Archive for May, 2011

31
May

BERADA DI LANGKAWI 1 JUN ~ 10 JUN

Bismilahirahmanirahim. Hari ini jalan jauh ke Langkawi naik Feri dari Perlis. Ni kali kedua saya ke sana. Atas tujuan tidak ada formaliti. Sekadar berjumpa rakan lama dan menziarahi orang yang dirawat akibat lumpuh.

Segala kerja boleh dibuat sepanjang perjalanan. Seperti ada orang yang nak dirawat jarak jauh, saya setkan masa malam ketika berada di hotel. Guna SMS sudah memadai dan insya Allah berkesan.

Yang mana nak beli produk, saya ada pembantu di pejabat yang menguruskannya. Cerita pasal Langkawi ni, seorang sahabat lama yang dari Selatan sekarang ni beralih menjadi tauke …

Read More

30
May

3 KATEGORI IMPIAN TERCAPAI

Selesai sudah Kursus ISP pada 29hb May tahun ni. Kemungkinan akan dihentikan program tersebut di Putrajaya kerana tiada tempat untuk anjurkan. Walaubagaimanapun, lihat situasi pihak kompleks kejiranan. Jika mereka tak bagi lagi buat di sana, terpaksalah pindah lokasi.

Sebelum ni pun baru balik dari Ipoh dan Kuala Kangsar urusan beli tanah dan beli emas. Baru sekarang sempat nak menaip blog. Insya Allah, ada rezeki ada tanah kat Kuala Kangsar seluas 960 ekar.

Masih dalam usaha lagi, belum berjaya lagi. Kalau ada tanah tu esok pun belum ada plan nak dibuat apa. Jadi itulah kerja yang dilakukan sekarang. Cuba …

Read More

25
May

MEMAHAMI HIPNOSIS UNTUK MOTIVASI

 

Assalamualaikum. Sementara nak tunggu silibus baru dalam method pembelajaran advance dalam ISP, saya berfikiran nak dedahkan keilmuan hipnosis dalam menangani penyakit.

Di sini ada beberapa rujukan dan petikan yang saya ambik dari kitab guru-guru hipnosis. Kalau saya sendiri yang karang maksudnya sudah lari.

Atas keizinan guru saya kongsikan dalam blog ini. Bahasa memang berterabur ya minta maaf. Nak dikitarsemula pun tak mengizinkan masa sebab nak bersiap ke Ipoh pagi ini.

(more…)

Read More

24
May

BAGAIMANA NAK MENJUAL EMAS

Assalamualaikum. Pepatah Melayu lama, apa yang kita fokus akan jadi kebenaran. Walaupun perkara tu macam mustahil atau susah, tapi kalau kita fokus ia jadi kenyataan.

Ibarat batu yang diletakkan di bawah air yang menitis. Lama-kelamaan batu itu menjadi lekuk sebab air terlalu fokus jatuh atas batu. Begitu juga dengan pekerjaan yang orang anggap gila atau mengarut.

Dalam bab cara menjual emas, ramai yang bertanya kepada saya macamana nak approach orang untuk beli emas. Saya ni bukannya pakar sangat bab jual emas ni . Setakat ni, sebulan ada lah yang saya jual sehingga 2 kilogram.

Sebenarnya emas …

Read More

23
May

SELARASKAN ENERGI DIRI DENGAN ORANG LAIN

Hari ini saya menerima kunjungan tetamu dari Perak. Dia datang atas urusan mencari Dana Projek. Betul bak pepatah orang lama. Kekuatan dan senjata kita dalam anggota tubuh badan kita adalah “Akal” kita.

Begitu juga dengan bab mencari dana sampai berjuta, duit tak ada dalam tangan sendiri tetapi “Akal” sekali lagi memainkan peranan untuk mendapatkan dana itu walaupun poket habuk sahaja.

