Archive for April, 2011

30
Apr

KEMBALI DARI RECHARGE

Assalamualaikum. Alhamdulillah, baru sahaja pulang ke KL dari Pulau Pinang. Kebanyakan masa di atas jalan raya dan tak dapat nak menjawab SMS pemanggil apatah lagi nak buka laptop.

Ingatkan bila berada di Penang bolehlah nak buat perkongsian di Blog tapi bila dah sampai sana, sibuknya lain macam sikit. Bukan sahaja sibuk…line internet ke Laptop pun tak dapat nak buat kerja menaip.

Secara keseluruhan, memang seronok berada di negeri orang dan terus terang semasa di sana, cara pemanduan juga dah jadi lain. Dengan jalan raya yang sempit macam di kampung boleh bawak …

Read More

27
Apr

MENGELAKKAN KEBOCORAN WANG

Alhamdulillah, kesibukan sekarang menguruskan program hibah emas pembeli emas tidak menghalang saya untuk buat perkongsian dan training di Kursus ISP.

Kelihatan ramai pembeli emas dari saya yang dapat hibah setiap bulan dah mula bayar komitmen bulanan mereka seperti duit instalment kereta dan rumah. Kira duit gaji mereka dah tak usik.

Ramai juga yang dah beli kemudian menambah lagi beli emas. Dari 100 gram tambah jadi 500 gram. Dari 500 gram tambah jadi berkilo-kilo. Itu yang buat saya menambah semangat untuk sendiri beli berkilo dengan program hibah emas ni.

Penatlah asyik nak bagi cheque hibah orang lain beribu-ribu kita punya sendiri ciput aje. …

Read More

25
Apr

KEKUATAN DOA KAWAN KITA

Hari ni saya ingin kongsikan apa yang ramai tak tahu kepentingan seorang kawan. Memang benar tak ada kawan yang nak kawan dengan kita tanpa sebab. Semuanya bersebab.

Contohnya, kawan kerana duit, kawan kerana bisnes baik MLM, insuran, Saham…kawan kerana harta benda, kawan kerana ilmu….Disebalik sebab dan faktor kejayaan kita juga banyak kait dengan doa kawan.

Kadang-kadang macam main-main aje untuk doakan kejayaan kawan kita sebab tak ada tujuan atau habuan. Selalunya kita fikirkan tentang diri kita. Jarang sekali kita fikir tentang orang lain contoh kawan kita.

Jarang sekali berlaku bila tiba-tiba terima duit selepuk RM1 billion kita …

Read More

23
Apr

PELUANG KEEMASAN

 gang polis beli emas

Hari ni pagi jam 10 ada perjumpaan dengan “anggota KDN” di Paparich Selangor. Semua berbincang tentang peluang emas. Asalnya mereka nak tahu pasal pelaburan emas tapi lepas saya terangkan, baru gang-gang taiko ni faham bahawa emas bukan dilaburkan tetapi untuk digunakan di masa akan datang.

Ramai yang nak tunggu harga emas naik tetapi sebenarnya mereka bukan tunggu harga emas naik sebaliknya kuasa nilai duit kertas kita yang makin jatuh. Emas dulu dan sekarang tetap sama. Sebab itu zaman dulu orang beli kambing nilainya sama seperti …

Read More

22
Apr

PROJEK BELI TANAH

 kampung raja musa  projek tanah

Hari Jumaat ni ada urusan di Kampung Raja Musa berjumpa dengan Tuan Tanah. Sambil buat emas cuba juga peluang beli tanah. Tanah yang nak dibeli ni dah ditanam kelapa sawit seluas 7 ekar. Dulu owner beli seekar RM10,000 dan sekarang nilainya dah jadi seekar RM60,000.

Siapa lagi kalau owner dia tak bukan Mizi, dan kisah dia saya pernah cerita dalam post sebelum-sebelum ni. Dari seorang Ahli Korporat sekarang jadi orang kampung Raja Musa menanam nenas, …

Read More

21
Apr

BAGAIMANA CARA NAK BAYAR HUTANG

Post kali ini permintaan dari salah seorang pemanggil yang bertanya tentang bagaimana nak bayar hutang. Secara kasar dan secara halus jawapannya masing-masing punya cara dan peluang.

