30
Mar

BELI RUMAH SECARA TUNAI

Assalamualaikum. Semalam sejak update post tentang peluang pinjaman COSHARE  ramai yang berminat dan nak tahu No HP En Hairudin Maarof yang uruskan pinjaman COSHARE (KUWAIT FINANCE ).

Memang menarik dan tertarik kalau dapat buat pinjaman dengan COSHARE dan beli emas untuk dapat bulan-bulan duit hibah. Dan yang menarik lagi duit hibah dapat on the spot. Sebagai contoh beli 1 kilogram emas terus dapat RM3,500 duit hibah dan ini berterusan setiap bulan.

Semalam berjumpa dengan hampir 20 orang di waktu berasingan yang berminat dengan program hibah emas ini. Rata-rata semuanya tak pernah dengar dan berminat. Walaubagaimanapun, jangan lambat sebab hari ni harga emas tak sama. Kena saje dah naik RM2, kalau 1 kilo beli dah naik RM2,000.

Emas ni naik boleh sekejap sekejap. Saya ada ramai yang customer bertanya seminggu kemudian minggu berikutnya baru nak beli dah tak sama herga masa bertanya. Melainkan dia dah lock harga dengan membuat bayaran beli emas.

Semalam ada beberapa orang juga yang pada mulanya banyak persepsi dan skeptikal khuatir ini seperti MLM atau pelaburan haram, tapi bila dah ditunjukkan perjalanan mudah program ini baru mereka beritahu yang dulu pernah serik kena tipu join program yang beribu-ribu tapi tak ada hasil.

Jika yang program hibah emas ni, selain dapat emas fizikal, boleh dapat duit setiap bulan kira terjamin jugalah kejayaannya. Usahkan dapat beribu-ribu. Kalau dapat yang sikit pun dah suka kepalang sebab cara perlaksanaannya benar dan meyakinkan.

Alhamdulillah, Allah temukan peluang seperti ini dan nampak jalan bagi sesiapa yang nak dapat keluar dari masalah ekonomi. Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu terpaksa jual rumah (dalam gambar di atas) atas nama saya dan ayah saya kerana tak ada duit nak pakai buat belanja kehidupan.

Rumahnya sudah 7 tahun bayar dan disaat tersepit waktu itu, 10 bulan tak bayar bulanan rumah dan Bank memberi arahan kalau tak bayar nak kena lelong. Jadi terpaksalah menjualnya dengan segera.

Ketika itu, seorang kawan lama ayah yang banyak duit di approach untuk bantu membeli rumah tersebut. Hanya dia sahaja yang mampu untuk beli secara tunai. Dan dia beli dengan harga yang murah lebih murah dari harga kami beli rumah tersebut.

Harga masa beli dahulu RM218,000 tetapi terpaksa jual dengan harga RM214,000. Padahal rumah itu sudah naik dengan harga pasaran bernilai RM290,000. Rasanya tak ada orang yang jual rumah lebih murah dari harga beli. Nak buat macamana, dah terdesak masa tu.

Bila dah jual, bank tak lelong rumah tersebut dan dapat duit sedikit selepas tolak baki pinjaman bank. Duit yang dalam masa sebulan dah habis digunakan. Padahal setiap bulan bayar RM2,400 selama hampir 7 tahun.

Ayah saya beritahu, inilah kawan yang banyak menolong tapi dalam masa sama mengambil peluang. Duit di banknya ada berjuta. Saya masih ingat lagi waktu itu, setelah berjumpa dengan sahabat lama ayah yang dah lama kenal dan semasa saya masih lagi kecil selalu datang ke rumah berkata pada saya, minta dalam masa segera untuk keluar pindah dari rumah itu kerana dia sudah beli.

Dan sahabat ayah itu beritahu pada ayah saya, dia tak tahu apa yang Tuhan nak bagi ganjaran pada dia kali ini sebab dah tolong ayah saya. Pedih tapi terpaksa terima hakikat apa yang dia katakan. Masih sempat lagi dia menceritakan perancangan dia selepas ini yang projek dia banyak melibatkan projek kerajaan.

Jika perancangan nya berjalan lancar, Johor Bahru akan ada stesen LRT seperti di Kuala Lumpur di bawah projek dia. Selain projek LRT, setiap pejabat kerajaan menggunakan software syarikatnya. Kalau di Johor Bahru, dia memang dikenali dan tersohor.

Selang sebulan selepas membeli rumah kami, sahabat ayah saya itu meninggal dunia selepas koma akibat stroke. Seperti tidak sangka, arwah sudah pergi dahulu. Saya masih ingat lagi dahulu masa arwah selalu datang ke rumah , saya bertanyakan apa maksud alfatihah dan dia dapat menjawab sangkut-sangkut sedikit tetapi ok daripada tak tahu langsung.

Ada rasa sedih juga dapat tahu berita kematian sahabat ayah saya yang saya juga sudah menganggap seperti bapak saudara sendiri. Waktu cadang nak beli rumah secara tunai, tu yang mengingat kembali keadaan saya ketika bersama ayah saya dahulu merayu bantuan dari arwah untuk membeli rumah kami.

Alfatihah buat arwah semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya dia Alam Barzakh. Tentang rumah, kita akan dapat membeli 2 biji rumah jika menggunakan pinjaman bank kerana interest pinjaman dijumlahkan bernilai harga rumah yang kita beli. Beli rumah harga RM250,000 jumlah habis bayar RM510,000.

Jadi beli tunai setiap malam tidur tak fikir nak bayar duit rumah lagi. Tidur nyenyak punya. Biarlah rumahnya kecil biasa sahaja asalkan tiada hutang.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

habsi

March 30, 2011 at 2:13 am

yg ini lg ok…

min

March 30, 2011 at 4:14 am

sedih pulak baca….

nazz

March 30, 2011 at 6:20 am

tau x per…sedey lak..bila kita teringat diwaktu susah, kita akan ingat balik siapa kita dahulu sebelum jadi senang..

Master Hadzrin

March 30, 2011 at 2:33 pm

lebih sedih bila kita ingat balik waktu kita susah dahulu kita mohon doa minta kesenangan dari Allah dan kini Allah sudah tunaikan permintaan kita…..Allah itu MAHA PENGASIH LAGI MAHA MEMBERI…Dia tidak menghiraukan kita…

azli

March 30, 2011 at 3:00 pm

teringin jgk master..nk beli rumah secara tunai ni…mudah2an tercapai hajat…

Master Hadzrin

March 30, 2011 at 5:59 pm

amin….min…