Tentu sekali jika melibatkan projek berjuta-juta , tentu sekali banyak mulut buaya yang sedang menunggu nak ngap kita. Kisah kawan saya yang seorang kontraktor ni, sudah banyak kali kena tipu dengan broker …

Read More

21
May

SIMPAN KEKAYAAN DENGAN EMAS BAHAGIAN 2

 

Ada orang baru nak berjinak dengan bisnes emas, Agro Bank dah mula buat hal tutup penerimaan pajak emas jongkong di Ah Rahnu mereka. Yang mana tak tahu mulalah rasa frust menonggeng. Iman dah mula goyang.

Siapa cakap beli emas kemudian cagar emas tu untuk jadi kaya. Cuba lihat rata-rata tauke kedai emas seperti Habib Jewel, Poh Kong, Tomei, …semuanya kaya jual emas barang kemas.

Jadi bagi yang dah menyimpan stok emas jongkong yang banyak, tak perlu risau. Kalau saya, ada stok banyak dalam bentuk jongkong pun saya biar saja peram simpan …

Read More

20
May

PAGAR RUMAH

Hari ini kalau baca surat khabar memang banyak kita tahu ada kes kecurian, pecah rumah dan gangguan dalam rumah. Ilmu pagar rumah ini sebenarnya ada dikongsikan dalam kursus Intensif ISP. Bagi yang dah diijazahkan Tendai boleh apply ilmu ini.

Selain dari buat sendiri, kita boleh juga mengupah orang yang tahu ilmu ini untuk memasang pagar di rumahnya. Sebelum memagar rumah, perlu dibersihkan dahulu rumah tersebut. Bersih dari energi negatif.

Kos untuk memagar rumah standard RM350 ke atas. Ada yang sampai beribu bergantung pada orang yang mengcaj. Nak dapat free bagus belajar buat sendiri. Tapi …

Read More

19
May

FOKUS PADA PENDAPATAN PASIF

Alhamdulillah, syukur kerana dilimpahi dengan pelbagai peluang walaupun belum mendapat hasil dari projek besar-besar macam projek tanah anugerah, projek dana untuk LA gomen dan yang terbaru projek cicak tokek.

Bila bercampur dengan ramai orang, ginilah jadinya. Banyak cerita fantasi boleh dengar.

Baru semalam saya duduk dengan seorang kawan sama belajar dulu dah mula sibuk nak cari cicak tokek. Katanya kawan dia buyer wakil dari WHO (World Health Organization).

Ada cerita dekat Kuala Langat ada seorang budak berjaya jual cicak tokek seberat 800 gram dan dapat RM63 juta.

Macam saya cakapkan tadi, macam fantasi. Tapi memang benar …

Read More

16
May

BALIK DARI KUANTAN

Dah 3 hari tak buka komputer sibuk outstation ke Kuantan. Kat sana menginap di Vistana Hotel dan secara kebetulan ada dua orang selebriti buat program di Hotel tu. Orangnya Irfan Khairi dan Dato Dr Ibrahim (Millionaire Mind Power).

Tu yang ada seorang rakan dari Kuantan datang berjumpa dengan saya pening  sebab hari Ahad tu ada banyak function di Hotel Vistana dan tanya saya program buat di mana.

Lepas jumpa dia sahaja saya ajak dia duduk di sofa bawah tangga bersama seorang Guru Sekolah yang nak diijazahkan peringkat Super Grand Master. Memang style kampong cara saya hanya duduk buat …

Read More

12
May

ILMU LADUNI

Assalamualaikum wbt. Hari ini saya ingin menjawab persoalan dari salah seorang rakan pembaca Blog yang bertanyakan kepada saya tentang ilmu Laduni.

Kadang-kadang semasa mengijazahkan murid dan bila saya sebut tentang ilmu laduni, mereka tak biasa mendengarnya. Jadi bila dah ada asas, baru faham mengapa setiap pengijazahan yang di terima itu begitu mudah.

Mudah yang dimaksudkan ialah sekejap dan tak perlu banyak kerenah (rumit). Sebagai contoh jika di kelas ISP kursus hanya sehari tetapi sudah boleh membuat penyembuhan pada orang lain.