Kalau secara kasar semua dah tahu cara nak bayar hutang ialah bila ada duit. Secara halus pula, tanpa disedari hutang dah habis dibayar tanpa disangka-sangka atau tanpa disedari. Seperti yang saya cakap tadi, bergantung pada nasib orang.

Sebagai contoh anda berhutang dengan seseorang sebanyak RM100,000. Tiba-tiba orang itu jumpa anda dan berkata, “Aku halalkan lah hutang aku tu.”  Seperti yang saya cakapkan tadi…ikut …

Read More

20
Apr

SIMPAN EMAS ATAU CAGAR EMAS YANG MANA MENGUNTUNGKAN

pelaburan emas

Assalamualaikum Wbt. Alhamdulillah, Group Program Emas kami sudah mulai berkembang. Setiap hari Gold Trader kami buat jualan emas sehingga 900 gram dan lebih.

Berkat kesabaran, mesti ada punya sales tambahan pula sekarang kesedaran orang ramai pasal emas ni meningkat berbanding dulu waktu emas 100 gram hanya RM9,000. Sekarang dah jadi RM16,000. Tak lama lagi jadi RM20,000.

Yang mana join program Gold Trader dengan kami memang sempoi. Tak perlu keluar modal banyak pun. Lagi satu tak perlu nak isi banyak borang, attend meeting yang penting cuma ada keghairahan pasal emas.

Saya sendiri …

Read More

18
Apr

BUAT APA JUA KERJA ASALKAN HALAL

Hari Ahad ni saya bawa keluarga ke Sunway Piramid untuk cari HandPhone untuk anak yang berumur 2 tahun.

Dulu masa saya 2 tahun mana ada handfon. Zaman umur 25 tahun baru handfon dicipta.

Bukan apa, supaya anak tak perlu nak kacau  ayah dia punya handfon lagi. Kalau tak entah siapa-siapa sahaja dia hantar SMS atau Call.

Sampai yang ada ingat saya hantar mandrem sebab tak paham perkataan yang di SMS oleh anak.

Jadi saya belikan dia Samsung Tab. Senang untuk ajar dia download siri Alif Ba Taa dari You Tube atau orang mengaji. …

Read More

17
Apr

RAMAI YANG BERTANYA CARA UNTUK…

Program Motivasi

Hari Ahad macam ini pun ada banyak apoinment di luar. Kadang sambil menunggu pemanggil, saya update sikit Blog ni untuk perkongsian. Ahad depan (24 hb April ) baru ada Kursus ISP. Lepas hari Kursus Selasanya saya akan ke Perak Kuala Kangsar kemudian baru ke Pulau Pinang.

Ramai yang bertanya adakah saya buat program ke sana…sebenarnya lebih kepada saya menchargekan diri di sana. Bawa keluarga berjalan. Nak ke luar negara banyak kerja dan leceh jadi baik habiskan masa belah utara.

Sebelum ni dan yang kali terakhir semalam, saya dapat pertanyaan …

Read More

15
Apr

APLIKASI SUPER GRAND MASTER TENDAI MERAWAT TULANG

rawatan metafizik

Assalamualaikum. Selama ini asyik cerita pasal emas aja tak sudah-sudah , kali ini saya ingin berkongsikan kelebihan bagi keilmuan peringkat Super Grand Master ke atas. Pada peringkat ini, sudah mampu menampung energi untuk membuat rawatan tulang.

Tak kiralah sama ada tulang patah, atau bengkok, dengan izin Allah boleh sembuh dengan mudah. Bayangkan seorang patient yang perlu dibedah kos rawatan hospital sehingga berpuluh ribu. Tapi dengan kaedah kekuatan Super Grand Master ke atas, patient tak perlu nak dibedah.

