10
Apr

SUKA MENOLONG ORANG DAN DIKHIANATI

jutawan emas

Salam….(bagi kata Salam pun ada yang pertikaikan), baru-baru ni ada brader yang mahir bab bahasa, cakap tak baik sms atau taip perkataan salam…..katanya maksud salam ni tinggalkan. Belum pernah dengar perkataan selamat salam…selamat tinggal ada la. Ini terkeliru dengan penterjemahan bahasa dari arab dan melayu / endon.

Semalam entah macamana saya terbukalah laman web lama saya yang meninggalkan banyak nostalgia. Rasa macam baru beberapa bulan sahaja berlalu tetapi dah hampir 4 tahun ianya ditinggalkan. Masih ada lagi laman website tu. Kalau anda nak tengok, jengok-jengoklah website www.GbnResources.webs.com .

Mana tahu, gambar anda juga ada dalam gambar tu semasa ramai-ramai. Meriah waktu tu. Macam fenomena baru bisnes cari-cari orang padahal perlaksanaannya cukup mudah. Bawak orang datang center dapat duit. Dalam masa 2 hari sahaja Syarikat yang team saya tubuhkan dah kumpul RM30,000.

Memang benar, dapat banyak tetapi semua hasil banyak bagi pada orang. Sebagai contoh, jika bawa orang dapat RM100 satu kepala. Syarikat dapat RM19 sahaja satu kepala. Kenapa tak buat lagi program begini ? Banyak masalah selepas seminggu dilancarkan.

Ada yang meniru program ini, ada yang partner pecahkan rahsia dan ada yang pakat untuk sabotaj program ini kerana memberitahu program ini membuatkan ahli hilang fokus. Waktu itu fokus pada syarikat MLM tetapi bila dah buat yang konsep bagi duit pada orang, tu yang ada ahli dulu tak pernah buat duit ketika itu dalam masa sehari boleh dapat RM1000.

Tujuan untama buat program ini pun sebab nak tolong downline yang tak ada modal untuk kumpul modal dapat duit. Kalau dia buat syarikat MLM lama tu bawa sales sehingga RM1030, dia akan terima RM57 sahaja. Banyak bagi duit pada syarikat. Memang betul, yang atas-atas pun nak kena bagi makan.

Itu lah sebab nya laju dalam masa 2 hari sahaja dah berduyun duyun orang  join. Sebab senang dan cepat. Kenapa tak buat lagi?  Sebab dah kena sabotaj dengan orang yang dipercayai. Jadi bersyukur jugalah tak dijalankan lagi sebab tujuan syarikat nak bagi duit pada orang tetapi sebaliknya.

Sewa ofis kena bayar, gaji staft kena bayar, api air…jadi lebih baik tutup daripada menanggung rugi. Mana taknya dalam masa 2 bulan orang yang datang ofis setiap malam dari 200 orang , dah jadi 3 orang yang datang.

Rupa-rupanya dah di sogok dengan agenda lain. Itulah budaya niaga dulu…kenangan pahit atau manis tetapi bila melihat rakan-rakan memakai baju “I Love GBN” rasa terharu dan rindu pada mereka.

Tinggalkan Komen Anda

*

yati

April 11, 2011 at 3:17 am

nape takda apa2 bhg ni ? mm mesti sibok ni kan?

azli

April 11, 2011 at 6:51 am

tungguuuu…..

Master Hadzrin

April 11, 2011 at 11:56 am

baru buat draft…tetapi rupa-rupanya terupload…