10
Feb

MENCARI KEKUATAN DIRI

Assalamualaikum Wbt..

Ramai orang yang selalunya memasang niat untuk buat sesuatu kebaikan bila dapat sesuatu dahulu. Sebagai contoh niat untuk belajar rajin-rajin bila dah ada kalkulator saintifik…niat untuk buat kerja tambah pendapatan bila dah beli laptop baru…

….niat untuk lebih ramai berjumpa orang untuk presentasi bisnes bila dah pakai Mercedes atau BMW…Niat nak kerja kuat bila dah kahwin…niat nak rajin ke surau sembahyang fardhu bila dah ada anak…Niat nak taubat bila dah tua…

Sebenarnya ini dah jadi 3 peringkat….iaitu pertama pasang niat, kedua dapat sesuatu dan ketiga capai impian…

Itu yang setiap kali kita pasang impian gagal tercapai sebab kena melalui peringkat yang kedua dulu. Sebagai contoh Niat untuk Berjaya kena ada duit banyak….maksudnya kalau tak ada duit banyak tak boleh nak Berjaya…

Saya pernah lihat dan lalui sendiri orang yang Berjaya bukan nya ada duit mula-mula. Bila dah Berjaya baru ada duit. Sebagai contoh, seorang motivator yang tak ada duit menganjur seminar bagaimana nak Berjaya. Lepas seminar baru banyak duit. Faham maksud tersirat ni?

Contoh lain niat nak buat bisnes bila dah ada modal. Selagi tak ada modal selagi tulah tak buat bisnes. Sekarang ni bersepah peluang buat bisnes yang tak perlu modal. Sebagai contoh jadi ejen yang makan komisen.

Habis minyak, kos belanja makan, duit rokok, duit kertas…itu bukan modal? Itu kos kehidupan. Modal maksudnya kalau nak mula bisnes tu mesti ada modal baru boleh mula jalankan. Yang kos minyak, makan tu kalau tak ada pun anda dah boleh mula jalankan bisnes tersebut.

Contoh yang perlu modal juga untuk buat bisnes macam buka kilang. Selagi tak ada modal selagi tu tak boleh beroperasi. Kalau setakat jadi ejen unit trust ke, ejen insurans ka, ejen emas ke…semuanya dah boleh beroperasi walau tak ada modal….hanya buka mulut sahaja.

Nak taubat bila dah tua…andainya umur tak sampai tua, tak sempatlah nak taubat nampak gayanya. Ataupun bila dah tua tak sedar yang diri dah tua dan masih anggap muda…pun tak rasa nak taubat lagi…

Inilah perjalanan kita untuk capai impian kita. Sentiasa ada halangan. Semua kejayaan memang ada harga nak dibayar. Hadiah atau kejayaan yang besar, harganya pun besar. Nabi pernah berkata nak masuk Syurga bukan senang.

Kena lawan nafsu lawan kehendak, lawan kemalasan untuk melakukan ibadah…Kalau nak masuk neraka tak susah mana , jadi malas dan ikut nafsu sahaja.

Jadi untuk cari kekuatan diri, ilmu penting. Bukan sekadar ilmu sekolah tetapi ilmu penghayatan. Ada orang belajar dari penghayatan. Contoh dia lihat sesuatu benda yang ada depan mata dia.

Seperti melihat kupu-kupu yang keluar dari kepompong dari seekor ulat beluncas. Atau melihat sebuku roti yang gandumnya diambil dari India dan dikilangkan di Malaysia.

Bagitu juga kejadian alam dan manusia, mereka mengkaji sehingga mereka mendapat ilmu penemuan baru. Jadi dalam diri sudah ada jawapan setiap permasalahan. Contohnya kenapa tak Berjaya. Mungkin ada buat silap dengan orang tua, peribadi masalah, spiritual masalah, bebanan tinggi.

Orang yang tak pernah bayar zakat dirinya sentiasa dalam masalah kesempitan wang berbanding orang yang setiap bulan bayar zakat. Penghayatan untuk diri sendiri, anda boleh kategorikan diri anda yang mana satu. Jika masalah ini dialami sebenarnya itu masalah spiritual.

Tak dinafikan kita mudah kecewa. Walaupun dah kaya , perasaan kecewa tetap ada. Jangan mimpi bila dah kaya esok tak ada kekecewaan. Kalau tak, bagaimana banyak orang kaya yang kahwin lagi…sakit jantung…masalah dengan anak…

Terbaru, kita lihat keadaan Presiden Mesir yang dinobatkan manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan USD70Billion mengalami masalah besar sekarang. Berjuta manusia benci padanya. Jadi tak juga bahagia.

Bagaimana nak mencari kekuatan diri dan keluar dari masalah yang sering kali mengecewakan. Nabi pernah bersabda, kejarlah akhirat maka seluruh isi dunia akan ikut.

Jika Berjaya didunia, kaya raya, harta banyak, pangkat besar, pengaruh kuat belum tentu Berjaya di akhirat. Tetapi jika akhirat Berjaya, di dunia juga Berjaya. Kita lihat contoh para sahabat Rasulullah seperti Saidina Ali yang dijamin masuk syurga, hari ini kita masih mengingati dan kenal namanya.

Berbalik kepada peringkat yang perlu dilalui untuk Berjaya. Untuk Berjaya tak perlu lalui peringkat kedua sebaliknya Impian atau Kejayaan itu dijadikan peringkat kedua. Apa peringkat ketiga? Mendapat Rahmat dari Yang Maha Pencipta.

Maksudnya, pertama pasang niat, kedua jadi Berjaya atau capai impian dan ketiga mendapat Rahmat. Kerana ada kisah seorang ahli ibadah yang hidupnya sepanjang hari melakukan ibadah. Umurnya pada zaman itu sehingga 600 tahun.

Sewaktu dibicarakan sama ada layak untuk masuk Syurga atau Neraka, Allah bertanya kepada Ahli ibadah itu. Dia ingin masuk syurga atas amal ibadahnya atau atas Rahmat dari Tuhannya.

Ahli Ibadah itu menjawab atas ibadahnya maka disukat dan ditimbang amalannya, yang melayakkan dia untuk masuk syurga atas amal ibadahnya hanyalah sebiji matanya sahaja yang boleh masuk syurga.

Kerana, rahmat dan rezeki yang Allah berikan lebih banyak dari ibadah yang dia lakukan seperti Allah berikan keupayaan kepada Ahli Ibadah untuk bernafas , darah mengalir lancar dalam tubuh tanpa di minta, boleh melihat, merasa….

Lalu Ahli Ibadah itu bertaubat dan mohon Rahmat dari Allah untuk dia masuk ke syurga. Lalu Allah izinkan. Begitulah keadaan orang yang melakukan ibadah beratus tahun berbanding kita yang belum tentu dapat masuk syurga tanpa Rahmat dari Allah.

Seperti kita melakukan solat sunat Duha setiap pagi. Jika niat untuk dapat rezeki tetapi rezeki tidak muncul-muncul, kekuatan untuk melakukan solat Duha tersebut akan jadi sekerat jalan.

Tetapi jika niat untuk mendapat Rahmat, sebagai tanda bersyukur kepada Allah sama ada rezeki ada atau tak ada, maka solat Duha itu dapat dilakukan secara berterusan. Dan bila berterusan barulah datangnya rezeki.

Kekuatan yang tiada tolok banding lagi untuk kita bangkitkan potensi diri kita ialah memahami maksud Kejayaan Akhirat pastinya mendatangkan kejayaan masa hidup.

tendai header

Tinggalkan Komen Anda

*