18
Mar

PINJAMAN RUMAH VERSI 1

 

Jumaat ni diam tak diam dah masuk minggu ke tiga bagi bulan Mac. Tak lama lagi berakhir bulan ni dan masa rasa sangat pantas. Minggu hadapan kemungkinan saya akan ke utara pula pasal urusan kerja.

Gurau sahaja…saya manalah kerja. Yang saya masih ingat lagi dulu dulu memang saya pernah bekerja. Sebagai Business Development Executive. Dengan menaiki motor c70 pakai tali leher , baju lengan panjang dan seluar kain slack pergi menguruskan pinjaman rumah orang.

Kerja saya waktu itu ialah bagi kesedaran tentang pinjaman rumah mereka. 95% pelanggan saya ketika itu baru sedar pinjaman rumah mereka interest / faedah sahaja dah boleh beli lagi 1 1/2 rumah baru mereka. Sebagai contoh rumah mereka harga RM170,000. Jumlah interest mereka RM280,000. Jumlah perlu dibayar keseluruhan RM450,000.

Dalam masa sepuluh tahun pertama, jika dah bayar loan rumah setiap bulan, pokok pinjaman baru 5% dari pinjaman yang sudah dibayar. Yang lain sepanjang 10 tahun bayar tu lebih kepada bayar faedah. Anda boleh kira sendiri pinjaman rumah anda menggunakan financial calculator.

Ertinya rumah yang kita bayar belum milik kita lagi dan bukan lagi aset. Kalau aset, ia akan memberi kita wang tetapi ini sebaliknya…duit kita yang perabih bayar faedah. Sebab itu kalau 10 bulan tak bayar instalment rumah bank akan lelong rumah kita walhal dah habis 10 tahun bayar.

Sebab itu dulu saya bantu orang yang nak jimat bayar pinjaman rumah dengan menggunakan pinjaman bergabung. (combine loan) . Pinjaman rumah yang di sekalikan dengan pinjaman tetap dan overdraft. (Term loan dengan OD ).

Dengan cara begini, faedah bank yang dibayar sehingga RM200,000 boleh jimat menjadi RM110,000. Maknanya anda jimat RM90,000. Interest tetap kena bayar sebab dah namanya pinjam. Lainlah kalau beli tunai. Itu jawapan bagi yang bertanya bagaimana nak hilangkan bayar faedah.

Nak jadi kaya tiru cara orang kaya uruskan cara tempat tinggal mereka. Saya pernah kenal seorang tauke kaya dengan mempunyai lombong bijih besi tetapi rumahnya hanya sebuah apartment sahaja. Walhal duitnya di bank ada berpuluh juta.

Bermakna, rumah pertama atau yang awal kita tak perlu yang mahal-mahal atau mewah. Sebab masa awal-awal kita perlu membina empayer dahulu dan duit banyak digunakan untuk urusniaga atau simpanan pelaburan. Rumah mahal-mahal yang kita beli peringkat awal kebiasaannya tak berkekalan dengan kita.

Tambahan sekarang setiap rumah dah perlu bayar kos maintenance seperti bayar security. Bayar bukan murah ada yang sehingga RM300 sebulan. Tambah lagi komitmen perbelanjaan bulanan.

Memang seronok bila menonton TV lihat rumah pelakon-pelakon drama yang rumahnya besar tetapi hakikat sebenarnya, tuan rumahnya yang besar kebiasaannya selalu sibuk keluar outstation. Rumah banglo sehingga seratus bilik , kolam renang, bilik home teater….tetapi tuannya jarang berada di rumah.

Yang menikmati keselesaan rumah yang gah itu kebiasaannya pembantu rumah dan tukang kebun. Yang memberitahu saya keadaan dia sekarang yang situasi dia masih belum ada lagi rumah sendiri dan hanya mampu sewa rumah….anda sebenarnya tak perlu nak pening kepala.

Apa beza ada rumah sendiri dan ada rumah sewa? Tiada bezanya sebab anda masih boleh tidur dan berteduh dalam rumah itu baik ianya sewa atau beli. Jangan fikir hari esok dahulu jika hari ini kita tak bersyukur kerana orang-orang di Jepun yang negaranya dilanda Tsunami juga tak menyangka bahawa rumah mereka dihanyut air.

