Archive for March, 2011

31
Mar

BERANI BERNIAGA

baru nak mula berniaga

(Gambar kenangan diatas diambil masa mula nak berniaga  jual Goreng Pisang di Kulai)

Hari ni rasanya baru boleh bertukang sedikit di rumah. Cadang nak buat almari baju. Hari-hari sudah banyak apoinment di luar. Kalau hari ni ada apoinment pun boleh keluar sekejap-sekejap. Seperti semalam, seorang kawan bertanya, bila nak ajak lepak minum-minum teh mamak.

Saya beritahu, anytime dan bergantung pada masa dia. Tu yang dia cakap untung nya kerja sendiri sebab boleh bebas buat apa saja. Saya katakan pada dia, kalau dah tahu untung …

Read More

30
Mar

BELI RUMAH SECARA TUNAI

Assalamualaikum. Semalam sejak update post tentang peluang pinjaman COSHARE  ramai yang berminat dan nak tahu No HP En Hairudin Maarof yang uruskan pinjaman COSHARE (KUWAIT FINANCE ).

Memang menarik dan tertarik kalau dapat buat pinjaman dengan COSHARE dan beli emas untuk dapat bulan-bulan duit hibah. Dan yang menarik lagi duit hibah dapat on the spot. Sebagai contoh beli 1 kilogram emas terus dapat RM3,500 duit hibah dan ini berterusan setiap bulan.

Semalam berjumpa dengan hampir 20 orang di waktu berasingan yang berminat dengan program hibah emas ini. Rata-rata semuanya tak pernah dengar …

Read More

28
Mar

MENJANA PENDAPATAN BULANAN DARI EMAS PART 2

 emas bulanan

Assalamualaikum Wbt. Selang seli cerita pasal emas sikit kali ini. Kalau pergi ke search enjin taip pasal emas ada beratus ribu website cerita pasal emas. Kerana cerita pasal emas ni tak pernah nak habis.

Rata-rata kalau jumpa 10 orang, semuanya minat pasal emas. Belum pernah ada orang yang ditawarkan emas menolak tawaran emas lebih-lebih lagi kalau yang dapat free. Kerana kita ni cenderung ke arah benda yang asalnya dari tanah. Sebab kita sendiri berasal dari tanah. Semua harta yang Allah ciptakan dari tanah kita suka. Emas…Perak…Minyak…

Baru-baru ni saya kenal …

Read More

27
Mar

SAMBUNG CERITA SOLAT KHUSYUK

melihat kebesaran

Assalamualaikum Wbt. Sedikit perkongsian hari ini dari saya walaupun seharian suntuk saya anjurkan kursus ISP di Putrajaya, malam ni selesai buat latihan DSI , saya ingin kongsikan satu cerita tentang seorang yang bertanya bagaimana nak melihat Allah.

Atau senang cerita , semasa sembahyang bagaimana boleh melihat Allah. Sebenarnya tiada jawapan bagi soalan itu tetapi kita sering bertanya-tanya dan pastinya ramai yang nak tahu.

Nabi Muhammad SAW pernah bertanya pada Malaikat Jibril. Pernahkan Jibril melihat wajah Allah. Jibril menjawab bahawa setiap malaikat mempunyai 73 lapisan yang menghalang cahaya (Nur) …

Read More

26
Mar

RAHSIA SOLAT

Solat khusyuk

Assalamualaikum wbt.

Hari Sabtu ni saya hadiri Kursus yang di ajar oleh Ustad Abu Sangkan dari Indonesia dengan Topik Solat Khusyuk. Rata-rata yang datang ke Kursus ini majoriti datang dengan pakai kopiah. Walaupun kelihatan seperti ustad, rata-rata semua mengaku selama ini sembahyang tak pernah khusyuk.

Tambah lagi ilmu saya dalam bab sembahyang. Rupa-rupanya, Allah perintahkan solat untuk kita bukan kosong sahaja tetapi dari segi saintifiknya bagus untuk kesihatan dengan setiap posisi solat yang ada khasiatnya.

Sebagai contoh, waktu kita bersujud itu boleh elakkan masalah pembunuh nombor satu dunia iaitu …

Read More

25
Mar

MENOLONG IKUT KEMAMPUAN

Hari ini dari pagi sampai ke Sembahyang Jumaat banyak urusan di luar. Waktu di Bank dikejutkan dengan berita kematian seorang akibat kanser hati. Difahamkan baru cuba nak merawat dengan kaedah jarak jauh oleh Pak Adnan dari Kelantan. Sudah ditakdirkan itu yang terbaik dan telah ditetapkan dari Allah.

Sejak kebelakangan ni ramai pula yang menghantar SMS baik kawan yang dah 10 tahun tak jumpa, orang tak dikenali dan mereka minta nak pinjam duit. Kalau nak pinjam duit buat waktu ini semua duit sudah ditukarkan jadi emas. Nak pinjam emas pun semua emas dah dicagar …

Read More

24
Mar

HIBAH DAN KUNGFU GOLD

Assalamualaikum wbt.

Hari ni baru dapat luangkan masa untuk buat perkongsian setelah dua hari angkut barang sendiri pindah rumah baru. Semuanya angkat sendiri bersama seorang adik.

Bicep dah bertambah besar sikit jadi tak perlu nak pergi gym. Masa update blog ni dah ada di rumah baru. Alhamdulillah baru selesai bersihkan rumah dan pagar ia. Terasa energi rumah baru ni lebih tenang dari rumah lama. Selain line internet di sini lebih laju dari di rumah lama.

