25
Mar

MENOLONG IKUT KEMAMPUAN

Hari ini dari pagi sampai ke Sembahyang Jumaat banyak urusan di luar. Waktu di Bank dikejutkan dengan berita kematian seorang akibat kanser hati. Difahamkan baru cuba nak merawat dengan kaedah jarak jauh oleh Pak Adnan dari Kelantan. Sudah ditakdirkan itu yang terbaik dan telah ditetapkan dari Allah.

Sejak kebelakangan ni ramai pula yang menghantar SMS baik kawan yang dah 10 tahun tak jumpa, orang tak dikenali dan mereka minta nak pinjam duit. Kalau nak pinjam duit buat waktu ini semua duit sudah ditukarkan jadi emas. Nak pinjam emas pun semua emas dah dicagar untuk dapat duit bulan-bulan.

Jadi dalam keadaan sekarang ni belum mampu untuk menolong orang yang nak pinjam duit. Sebenarnya saya tak kisah kalau nak pinjam RM100 ke untuk buat beli susu anak atau makanan di dapur. Buat masa ini belum ada yang nak minta tolong sedikit-dikit. Semuanya nak pinjam paling sikit RM1000.

Terus terang saya nyatakan saya belum mampu untuk beri pinjam orang duit. Kalau saya dah mampu, saya akan beri pinjam dan tidak harapkan peminjam ganti balik. Itu dah tahap Super Jutawan boleh. Tekanan pada yang beri pinjam ialah setiap hari bila teringat orang yang pinjam akan terdetik di hati, bila nak bayar hutang aku ni…

Sekadar perkongsian. Mungkin anda alami situasi ini ramai yang nak pinjam dengan anda atau anda cuba mencari ramai yang boleh beri anda pinjam.

Pengalaman saya masa saya susah suatu ketika dulu, waktu itu terdetik nak pinjam wang dengan kawan. Tak ada sampai beribu. Waktu itu hanya nak beli beras sahaja. Itulah beras yang saya beli dengan harga RM12 beras cap rambutan hasil pinjam dari kawan.

Lebih dari itu saya tak berani nak pinjam orang duit. Biar susah bagaimanapun, kalau boleh tak melibatkan orang lain. Yang banyak hulur duit kepada saya masa itu ialah ibu saya. Nak buat macamana…patut anak yang bagi duit pada emak tapi dah sesak sangat. Dapatlah kadang RM30 bila jumpa emak. Kadang pampers anak dan susu  pun emak yang belikan.

Waktu saya susah dahulu , tak de terfikir nak pinjam duit ribu-ribu dengan orang. Apa yang fikir masa tu macamana nak beli makan untuk keluarga. Soal kereta ke, bayar pinjaman rumah ke waktu itu tak de nak fikirkan lagi. Sehingga sanggup ke sana sini berjalan kaki sahaja. Waktu jalan kaki tu lah fikir orang dulu-dulu sebelum cipta kereta pun jalan kaki lagilah redah semak samun hutan belukar.

Jangan bimbang jika sekarang ni anda sedang mengalami kesukaran ekonomi atau kesukaran hidup. Jangan fikir jalan singkat dengan berhasrat untuk buat pinjaman wang yang banyak dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Kerana itu sebenarnya akan mengheret anda jadi lebih susah.

Seorang kawan saya yang kaya raya pernah berkata. “Aku walaupun banyak duit tapi aku tak nak bagi pinjam orang duit sebab aku akan hilang kawan.” Apa yang dia katakan itu memang terbukti benar. Ramai kawan-kawan dia hilang bila dah lepas pinjam duit dengan dia.

Bertuah kalau dia halalkan walaupun duit dalam bank dah ada berjuta tapi itulah lumrah kita sebagai manusia yang bila nak pinjam tak fikir sama ada boleh bayar semula atau tidak asalkan dapat lepas dapat duit. Sebab itu saya juga amalkan cara yang sama, daripada memberi pinjam duit lebih baik sedekah.

Kalau ada orang nak pinjam dengan saya RM3000, saya sedekah RM50. Kalau ada yang nak pinjam RM10,000, saya sedekah RM60. Kalau ada yang nak pinjam RM100,000…saya sedekah RM70.

Cara ini bukan kedekut tetapi satu cara nak jaga hati kita dari mengungkit atau berdendam. Biar orang kata kita tak ada duit sebab tak bagi mereka pinjam duit daripada kita hari-hari menuntut hutang dari mereka nanti.

Sebab itu, susah macamanapun kita, yang hanya boleh memberi pertolongan kepada kita selain dari Allah ialah keluarga kita sendiri. Susah senang keluarga sendiri yang tahu.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

uzair

March 25, 2011 at 11:07 am

ayah saya pun berpendapat begitu.. x payah la bagi pinjam byk2 ni kecuali sgt2 terdesak, seperi nak operation.. sedekah je stakat termampu

Master Hadzrin

March 25, 2011 at 3:14 pm

yess…sebab ayah kita pun dah lalui kawan pinjam tak bayar balik

azli

March 25, 2011 at 3:55 pm

sy sgt setuju dgn pendpt kwn master,kite akan hilang kwn klau beri pinjam duit…lebih baik bersedekah spt yg master buat……itu lebih baik dr mengungkit di kemudian hari……