Tiada lagi rumah gah dan tumah banglo apabila dihanyut Tsunami. Sebab itu kita bersyukur dengan keadaan kita sekarang yang negara kita aman tiada bencana. Yang penting kita jangan menggelabah belum ada rumah sendiri. Sabar sahaja kerana suatu hari nanti kita pasti ada rumah impian kita asalkan sekarang ini kita rancang dan berdoa.

Berbalik pada bagaimana nak jimatkan bayar faedah dari dibayar lebih ialah dengan membayar dua kali sebulan pinjaman rumah kita. Bukan bermakna bayar 2 kali sebulan itu amaun instalment kita.

Sebagai contoh jika bulanan kita bayar RM1,000….jadi kita bahagikan 2 bermakna RM500. Dalam sebulan, kita bayar dua minggu pertama bayar RM500. Hujung bulan iaitu 2 minggu berikutnya bayar lagi RM500. Ini dipanggil bayar secara FORTNIGHTLY.

Kaedah ini boleh menjimatkan berpuluh ribu ringgit interest rumah anda. Itu pun anda perlu bertanya pada pihak pinjaman rumah anda, bagaimana nak bayar cara fortnightly. Hasil dari tukar cara bayar pinjaman rumah begini pelanggan saya dahulu dapat jimat berpuluh ribu ringgit dan saya dapatlah upah RM1,500 sebagai consultan mereka.

Mana saya tahu semua ni? Dulu saya ikhtiar cuba nak hidup di bandar besar KL dan terpaksa cari lobang-lobang kerja tapi terjumpa peluang ini. Mula-mula buat saya tak faham tapi bila pelanggan dah ramai jadi faham selok belok dan dijadikan lubang duit.

Hari ini saya tak buat lagi kerja itu sebab banyak kerja. Bayangkan setiap kali berurusan dengan pelanggan sehingga 10 kali mengadap untuk dapatkan tandatangan dan 10 kali pergi bank dan 10 kali pergi pejabat perbendeharaan bagi yang buat pinjaman dengan kerajaan.

Dapat upah RM1500 dulu sebenarnya tak berbaloi dengan kehulu kehilir begitu. Setiap hari dari Klang ke Puchong ke Damansara ke Shah Alam untuk uruskan seorang pelanggan. 3 bulan baru dapat upahnya. Itulah proses pembelajaran saya disaat saya sedang mencari rezeki sebagai seorang pelajar di universiti.

Saat pelajar lain setiap petang keluar bersukan dan belajar di perpustakaan, saya dengan tali leher menaiki motorsikal meronda mencari prospek untuk membuat refinance rumah.

Apa yang terbaik sebenarnya untuk kita yang ingin memiliki rumah. Saya berjumpa dengan ramai orang yang hari ini sanggup jual rumah mereka dan beli emas. Ada seorang Businesman berbangsa India beritahu, sekarang ni buat apa ada rumah banyak-banyak. Harga rumah jatuh sekarang ni. Sebab itu dia jual semua rumah dia dan beli emas.

Emas naik harga dia terus jual dan beli rumah baru dengan lebih cepat. Itu yang sekali beli emas dia borong sampai RM700,000 bayar. Hari lain datang lagi beli emas dengan hasil jual rumah lain.

Jadi apa ertinya bila orang yang dah banyak rumah menjadi keutamaannya adalah emas. Sama-sama kita kaji tentang situasi kita sekarang yang perlu beli rumah bagaimana.

P/S: Jalan terbaik beli rumah yang duduk sendiri secara tunai. Biarpun rumah biasa asalkan dah habis bayar.

Kembali ke laman utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

bulbibuduh

March 19, 2011 at 1:20 am

saya lebih suka beli rumah ikut style nabi. 3 bilik dh ckup. xkisah besar ke kecik.

reza

March 19, 2011 at 2:29 am

kawan rasa beli rumah burung lg baik la tiap2 bulan dpt duit.

Master Hadzrin

March 19, 2011 at 5:00 am

bagus betul burung reza boleh buat duit

mrsshehan

August 28, 2012 at 12:25 pm

Terima kasih kerana kongsi pengalaman kat sini..cuma saya nk tanye, bayaran secara fortnightly tu kene request dari bank ker utk buat bayaran melalui cara tersebut?

irna

July 17, 2014 at 4:49 am

terima kasih atas penulisan ini..
sangat membantu saya mengetahui bagaimana ianya dikira dan dihitung …