27
Mar

SAMBUNG CERITA SOLAT KHUSYUK

melihat kebesaran

Assalamualaikum Wbt. Sedikit perkongsian hari ini dari saya walaupun seharian suntuk saya anjurkan kursus ISP di Putrajaya, malam ni selesai buat latihan DSI , saya ingin kongsikan satu cerita tentang seorang yang bertanya bagaimana nak melihat Allah.

Atau senang cerita , semasa sembahyang bagaimana boleh melihat Allah. Sebenarnya tiada jawapan bagi soalan itu tetapi kita sering bertanya-tanya dan pastinya ramai yang nak tahu.

Nabi Muhammad SAW pernah bertanya pada Malaikat Jibril. Pernahkan Jibril melihat wajah Allah. Jibril menjawab bahawa setiap malaikat mempunyai 73 lapisan yang menghalang cahaya (Nur) Allah. Andainya tiada lapisan tersebut maka terbakar lah ia (malaikat).

Manakala manusia pula mempunyai 69 lapisan yang melindungi cahaya Allah. Jika 69 lapisan itu tiada maka terbakarlah manusia. Ini menunjukkan kedudukan manusia lebih dekat dengan Allah berbanding Malaikat. Ini juga bermakna Jibril belum lagi melihat wajah Allah.

Itulah Allah Yang Maha Rahsia dan Yang Maha Ghaib yang tidak dilihat oleh hamba-hambanya termasuklah para Malaikat sedangkan sudah banyak nikmat yang diberikanNya.

Kita hanya boleh melihat wajah Allah bila kita diizinkanNya dan dalam keadaan kita sekarang adalah tidak mungkin kerana Allah akan menampakkan WajahNya dilihat apabila berada di Syurga. Maknanya kita perlu keluar dari kehidupan dunia ini  (mati) jika nak melihat Allah.

Kerana keupayaan kita sangat terbatas dan sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Kita ibarat seorang buta yang datang ke istana dan ingin mengadap Raja atau Sultan. Bayangkan keadaan kita yang Buta sedang menghadap Raja. Dan Raja memandang tepat ke arah muka kita dan berada dekat dengan kita.

Tetapi kerana kita buta, kita tidak nampak. Dan kita juga tak pasti sama ada kita berada di dalam istana atau tidak. Kesimpulannya, Raja melihat dan nampak anda tetapi anda seorang yang buta dan tidak dapat melihat wajah Raja.

Begitulah keadaan kita yang sentiasa diperhatikan Allah baik fikiran kita atau hati kita Allah boleh melihatnya. Sebab itu dalam sembahyang, jika anda tahu suasana seperti seorang Raja melihat anda dan anda buta, sudah pasti anda tak berani nak membuat perkara yang dilarang.

Sama seperti bila anda tahu Allah memerhatikan diri anda luar dan dalam, anda sudah tentu tak berani nak lalai atau memikirkan perkara lain semasa melakukan ibadah.

…..bersambung

Apa komen anda…

Tinggalkan Komen Anda

*