Jika dulu-dulu kena bertapa, beramal berbulan-bulan, bertahun tetapi bila methodnya dimudahkan, yang penting asas dah faham, …

Read More

10
May

HIDUP TAK PERLU NAK TAMAK

Sejak 3 minggu ni sebelah patang dan malam sibuk dengan urusan Skim Tanah. Biar pun banyak skim yang ada diluar sana bunyinya negatif tetapi kat sini kalau nak percaya pun macam tak percaya, dan kalau tak percaya pulak, dah ramai yang dah seronok dapat duit.

Antara selebriti yang dah dapat pun ada sehingga pernah suatu ketika keluar surat khabar buat kenyataan ada syarikat dari luar negara bagi dia RM200 juta padahal daripada skim ini. Jadi nak kata ini skim betol ke tak betol, wallahualam.

Yang penting, dapat peluang buat kerja dahulu. Dapat duit ke tak dapat duit ke …

Read More

09
May

SUDAH TERBUKTI BERKESAN

selesai bayar hutang

Sudah banyak pengalaman orang yang mengalami masalah kewangan keluar dari jalan buntu dengan mengamalkan amalan sedekah.

Memang Nabi sendiri yang mendidik kita untuk menjadi seorang yang dermawan supaya boleh membantu orang lain dan yang paling utama membantu diri sendiri baik untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Amalan sedekah boleh melepaskan diri dari masalah hutang. Biar banyak macamanapun hutang kita, jalan keluar pasti ada setelah kita mengamalkan hidup suka bersedekah. Dan sedekah pun ada tempatnya yang layak.

Perkongsian pendek hari ini sekadar mengingatkan kita, jika mempunyai masalah kewangan, dah …

Read More

08
May

KEKUATAN YANG TIADA HAD

kuasa minda

Baru-baru ni saya mengijzahkan seorang Ahli Tendai peringkat Super Grand Master. Ada pertanyaan bagaimana nak meningkatkan kekuatan yang paling maksima. Saya beritahu padanya, kita perlu jadi kosong untuk kekuatan luar biasa.

Dia tak faham. Memang betul, agak tinggi ilmu untuk fahamkan maksud tersirat tentang potensi luar biasa manusia. Ada seorang Mahaguru berbangsa Cina tetapi mengamalkan cara kehidupan Islam tarikat pun agak bingung bila saya bagitahu hal ini.

Dia bertanya pada saya , kaedah apa yang saya gunakan semasa merawat orang atau semasa nakkan sesuatu. Saya jawab Entah…saya pun tak tahu …

Read More

06
May

MODAL UNTUK JALANKAN PROJEK KERAJAAN

Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan di pelbagai sudut. Sejak kebelakangan ni, ramai ahli yang melibatkan diri dalam emas dah mula mendapat hasil. Dari awal saya dah beritahu mereka, mulai dengan sedikit-sedikit, lama-lama jadi banyak.

Yang mana buat sekerat jalan sekarang ni masih di takuk yang sama , belum hujung bulan pening nak bayar hutang. Yang gelabah harga emas jatuh nanti tengok lah, tak lama lagi lagi gelabah bila harga emas mendadak naik. Macam saham juga…

Bila saham jatuh time tu ramai mengelupor nak jual. Patut time jatuh harga tengah murah dan …

Read More

05
May

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Ramai yang merujuk kepada saya bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri. Selain dari mengambil pengijazahan Tendai, kita sebenarnya perlu teroka lagi ilmu berbentuk fizikal. Kekuatan dalaman dan luaran memang penting.

Keyakinan nilah yang mengubah cara kita berurusan baik dalam bisnes atau perhubungan pekerjaan. Sekarang ni saya agak sibuk dengan buat kajian tentang seni bela diri dari negara lain. Bukan untuk menjadi hebat tetapi nak mengkaji falsafah yang tersirat dalam setiap ilmu potensi diri.

Saya mengkaji kemahiran menggunakan senjata pisau, parang, pedang, kayu yang digabungkan dari semua negara baik dan ni semua lebih jurus kepada street fighting. Selain kajian pada …

Read More