31
Mar

BERANI BERNIAGA

baru nak mula berniaga

(Gambar kenangan diatas diambil masa mula nak berniaga  jual Goreng Pisang di Kulai)

Hari ni rasanya baru boleh bertukang sedikit di rumah. Cadang nak buat almari baju. Hari-hari sudah banyak apoinment di luar. Kalau hari ni ada apoinment pun boleh keluar sekejap-sekejap. Seperti semalam, seorang kawan bertanya, bila nak ajak lepak minum-minum teh mamak.

Saya beritahu, anytime dan bergantung pada masa dia. Tu yang dia cakap untung nya kerja sendiri sebab boleh bebas buat apa saja. Saya katakan pada dia, kalau dah tahu untung , kerja lah sendiri. Semua orang kan nak untung.

Dia tak tahu, kerja sendiri ni result nya ada dua, kalau tak KAYA, jadi KAYAP. Sebenarnya sebelum-sebelum ini saya pernah juga kerja dengan orang. Paling lama di satu tempat kerja pun 5 bulan. Tak pernah sampai bertahun. Sebabnya tak boleh nak kerja dibawah kongkongan orang lain.

Selain dari politik ofis, bodek membodek, hidup hipokrit, lebih baik saya fikir bagaimana nak bina empayer sendiri biarpun ianya sedikit bagi keuntungan atau perniagaannya kecil. Macam dulu saya pernah terlibat dalam Network Marketing yang orang cakap perkerjaan low class.

Dari perniagaan Low Class itu yang saya dapat pakai kereta High Class. Pedulikan apa yang orang lain cakap. Masa permulaan memang anda akan terkial-kial mencari rentak. Biasanya lepas 2 tahun bertungkus lumus dalam bisnes baru nampak kesannya. Yang penting buat kerja sahaja.

Saya berjumpa ramai yang kecewa sebab sebelum ini pernah terlibat dalam MLM yang nak jadi ahli nya sampai berpuluh ribu. Akhirnya sekarang menanggung bulan-bulan bayar hutang kad kredit, personal loan buat bayar pinjaman sertai skim MLM mereka tu.

Kebiasaannya kalau join Bisnes partime yang sampai beratus ribu bukan lah jalan yang bijak. Jika difikirkan sebenarnya, syarat untuk menyertai berpuluh ribu itu bukanlah dari Syarikat tetapi pakej yang dicipta oleh upline untuk capai target lebih pantas. Jika diselidik mereka dulu masa join takdelah join beribu-ribu.

Biar kalau nak mulai bermula dengan sedikit modal dahulu. Kalau join beribu-ribu dapatnya berkotan-kotan produk kopi. Saya respect dengan perniagaan yang menggalakkan jual produk seperti bisnes sussu unta. Ramai juga Jutawan yang asalnya dulu tak ada duit sekarang dah sukses.

Berani berniaga penting. Bukan makna berani keluar modal besar-besar untuk berniaga. Berani buat apoinment jumpa orang tak dikenali dan buat urusniaga. Itu lebih penting dari modal. Ramai yang jadikan modal sebagai alasan untuk buat bisnes.

Saya ada banyak bisnes plan yang tak perlu modal. Kadang modalnya SMS pada orang sahaja dengan nilai RM10 dan dari situ boleh hasilkan RM1,000 ke RM5,000. Ikut kreatif anda dan apa kepakaran anda.

Sebagai contoh jika anda seorang mekanik, SMS sahaja pada 100 orang tentang bisnes repair kereta anda. Biar orang tahu dari anda dok sonyap je. Tak ada siapa yang tahu apa anda buat melainkan anda perkenalkan diri anda.

Contoh lain buat iklan surat khabar yang kosnya RM70 selama 2 minggu. Dalam iklan beritahu laman web yang anda bina secara percuma dengan blogspot sebagai contoh. Anda jual minyak kasturi yang banyak kelebihan. Dari situ anda mampu hasilkan income seperti sorang kawan saya dapat sales dari seorang pelanggan sampai 30 botol.

Tapi lepas tu mengeluh banyak kerja nak buat. Bila mengeluh tu yang lepas tu susah rezeki nak masuk. Patut kena cakap Alhamdulillah 21 kali. Baru lepas tu berkoyan-koyan sales masuk.