Tak perlu nak melalui penderitaan dan kos …

Read More

14
Apr

PROGRAM HIBAH EMAS MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

jutawan emas

Alhamdulillah, selesai menguruskan pembelian 250gram emas hibah yang dibeli oleh Mak cik Anisah ( Makcik Mama). Makcik ni dengan anaknya datang dari Kuantan Pahang pada asalnya membuat bank transfer kepada saya sebelum kenal.

Memang kalau ikut akal, siapa yang berani nak masukkan duit beribu-ribu kepada orang yang tak dikenali. Tapi atas dasar kepercayaan dan nekad, Makcik Mama (mudah nak bahasakan diri) telah transfer ke akaun bank untuk pembelian emas sebanyak RM45,000.

Dari jumlah itu Makcik Mama dan anaknya mendapat hibah sebanyak RM979 setiap bulan mengikut kontrak perjanjian. Emas …

Read More

13
Apr

EMAS BUKAN DILABUR TETAPI UNTUK DIGUNAKAN NANTI

emas 1 gram

Hari ini , saya menebus semula 120 gram yang dipajak di Ah Rahnu. Masa tu jam 4 petang sampai di Bank. Pihak Bank cakap urusan di Ah Rahnu dah tutup.Bila saya cakap saya nak tebus emas saya baru mereka setuju untuk berurusan.

Bukan apa, sebenarnya pihak Bank dah tak ada duit untuk diberi bila dah cagar emas dengan mereka. Nak tebus takpe sebab mereka tak perlu nak keluar duit sebaliknya dapat duit.

Ramai yang berminat nak join Program Hibah sejak saya promosikan. Boleh dikatakan setiap hari …

Read More

12
Apr

TEKNIK UNTUK JADI KAYA PART 1

Assalamualaikum. Perkongsian kali ini insya Allah, saya tak cenderung ke arah duniawi sangat walaupun ia berunsur kekayaan. Memang benar, siapa tak nak kaya. Tapi harap kekayaan yang kita perolehi lepas ini tidak melalaikan kita dari persediaan untuk kehidupan yang sebenar.

Ramai dan tak terhingga bilangan orang yang bertanya pada saya macamana nak jadi kaya dengan cepat. Cepat tak bermakna sebulan dua atau lima bulan. Cepat tu antara 3 tahun ke 5 tahun. Kira okey sangatlah berbanding jika kita bekerja 5 tahun ke 10 tahun selama ini…adakah sudah kaya? Mungkin …

Read More

11
Apr

PERISTIWA BERTEMU WARTAWAN BERNAMA

Sejak dah ada ofis baru ni, kerja macam ofis boy , banyak nak submit dokumen. Redah sana sini naik motor. Istilah rembat lepas tu rempit….rembat dokumen, rempit submit ke ofis. Dalam kesibukan, dalam banyak-banyak temujanji, terjadilah perjumpaan dengan seorang wartawan ternama. Dia memang terkenal. Sebab kerja di Bernama.

Tengok sahajalah kawan-kawan dia, menteri-menteri, artis-artis, Tun Mahathir sekali pun dah boleh dia ajak sakat. Jadi semasa jumpa dia, adalah beberapa perkara yang di interview. Ada ka patut dia cakap saya ni muka macam Arash pelakon cerita Mr Mama. Ni mungkin teknik penyamaran topeng …

Read More

10
Apr

SUKA MENOLONG ORANG DAN DIKHIANATI

jutawan emas

Salam….(bagi kata Salam pun ada yang pertikaikan), baru-baru ni ada brader yang mahir bab bahasa, cakap tak baik sms atau taip perkataan salam…..katanya maksud salam ni tinggalkan. Belum pernah dengar perkataan selamat salam…selamat tinggal ada la. Ini terkeliru dengan penterjemahan bahasa dari arab dan melayu / endon.

Semalam entah macamana saya terbukalah laman web lama saya yang meninggalkan banyak nostalgia. Rasa macam baru beberapa bulan sahaja berlalu tetapi dah hampir 4 tahun ianya ditinggalkan. Masih ada lagi laman website tu. Kalau anda nak tengok, jengok-jengoklah website

Read More