24
May

BAGAIMANA NAK MENJUAL EMAS

Assalamualaikum. Pepatah Melayu lama, apa yang kita fokus akan jadi kebenaran. Walaupun perkara tu macam mustahil atau susah, tapi kalau kita fokus ia jadi kenyataan.

Ibarat batu yang diletakkan di bawah air yang menitis. Lama-kelamaan batu itu menjadi lekuk sebab air terlalu fokus jatuh atas batu. Begitu juga dengan pekerjaan yang orang anggap gila atau mengarut.

Dalam bab cara menjual emas, ramai yang bertanya kepada saya macamana nak approach orang untuk beli emas. Saya ni bukannya pakar sangat bab jual emas ni . Setakat ni, sebulan ada lah yang saya jual sehingga 2 kilogram.

Sebenarnya emas tak ada beza dengan jual kereta, rumah, tanah. Antara banyak-banyak barang tersebut, sebenarnya jual emas yang lebih mudah sebab kita boleh beli dengan amount kecil. Mana boleh nak beli tanah harga RM5,000 sekarang.

Ada seorang kawan yang berkecimpung dengan bisnes emas bertanya pada saya macamana nak cerita dengan orang yang kita ni jual emas. Saya cakap gunakan kad, fliers dan kalau ada website lebih mudah nak cerita.

Emas sendiri dah ada aura yang buatkan orang tertarik nak tahu atau nak beli. Jadi tak perlu cerita banyak pun orang beli. Jangan kita memandang rendah pada emas yang kita jual. Letakkan standard yang tinggi.

Kebiasaannya kalau orang nak beli emas dan yang nak tanya pasal emas ada banyak perbezaan. Ibarat kalau kita nak beli kereta BMW, rasanya dah ada duit baru berani masuk showroom dan tanya.

Ada kisah seorang apek pakai seluar pendek masuk kedai kereta mewah. Punyalah banyak tanya kat salesman dan salesman tengok dia atas bawah sebab apek tu pakai selipar jepun, seluar pendek dan t-shirt.

Lebih 2 jam apek tu tanya-tanya pasal kereta mewah di showroom tu. Lepas tu dia keluar. Salesman ingatkan apek tu balik. Rupanya dia keluar pergi ambik beg dari keretanya yang berisi duit cash RM2 juta.

Terus tutup showroom tu hari itu sebab nak kira duit. Apek tu rembat 3 biji kereta bayar cash termasuklah Ferrari. Ini yang kongsikan cerita ni pun kawan salesmen yang kerja di showroom tu.

Begitulah orang yang memang nak beli. Bertanya dengan duit. Kalau bertanya tapi tak ada duit akan buang masa kedua-dua pihak. Sebab itu saya beritahu pada orang yang nak beli emas untuk bawa terus siap-siap duit melainkan kalau dia nak jumpa dan tanya di tempat berdekatan dengan saya.

Dan kebiasaannya yang mana tak confirm nak beli saya tak akan bawa emas tu dan simpan di safe deposit bank. Sebab itu yang mana confirm nak beli saya minta deposit RM100 ke RM500 bergantung pada nilai emas yang nak dibeli.

Rakan saya bertanya, orang boleh percaya ke nak bankin duit kat kita macam tu sahaja. Sebelum persoalan itu keluar, sebenarnya kita pun perlu tanya, kita ni boleh percaya ke yang orang yang nak jumpa kita beli emas.

Dia dah tahu kita ada emas, lainlah kalau di kedai emas ada security, ada cctv. Ni kalau dengan kita beli emas di kedai mamak. Jadi saya kongsikan pada group saya, selagi orang itu tak ada confirmation dengan letakkan deposit beli emas, tak perlulah nak bawa emas.

Deposit boleh pulang balik kalau tak jadi nak beli. Kalau deposit pun tak ada duit nak beri usahkan nak beli emas. Ada juga kes yang pergi ke rumah prospek dan member tu confiden yang tuan rumah tak boleh nak lari kemana kalau curi emas sebab tahu rumah.