Tak kiralah anda berniaga restoran ka, workshop ka, kedai kain ka, kalau sales tak masuk atau slow, sentiasa dalam hati berzikir Alhamdulillah. Seperti Sabahat-sahabat Nabi SAW yang kaya raya dengan berniaga jual barang di pasar, setiap kali sementara menunggu pelanggan datang beli barang mereka buat solat sunat.

Kebiasaannya yang kita lihat kalau diri kita, bila tak ada sales masuk atau bisnes slow, kita akan sibuk dengan Facebook dan luahkan keluhan yang Bisnes Slow  dengan letak pada Wall Facebook. Bila luahkan perkara negatif pada Facebook, orang yang membacanya akan mendoakan. Kalau negatif, maka diaminkan dalam kedaan tak sedar.

Sebagai contoh, bila taip pada Wall Facebook “Business Slowlah bulan ni…” dalam tak disedari , kawan-kawan yang baca wall anda, mereka dalam hati berkata…Ni tengah susah lah tu…dah jadi satu doa.

Lebih baik anda mendoakan orang lain seperti tanya khabar pada rakan-rakan dan doakan sukses, mereka akan doakan anda sukses. Bila mereka lihat anda positif sahaja, mungkin mereka bertanya anda bisnes apa. Masa tu ceritalah projek anda, sama ada anda jual susu unta ka, jual udang kering ke, jual emas ke…

Semuanya kena berani dan pandang depan. Tak ada masa nak tiru-tiru ikut rentak orang lain. Cipta sendiri cara anda nak uruskan perniagaan anda. Sebelum nak bina bisnes dulu, kekuatan dalaman juga kritikal. Kalau tak buat apa sahaja banyak rintangan dan kita jadi tak sabar.

Itu yang perlu motivasi dan bisnes motivasi sekarang mendapat sambutan. Kalau selak surat khabar ada lebih 10 iklan program motivasi. Jadi kalau tak tahu nak buat apa, bolehlah buat Program Motivasi supaya dapat kongsikan pengalaman anda. Seperti Billi Lim yang buat buku berani gagal. Bermakna anda juga boleh jual KEGAGALAN. Janji anda berani.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

motivasi

Tinggalkan Komen Anda

*

Rayme

March 31, 2011 at 1:49 am

sy pun ada impian nak kerja sendiri dan bina empayar sendiri, tapi skrg masih keja makan gaji,sedang tercari2 bisnes apa yg sesuai dengan sy..ilham bisnes..semoga Allah berikan..

Master Hadzrin

March 31, 2011 at 5:18 am

bukan senang nak makan gaji…perlu banyak komitmen pergi kerja…

nazz

March 31, 2011 at 8:31 am

makan gaji dengan master boleh kah??hehe

Master Hadzrin

March 31, 2011 at 10:39 am

saya memang sedang mencari orang gaji sekarang ni….

azli

March 31, 2011 at 3:13 pm

klau makan gaji dr org lain semua sifat negatif dtg sendiri…mcm master ckp,hipokrit,mengampu dan yg ketara mmg politik ofis….semoga sy dpt buat bisnes sendiri satu hari nnti….

Master Hadzrin

March 31, 2011 at 4:23 pm

Buat je Azli….lagi menangguh lagi banyak lari peluang kepada orang lain seperti saya ni…hehe. Gunakan kemudahan di tempat kerja untuk buat bisnes sendiri spt kemudahan loan…senarai prospek yang berduit etc…

abuzar

March 31, 2011 at 4:25 pm

master klu xada aral melintang hari sabtu@ahad nak jumpa master pasal emas…insyaallah…

    Master Hadzrin

    March 31, 2011 at 4:42 pm

    insya Allah….kena call/sms saya dahulu jadual saya unpredictable

Din

March 31, 2011 at 4:30 pm

Betul. Sy pn krja mkn gaji gak, iri hati dan bodek membodek berleluasa. sy ingin keluar drp situasi ini. sy ambil ijazah tendai drp master sbg langkah pertama. Alhamdulillah skg dlm latihan..

    Master Hadzrin

    March 31, 2011 at 4:43 pm

    All the Best!