Dalam kesibukan pindah rumah, saya juga sibuk berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sama-sama kecimpung buat emas. Program kami memang …

Read More

22
Mar

DIKLAT PERIBADI

Menulis Impian Diklat setiap hari memang berkesan untuk capai apa jua hajat (impian). Dalam Tendai, setiap kali nak buat latihan perlu membaca dahulu diklat peribadi yang dituliskan impian, masalah dihadapi dan niat apa yang nak dilakukan bila impian tercapai.

Semasa membuat latihan Daya Sejati Insani, sewaktu itu kita menghantar energi bagi menarik segala impian kita. Andainya impian yang besar dan makan masa 10 tahun untuk capainya, jika buat dengan Tendai ia akan jadi 3 tahun atau kurang.

Yang paling penting sekali diklat ini tak boleh ditunjukkan kepada sesiapa dan ini rahsia anda seorang …

Read More

21
Mar

PENDAPATAN PASIF PART 2

berjaya

Assalamualaikum. Hari-hari saya mendapat penggilan dan SMS dari pemanggil yang berminat untuk membeli emas dan kebiasaannya mereka akan bertanya 2 soalan ini…

  1. Bagaimana saya boleh buat duit (bulanan ) dari emas…
  2. Bila nak jual balik emas dengan siapa yang boleh kita jual emas kita…

Jadi, atas kesedaran untuk miliki emas sekarang, maka program yang selamat dan menguntungkan telah dilancarkan.

< Untuk Lebih Lanjut Klik Sini >

Read More

21
Mar

SEDAR DARI KELEKAAN

Assalamualaikum wbt. Sejak sibuk berkempen emas ni ada banyak rahsia yang kita tak tahu dan terleka disebabkan kesibukan urusan kita sedangkan perkara pokok yang berlaku di luar kita tak tahu. Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit tentang apa yang kita tak tahu pasal emas…

Pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. Sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi.

(more…)

Read More

21
Mar

SUPERMOON

Semalam bulan menghampiri bumi dengan jarak 500,000 km. Dengan jarak itu, graviti di bumi menjadi terganggu dan menyebabkan bencana Tsunami yang berlaku di Jepun. Selain dari bencana, gangguan gelombang geopraktik juga berlaku dan ramai yang  jatuh sakit, banyak masalah.

Tanpa kita sedari, edaran bumi mengelilingi matahari selama 365 hari (setahun) pergerakan bumi kelajuannya 160,000 km/j. Kelajuan Ferrari hanya 300 km/j. Bermakna bumi yang kita pijak ini mengelilingi matahari yang 1.6 juta kali ganda lebih besar dari bumi dengan kelajuan supersonik yang kita sendiri tidak rasa kerana kita ini terlalu kecil dan lebih halus …

Read More

20
Mar

ILMU REIKI PERBEZAAN DENGAN TENDAI PART 2

Assalamualaikum wbt.

Walaupun sudah banyak kali dimasukkan dalam post perbezaan antara Tendai dengan keilmuan lain tetapi masih ramai lagi yang bertanya dan menyamai ia dengan Tendai. Oleh itu, hari ini saya ingin mengupaskan asas Reiki dan jika anda sudah ahli Tendai, mungkin anda rasa…

Alhamdulillah…. mudahnya.

Apa itu Reiki…

(more…)

Read More

18
Mar

PINJAMAN RUMAH VERSI 1

 

Jumaat ni diam tak diam dah masuk minggu ke tiga bagi bulan Mac. Tak lama lagi berakhir bulan ni dan masa rasa sangat pantas. Minggu hadapan kemungkinan saya akan ke utara pula pasal urusan kerja.

Gurau sahaja…saya manalah kerja. Yang saya masih ingat lagi dulu dulu memang saya pernah bekerja. Sebagai Business Development Executive. Dengan menaiki motor c70 pakai tali leher , baju lengan panjang dan seluar kain slack pergi menguruskan pinjaman rumah orang.

Kerja saya waktu itu ialah bagi kesedaran tentang pinjaman rumah mereka. 95% pelanggan saya ketika itu baru sedar pinjaman …

Read More

16
Mar

TRIP TO SABAH

Hari ni saya berada di Kota Kinabalu Sabah dan cadangnya ada urusan di bank Agro tapi malangnya sini tak ada Ah Rahnu khusus untuk cagar emas. Datang sejauh 2000 km sia-sia saja bah…

Walaubagaimanapun dapat juga saya mengijazahkan beberapa orang di Sabah untuk Tendai peringkat Super Grand Master, Master dan Dasar Tendai. Mereka selama ini berurusan melalui SMS sahaja tapi kali ini dapat bertembung muka.

Ini kali ketiga saya ke Sabah. Cadangnya akan datang saya akan kerap ke sini sebab dah faham bagaimana nak beli tiket pergi balik murah. Hotel tempat …

Read More

14
Mar

BAGAIMANA DUIT DIBUAT

Minggu lepas seorang sahabat saya ada bagitahu yang dia nak keluarkan duit dia dari bank sebanyak RM100,000 untuk masukkan duit tu ke dalam bank partner bisnes dia. Tapi bank ketika itu bagitahu dia yang mereka tak ada duit nak bagi dan kalau nak keluarkan kena bagitahu 3 hari awal.

Memang terkejut jugaklah kenapa bank tak ada duit nak bagi keluar sedangkan bank tu memang jenis bank yang ramai orang buat deposit dan bank yang ada di mana-mana…motonya. Tapi bila dah faham bagaimana duit dicipta jadi perkara ini jadi tak pelik.

Kita …

Read More