Master Hadzrin

March 25, 2011 at 5:27 pm

azli hari ni mesti baru dapat gaji…

azli

March 25, 2011 at 11:23 pm

btol tu…hahaha

San

March 28, 2011 at 1:42 am

setuju sangat ngan master…

nurulaini

November 23, 2016 at 5:47 am

betul. jgn kata kawan, keluarga pun ada yg menjauhkan diri. bukan sengaja pilih jalan ni, tp ada yg kekadang tersilap jalan dan takda org yg nak tolong. agak2 mcm mana ye

yong

December 17, 2017 at 10:29 pm

terbaikkkk

mohd zaimi

February 17, 2018 at 8:03 pm

Kalau tuan berhati mulia ikhlas membantu . Saya sangat memerlukan bantuan tuan . Buntu dan tak tahu nak berbuat apa2.. sangat2 memerlukan bantuan kewangan . Tidak kira berapa yang tuan berikan .Saya akan bayar secepat mungkin. Buntu memikirkan anak2 yan yang kehausan susu.. allah sqhaja yang dapat membalas jasa tuan membantu org2 yang bena2 dalam kesusahan . Jika tuan ingin menolong saya tolong whatsapp saya 0178061903. Sesiapa ingin bantu saya ini no akau saya 6358373910 public bank (mohd zaimi bin saini) sangat2 memerlukak.semoga allah merahmati orang yang mahu membantu . Kasihan anak saya .

Lenny Marina

February 20, 2018 at 5:03 am

Salam…sy Lenny ada x sesiapa yg dapat menolong sy..sy amat memerlukan rm500-rm1000 untuk membayar yuran sekolah anak sy..dan skrg ni mak saya telah di tahan kt hospital Teluk Intan.. sy nk g jaga mak tp duit x ada nk pergi kesana…skrg mak Su seorang Aje kt sana.. kalau ada sesiapa yg dapat membantu sy..dgn ini sy sertakan nombor akaun bank saya 158060530321 Maybank..Lenny Marina binti Aziz.. sy berjiwa mengharapkan sgt hari ini..

Ellamila

June 25, 2018 at 5:28 am

Asalamualikum..saya nak tanya saya dan suami baru nnak bina hidup baru tp saya nak cari modal untuk meniaga kecil2 je sbb suami saya keje tak menetu..suami saya berkeje makan gaji rumah saya duk pun sewa..saya nak cari duit untuk pinjaman tapi saya nak buat pinjaman kalau pinjaman belesen saya tak akan dapat..

Mohd hallif bin hassan

August 26, 2018 at 6:07 pm

Assalamualaikum.. Saye seorang dude ank due.. Dan saye menjage kedue2 ank yg berumur 2 tahun dan 1tahun.. Dan saye baru berhenti kerje untuk mnjage ank2 saye sebab xmampu nk hantar ank saye pd pengasuh.. Saye nak mintak bantuan rm200 dari tuan.

Edi Bin Hussin

September 27, 2018 at 7:14 pm

Salam.sy mermelukn pinjaman ni untk keluarga.sgat2 mermelukn.tolong

NADIAH BINTI KAMARUDDIN .

October 13, 2018 at 11:58 am

assalam. klau saudara sggp membantu, saya sgt terdesak utk meminjam duit sebanyak rm1200. saya tak dpt nk buat pinjaman berlesen kerana saya masih seorg pelajar. saya di dlm keadaan terdesak kerana bru2 ni saya terjebak dgn investment yg entah apa2 dan disebabkan itu skrg saya berhutang. saya perlukan duit tersebut utk membyr kembali hutang saya dlm masa terdekat. saya janji dgn nama Allah yg saya akan pulangkan kembali duit tersebut klau saudara mampu pinjamkan. Tidak perlu saudara sedekahkan kepada saya sesen pun. saya akan langsaikan sebyk mn yg telah saya pinjam. harap saudara membaca mesej saya dan mampu menolong saya. jika saudara tidak percaya, saudara bleh wassup saya 0183705290

NADIAH BINTI KAMARUDDIN .

October 13, 2018 at 12:07 pm

harap saudara dpt membantu saya. saya dh buntu dah ni

suhaily bte ramli

January 9, 2019 at 8:40 pm

Sy puan suhaily IBU kepada 8org cahaya mata 4 Dari cahaya mata sy oku..encik sy perlukan Bantu Dari encik..sy perlu Dana kewangan DLM rm 200 jew..utk beli buku² skolah ank2 sy n bwe follow up 2 ank..kalo encik xcarya encik bleh Wssp sy 0172157303 sy bleh tujukkn dokumen ank² sy..sy hrp encik dpt membantu meringan beban sy..

Arvsn bin arifin

February 28, 2019 at 11:12 am

Asalamualaikum encik..saya wan memerlukn bantuan payung n meja niaga sahaja..
Untuk buka niaga tepi jln je..
Blh ke encik tlg..insylh dgn nma allah sy akn pulangkn semula..dh merata tempat sy mbtk tlg tp x dpt..
Sekiranya encik blh pinjamkn..wasap saya kt no ni ya
0172540281

izzati

May 23, 2019 at 5:17 am

Sy perlu kan wang untuk perbelanja bju raya untuk ank2 sy..tlong sy

izzati

May 23, 2019 at 5:19 am

Sy perlu kan wang untuk perbelanja bju raya untuk ank2 sy..tlong sy..wsap sy 0189742748

Rosali

October 29, 2019 at 8:29 am

Saya memerlukan bantuan untuk membayar bil hospital buat keluarga,, kerana keluarga sudah berusaha minta bantuan tetapi tk ada nk bantu kami

Haryati

November 14, 2019 at 7:57 am

Sy nk buat pinjaman