21
Mar

SEDAR DARI KELEKAAN

Assalamualaikum wbt. Sejak sibuk berkempen emas ni ada banyak rahsia yang kita tak tahu dan terleka disebabkan kesibukan urusan kita sedangkan perkara pokok yang berlaku di luar kita tak tahu. Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit tentang apa yang kita tak tahu pasal emas…

Pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. Sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi.

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Seorang Penceramah bernama Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat.

 Dia seorang  Christian Katolik yang anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan-kenyataan oleh penasihat Bush, professor di Havard dan Oxford, orang-orang kuat IMF, Bank Dunia dan segala ketua zionis.

Mereka beritahu slstem ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930. Matthias ada  tulis buku tajuk  FUTURE FASTFOWARD.

Orang Malaysia yang paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang  bersedia untuk hadapi kehancuran sistem kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik).

Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dalam bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti.

RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. pasal money meltdown melalui internet.

 kekayaan dalam Islam  sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yang ada air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab  emas terbesar berada di US dan Europe.

Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku -buku  mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. Yang bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (Kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan.

BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda-tanda akan pasang semula.

Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak. Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Bila baca surah Yusuf,  baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK.

Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH!

Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke Negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar-legar di luar US dan sedang menunggu masa untuk tumbang.

Kembali Ke laman utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

abuzar

March 22, 2011 at 5:25 pm

hebat sungguh perancangn kuffar….bangkitlah dan sedar lah wahai ummat islam…

Master Hadzrin

March 25, 2011 at 11:59 am

Ya tuan Ustadz….kita dah lama lalai…