16
Mar

TRIP TO SABAH

Hari ni saya berada di Kota Kinabalu Sabah dan cadangnya ada urusan di bank Agro tapi malangnya sini tak ada Ah Rahnu khusus untuk cagar emas. Datang sejauh 2000 km sia-sia saja bah…

Walaubagaimanapun dapat juga saya mengijazahkan beberapa orang di Sabah untuk Tendai peringkat Super Grand Master, Master dan Dasar Tendai. Mereka selama ini berurusan melalui SMS sahaja tapi kali ini dapat bertembung muka.

Ini kali ketiga saya ke Sabah. Cadangnya akan datang saya akan kerap ke sini sebab dah faham bagaimana nak beli tiket pergi balik murah. Hotel tempat tinggal pun dekat dengan tempat beli belah. Sempat juga malamnya layan dua panggung dengan adik.

Macamana tak layan sampai dua panggung sebab tiketnya semurah RM5. Kalau kat KL boleh sampai RM12 satu tiket. Memandangkan esok juga nak pulang ke semenanjung, cadang beli barang kering macam udang kering di pasar Philipine.

Rupanya kalau disana kita loghat Sabah dapat diskaun sampai separuh. Kalau loghat orang KL dapat diskau RM2 ke RM3 je dari harga udang kering RM58. Loghat saya memang dah macam orang Sabah da. Kalau di semenanjung pun orang ingat saya orang sabah.

 

Nak katakana ke Sabah kali ni buat kerja pun sebenarnya tidak. Sebab kerja tergendala pasal tak ada Ah Rahnu untuk cagar 200 gram emas. Tapi sempat juga buat rawatan pada salah seorang yang ambik pengijazahan di sini.

Tapi Alhamdulillah juga sebab stok emas nya tak berkurang. Ni lah untung buat emas…kalau tak jual pun untung. Memandangkan stok emas sekarang makin naik, jadi stok yang sedia ada ni diperamkan dulu.

Ternyata di Sabah kalau nak buat bisnes emas masih lagi baru. Walaupun baru tapi kesedaran dan minat terhadap emas tu dah ada. Bagi sahaja tempoh saya duduk di Sabah 6 bulan. Insya Allah RM1 juta emas dapat dijual.

Ramai yang masih tak faham lagi macamana buat untung dari emas. Sebenarnya nak buat untung dah nama pun untung jadi setiap jualan dapatlah untung. Kalau melabur tu dapat pulangan. Jadi nak untung kena jual emas. Kalau melabur tunggu setahun dapatlah dalam 23 -30%.

Jual emas tak perlu tunggu 30 % malah boleh buat 3000%. Bermula dengan sedikit pun takpe asalkan bermula. Yang mana jauh-jauh nak beli cara pos pun boleh. Selepas bankin terus SMS order. Nanti barang sampai 2 hari bekerja.

Cara paling senang untuk takle bisnesman beli emas ialah dengan tunjukkan bahawa beli emas boleh kurangkan bayar cukai . Dan emas yang ada tu boleh dibuat aset untuk buat overdraft.Banyak kelebihan emas yang selama ni hanya tauke emas sahaja yang tahu. Tapi kali ini anda pun dah tahu.

Insya Allah, saya akan kembali ke Sabah untuk anjurkan program ISP di sana kerana dapat banyak permintaan disamping orang di Sabah sporting belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*