24
Mar

HIBAH DAN KUNGFU GOLD

Assalamualaikum wbt.

Hari ni baru dapat luangkan masa untuk buat perkongsian setelah dua hari angkut barang sendiri pindah rumah baru. Semuanya angkat sendiri bersama seorang adik.

Bicep dah bertambah besar sikit jadi tak perlu nak pergi gym. Masa update blog ni dah ada di rumah baru. Alhamdulillah baru selesai bersihkan rumah dan pagar ia. Terasa energi rumah baru ni lebih tenang dari rumah lama. Selain line internet di sini lebih laju dari di rumah lama.

Dalam kesibukan pindah rumah, saya juga sibuk berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sama-sama kecimpung buat emas. Program kami memang jarang dibuat orang. Ada disertakan dengan program hibah. Ramai yang tak faham dan tak tahu maksud hibah.

Bukan skim hibah yang mengambil duit orang sahaja. Itu yang buatkan ramai yang sedang menunggu harapan setiap tahun dan setiap kali nak masuk hari raya.

Program hibah yang kami jalankan ini mendapat kelulusan dengan bank negara dan bersandarkan emas. Maknanya beli emas dan dapat duit hibah setiap bulan. Untuk mengetahui maksud hibah tu baca artikel di bawah ni.

HIBAH
Berkenaan dengan definisi hibah , As Sayid Sabiq berkata di dalam kitabnya [1] : “(Definisi) hibah menurut istilah syar’i ialah, sebuah akad yang tujuannya penyerahan seseorang atas hak miliknya kepada orang lain semasa hidupnya [2] tanpa imbalan apapun [3]”.

Beliau berkata pula: “Dan hibah bisa juga diartikan pemberian atau sumbangan sebagai bentuk penghormatan untuk orang lain, baik berupa harta atau lainnya”.

Syaikh Al Fauzan berkata: “Hibah adalah pemberian (sumbangan) dari orang yang mampu melakukannya pada masa hidupnya untuk orang lain berupa harta yang diketahui (jelas)”.[4]

Demikian makna hibah secara khusus. Adapun secara umum, maka hibah mencakup hal-hal berikut ini:

1. Al ibra`:  yaitu hibah (berupa pembebasan) utang untuk orang yang terlilit utang (sehingga dia terbebas dari utang).
2. Ash shadaqah  : yaitu pemberian yang dimaksudkan untuk mendapatkan pahala akhirat.
3. Al hadiyah  : yaitu segala sesuatu yang melazimkan (mengharuskan) si penerimanya untuk menggantinya (membalasnya dengan yang lebih baik) [5].

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang perbedaan antara shadaqah dan hadiyah, dan mana yang lebih utama dari keduanya, beliau rahimahullah menjawab:

“Alhamdulillah, ash shadaqah adalah segala sesuatu yang diberikan untuk mengharap wajah Allah sebagai ibadah yang murni, tanpa ada maksud (dari pelakunya) untuk (memberi) orang tertentu, dan tanpa meminta imbalan (dari orang yang diberi tersebut).

Akan tetapi, (pemberian tersebut) diberikan kepada orang-orang yang memerlukan. Sedangkan hadiyah, maka pemberian ini dimaksudkan sebagai wujud penghormatan terhadap individu tertentu, baik hal itu sebagai (manifestasi dari) rasa cinta, persahabatan ataupun meminta bantuan.

Oleh karena itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menerima hadiah, dan berterima kasih atasnya (dengan memberinya hadiah kembali), sehingga tidak ada orang yang meminta atau mengharapkan kembali darinya.

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga tidak pernah memakan kotoran-kotoran [6] (zakat atau shadaqah) orang lain yang mereka bersuci dengannya dari dosa-dosa mereka, yaitu shadaqah.

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memakan shadaqah karena alasan ini ataupun karena alasan-alasan lainnya [7]. Maka (dengan demikian) telah jelaslah perkaranya, bahwa shadaqah lebih utama.

Kecuali jika hadiyah memiliki makna tersendiri, sehingga membuatnya lebih utama dari shadaqah, seperti memberi hadiah kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di masa hidupnya sebagai tanda cinta kepadanya, atau memberi hadiah kepada kerabat, yang dengannya terjalinlah hubungan lebih erat antara kerabat, atau juga memberi hadiah kepada saudara seiman, maka hal-hal seperti ini bisa membuat hadiyah lebih utama (dari shadaqah)”[8].

Ibnu Qudamah Al Maqdisi berkata: “Kesimpulannya, hibah, shadaqah, hadiyah, dan ‘athiyah memiliki makna yang saling berdekatan. Makna ketiga istilah ini adalah penyerahan kepemilikan (seseorang kepada orang lain) pada waktu hidupnya tanpa imbalan balik apapun.

Dan penyebutan ‘athiyah (pemberian) mencakup seluruhnya, demikian pula hibah. Sedangkan shadaqah dan hadiyah berbeda, karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memakan hadiyah dan tidak pernah memakan shadaqah.

Sekarang sedikit kefahaman tentang Hibah anda boleh tangkap sedikit. Bila dikaitkan dengan emas yang dimaksudkan KUNGFU GOLD ini ialah bila kita mempunyai 300 gram emas dan dapat duit setiap bulan dari 100 gram emas dan ada 200 gram yang dibeli dengan harga murah.