Benda nak berlaku. Dekat rumah orang juga boleh kena kebas emas member tu. Perlu ingat, emas ni barang berharga dan nilainya beribu. Kalau nak buat sampel, bawa gambar atau bawa 10 gram sudah ler. Yang berkilo tu simpan di safe deposit.

Sebenarnya makin lama kita dalam bisnes emas, baru orang akan percaya dengan kita. Bila orang dah percaya, baru orang akan rekomen pada kawan-kawan dia. Ramai yang tak tahu teknik untuk jual 1 kilogram emas.

Caranya mudah. Set dalam kepala nak dapatkan 1  kilogram emas dijual dan tanya pada orang yang nak beli supaya beli 1 kilogram. Kebiasaannya orang akan cakap, “Mung giler ke, aku mana ada duit nak beli sekilo…”

“Abih siapa yang boleh beli…?” “Mungkin bapak saudara aku….atuk aku….mak mertua aku….” Jadi dekat situ kita dah dapat prospek yang boleh beli 1 kilogram emas. Untung bangat kalau dapat beli 1 kilogram emas sebab setiap bulan ada duit hibah RM3,000 goyang kaki sahaja…

3 tahun pertama anda dalam bisnes emas ni anda promot sahaja bisnes emas anda. Biarlah orang cakap apa. Dekat facebook tu kalau ada daripada taip ayat cinta atau ayat mengeluh tak tentu fasal baik letak promote emas.

Gambar profile tu tukar letak gambar emas. Janganlah letak gambar artis…Siapkan bisnes kad dan fliers. Asal pergi mana-mana bawa dan beri pada orang. Niat sehari nak berikan 10 bisnes kad pada orang.

Sehari kalau 10 orang bermakna sebulan dah ada 300 orang yang tahu anda buat emas…Bila 3 tahun?? Tu maknanya, 3 tahun hari ini kita membina kehidupan yang selesa dan senang untuk tahun ke 4 ke atas.

Kes sekarang agro dah tak terima jongkong emas. Itu bukan isu sebenarnya. Saya bertanya pada jutawan emas yang stok emasnya bernilai 20 juta. Dia cakap, emas ni sebenarnya lebih untung kalau kita simpan sahaja bukan untuk dipajak, gadai…

Persoalan ramai orang, buat apa nak simpan emas? Sebenarnya kita tak sedar, buat apa simpan duit?

Kalau simpan emas dan duit di rumah, kalau terbakarlah rumah, yang mana boleh selamat lagi? Duit dah hangus.

Anda sedar atau tidak, orang yang beli emas tak pernah jatuh bankrupt atau jatuh miskin. Beli saham ya kita dah dengar banyak. Beli emas kemudian simpan makin lama baru boleh kira untung. Jangan beli sekejap nak untung cepat. Beli seminggu nak terus pajak.

Sebenarnya kalau kita beli emas dan pajak yang untung ialah tukang pajak. Ah Rahnu di kawasan lembah Klang pegawainya beritahu, keuntungan Ah Rahnu setakat ni di cawangan itu sahaja dah RM 1 billion.

Kalau ada lesen Ah Rahnu dah lama saya buka. Memang menguntungkan. Simpan emas untuk jadikan apa? Simpanan untuk perbelanjaan besar seperti buat umrah, haji, beli rumah, kereta banyak lagi. Beli jongkong kemudian leburkan jadi barang kemas pun boleh.

Jika anda sekarang serius buat bisnes emas, jadi tak perlu buang masa selain menjual emas, beli juga untuk simpanan diri sendiri. Dah nama tauke emas takkan emas sendiri tak ada. Macam ejen insuran yang jual insuran tapi diri sendiri tak ada insuran. Ini bukan nak mengata sesiapa tapi pada diri saya dulu sebagai ejen insuran.

Tinggalkan Komen Anda

*

norimin

May 24, 2011 at 7:43 am

tq atas perkongsian, cuma masih nak kena belajar selok belok emas ni.

suhaizat

May 25, 2011 at 10:13 am

emas oh ema$$$$

FIrdaus

June 23, 2011 at 3:15 am

Tq diatas perkongsian master, izinkn saya copy & paste di blog saya, kredit to master.