak Ghani tak ada sistem hibah setiap bulan cuma beli dan simpan emas atau cagar sahaja.

Ibarat masukkan duit ke bank A nak minta dividen di …

Read More

07
Jun

BANYAK PELUANG DAN RUANG DI NEGERI ORANG

Mutiara Ilmu yang ingin saya kongsikan hari ini….

Diri kita dikira beruntung ketika Bertutur, Diam, Termenung dan semasa Bergerak. Bagaimana dikira beruntung?

Ketika dalam keadaan bertutur dan dia tidak ada menceritakan tentang Allah dan bercerita tentang kebaikan akhirat, maka hidupnya sia-sia.

Ketika dalam keadaan diam dan dia tidak mengingati Allah maka jiwa dan dirinya sebenarnya kosong.

Ketika dalam keadaan termenung dan dia tidak mengambil iktibar atau pengajaran tentang kebesaran Tuhannya maka dia sebenarnya hidup dengan penuh kelalaian.

Ketika dalam keadaan gerak langkahnya dan tidak menunjukkan hidupnya sebagai seorang hamba Allah maka dirinya dipenuhi dengan …

Read More