Pening nak faham bukan? Sebab itu dinamakan Kungfu Pow. Secara terperincinya nanti saya sambung di website emas saya yang lain. Disini cadangnya untuk introduce sahaja konsep yang nak diketengahkan.

Tak rugi buat program ni sebab dalam masa yang sama harga emas naik dan setiap bulan dapat duit. Seperti seorang sahabat saya ni dalam pelan-pelan sekarang dah hampir ada 300 gram dan melalui konsep Kungfu ni dia dapat income bulanan dan stok emas 300 gram.

Asalnya dulu tak tahu langsung pasal emas. Sejak dah terjebak dalam perniagaan emas, ada saja idea dia nak manipulasikan emas dia. Konsep 300 gram emas yang dimaksudkan ini ialah beli 200 gram dengan konsep overlaps iaini dicagar dengan Ah Rahnu.

Kemudian beli 100 gram dalam Program Hibah yang beri setiap bulan 2% bermakna setahun 24 %. (Warren Buffet pelabur paling hebat dunia hanya  mampu buat keuntungan 20% setiap tahun.). Persoalannya…kenapa tak beli semua 300 gram itu dalam program hibah ?

Ini untuk modal yang sedikit atau sedikit demi sedikit. Kalau dah memang berduit 300 gram tu terus ambil yang bagi bulanan. Tapi kalau tak, terpaksa berkungfu dulu. Modal sedikit tu berapa ? Beli 200 gram dengan modal RM11,000 ( Harga 200 gram = RM31,500). Yang 100 gram modal RM17,500. (Bagi pendapatan setiap bulan 2% seumur hidup).

Hasilnya , setelah setahun, ketiga-tiga emas ini sudah jadi 100% milik kita dan mampu beri pendapatan setiap bulan RM1,050. Kira lepas bayar perbelanjaan tetap setiap bulan macam bayar rumah dan kereta. Kalau nak bayar bulanan kereta mewah, emasnya kena berganda.

 Terpulang pada individu sama ada nak gunakan harta dan kekayaan ini untuk kemewahan atau untuk kebaikan seperti sedekah dan amal jariah. Ada juga yang mengumpul kekayaan untuk persediaan di hari akan datang sebagaimana ada pemimpin yang sibuk membeli emas untuk menghadapi krisis yang terburuk dalam sejarah ekonomi dunia yang mungkin berlaku.

Ketika itu yang penting emas, perak dan makanan serta minuman. Tidak ada kemewahan yang nak dikejar tetapi peluang untuk hidup sahaja. Seperti yang berlaku pada zaman perang Jepun dahulu.

Post ditaja oleh : Website Emas : www.hadzrin.com/emas

 

Tukar emas jadi emas

 

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

min

March 25, 2011 at 1:24 am

Tahniah dah pindah rumah baru…

Master Hadzrin

March 25, 2011 at 1:57 am

Pernah ditanya : Adakah sama dengan Etika Emas sebelum ini…? Jawapannya Tidak sama. Kami mempunyai kelulusan dari Bank Negara dan berlesan. Setakat ini sudah 5 tahun dijalankan di Malaysia. Kalau tak berlesen sudah tentu tak sampai setahun syarikat dah tutup

nazz

March 25, 2011 at 2:23 am

tunggu saya kerja dah ader pendapatan dulu baru leh join program ni..hehe

rayme

March 25, 2011 at 5:16 am

umah baru kat area mana ni master..

Master Hadzrin

March 25, 2011 at 7:34 am

dekat sempadan sepang

Master Hadzrin

March 25, 2011 at 7:35 am

nazz :

tunggu saya kerja dah ader pendapatan dulu baru leh join program ni..hehe

tak payah tunggu kerja…masa student pun bole bisness emas

reza

March 26, 2011 at 2:12 am

tu dh dekat dgn area rumah kawan tu…@Master Hadzrin

syukgenting

March 26, 2011 at 4:08 am

jgn tgu lama2 nnti emas di ambil org………btul2….bli emas mdal 16k dapat 200gram…emas hibah 300gram…..350×3=rm1050 jer tiap2 bulan……..masyuk

kirei

March 27, 2011 at 2:21 pm

tak payah tunggu kerja…masa student pun bole bisness emas

mcm mane nak buat bisnes emas masa student ? ptptn mane cukup maa nak bli emas :p

Master Hadzrin

March 27, 2011 at 4:14 pm

Student yang harapkan PTPTN sahaja sebagai sumber adalah student AVERAGE. Sebab tu tak ramai yang student success dalam bisnes. Menghadkan potensi diri… (-_-)

nuar

March 26, 2012 at 1:36 am

artikel yang bagus.saya dah faham dengan konsep hibah ni.dulu agak was-was sebab nampak macam pelaburan cepat kaya. tak sabar nak tunggu payslip gaji baru. nak buat loan and join bisnes emas ni. asyik buat loan tapi tak nampak bendanya. harap dapat ubah kehidupan dengan menyimpan emas. moga master hadzrin dapat bantu untuk buka jalan. nanti loan dah clear saya akan hubungi master segera. boleh ya?