26
Jan

TEKNIK MANIPULASI EMAS UNTUK MENDAPAT PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN

manipulasi emasAssalamualaikum wbt.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah (214) :

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya,

“Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah , sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Mengikut sebuah hadis sahih daripada Khabbab bin Al-Arat katanya, kami bertanya , “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau minta tolong untuk kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?”

Lantas sabda Nabi SAW yang bermaksud,

“Sesungguhnya terdapat orang di zaman dahulu yang diletakkan gergaji atas kepalanya kemudian sampai terbelah dua, sedangkan dia tidak berpaling dari agamanya.

Begitu juga disikat dengan sikat besi sehingga mengoyakkan daging dan tulangnya sedangkan dia tidak berpaling dari agamanya. Demi Allah , nescayaAllah sempurnakan urusan ini sehingga yang menunggang dai San’a ke Hadramaut tidak takut kecuali Allah , akan tetapi kamu merupakan kaum yang bergopoh-gapah.”

<Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad dan Daud>

Sebelum saya ingin membincangkan tajuk post hari ini, saya ingin membuat satu munasabah pada diri saya sendiri. Sesungguhnya, disaat kita sibuk dan leka untuk mengecapi kemewahan atau pun kita sedang sibuk menyalahkan diri diatas kesusahan yang menimpa…

Kita selalu mengeluh nasib yang malang disebabkan ketiadaan wang, tidak menjadi jutawan, hutang banyak, tetapi kita tak sedar bahawa ujian itu hanya sebesar kuman berbanding orang yang terdahulu mengharung masalah besar yang kita belum mampu nak hadapi seperti mereka.

Janji Allah terhadap mereka yang sabar dan beriman, kejayaannya Syurga. Itulah sebenarnya tujuan hidup kita sebagai pengabdian kepada Allah. Walau apa pun dugaan yang kita lalui sekarang baik kena tipu, atau bisnes tak menjadi, duit tak ada, itu sebenarnya untuk pertingkatkan diri kepada Allah.

Sebab itu penting untuk faham tujuan mencari rezeki, mencari kekayaan, mencari harta. Jika tak faham, walaupun duit banyak, harta banyak, kaya raya tetapi hati tidak bahagia atau seperti ada kehilangan sesuatu.

Terbukti hari ini ramai kita dengar orang kaya yang menderita. Saya banyak kali mendapat maklum balas dari email dari orang yang mempunyai kekayaan yang orang lain impikan tetapi mempunyai masalah lain seperti masalah kesihatan.

Baiklah, biar kita teruskan dengan agenda perbincangan hari ini. Bila dah faham apa tujuan untuk menambah harta, mencari kekayaan, mencari rezeki, baru kita boleh buat kerja dengan hati yang tenang dan lapang.

Sudah tidak ada lagi perangai seperti menjerit “Aku nak jadi Jutawaaaannnn!!” untuk apa berperangai begitu sedangkan semasa zaman Rasulullah sendiri tak ada para sahabat yang menjerit seperti itu walaupun mereka itu kaya raya lebih dari Jutawan.

Contoh perangai para sahabat yang kaya dahulu, setiap kali berniaga, bila tidak ada pelanggan, mereka akan melakukan solat sunnat. Paling malas mereka buat solat sunat 100 rakaat sehari. Itu yang paling malas. Bagaimana kalau kita yang paling malas…

Bagaimana kita boleh dapat pendapatan dari emas setiap bulan. Pertama sekali , perlu diingatkan rezeki 9/10 dari perniagaan. Jadi apa yang saya ingin sampaikan hari ini adalah perniagaan emas yang kita manipulasikan untuk menjana pendapatan secara bulanan.

Perniagaan itu adalah sesuatu yang kita ambik peduli biarpun pedulinya sedikit. Jika main saham sekalipun kalau tak ambik peduli seperti tahu portfolio saham itu maka ia juga perniagaan. Seperti pelabur Warren Buffet sendiri walaupun orang cakap dia pelabur terkenal tetapi sebenarnya dia berniaga.

Ramai yang berminat untuk berniaga emas ataupun mendapat hasil dari emas tetapi masalah kekurangan Modal. Saya tak cakap masalah tak ada modal. Tetapi kekurangan Modal. Mustahil kalau nak berniaga tak ada modal.

Yang tak ada modal tak usah cakap memang ramai lagi dari yang kekurangan modal. Sedangkan kahwin pun kena keluar hantaran dan mas kahwin. Yang tak ada modal biasanya mereka akan menunggu untuk kumpul modal.

Yang kekurangan modal pula mereka boleh mulai dengan sedikit dahulu dan tak perlu nak besar-besar pakai modal. Dari modal kecil lama kelamaan ditambah modal bila bisnes besar. Dari dulu begitulah saya buat, termasuklah masa join MLM , tak pernah join yang keluar modal besar.

Bila perniagaan MLM saya dah besar, sedikit-sedikit saya tambah modal lagi. Begitu juga dengan bisnes emas. Dari modal yang tak seberapa, lama-lama jadi berkilo emas dalam stok.

Yang penting sabar dan tahu apa tujuan perniagaan tersebut kerana akan datang saya akan kongsikan satu cerita tergempar yang mungkin membuatkan anda merasa ngeri dan mungkin boleh jatuh demam bila tahu perkara sebenar tentang perkara yang tak ada siapa boleh lari.

Apa yang perlu dilakukan? Jika anda minat untuk bersama-sama saya menggunakan ilmu manipulasikan emas untuk mendapat pendapatan, modal yang diperlukan adalah 40 gram emas atau bersamaan RM6400.

Jika RM6,400 terlalu besar, anda boleh pakat untuk mengajak kawan sertai bersama anda. Atau jika tiada modal, boleh gunakan 40 gram emas. Jika kedua-dua tiada, boleh mulai menyimpan gunakan ilmu menarik rezeki.

Kalau tak ada modal untuk 40gram , boleh mulai 20 gram…kalau 20 gram tak ada juga 10 gram…kalau 10 tak ada juga, kena sabar dan mulai mengumpul.

Apabila sudah ada dana cukup untuk berniaga emas, boleh jumpa saya dan kita akan buat secara berpasukan (teamwork) dalam program manipulasi emas.

Berapa keuntungannya? Orang yang dah mula kira untung sebelum berusaha kebiasaannya perancangannya digagalkan oleh syaitan kerana itulah kerja syaitan supaya manusia ini sentiasa kecewa. Memang benar, orang kata kalau tak ada kira forecast profit ibarat menembak tanpa sasaran.

Sebagai orang mukmin, kita boleh gantikan forecast kita cara lain seperti target berapa banyak boleh diinfakkan untuk kebajikan dan agama dari pekerjaan yang kita buat. Insya Allah, kita akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka sesungguhnya pertolongan dari Allah itu amat dekat….

Jika berminat untuk menjadi usahawan emas dengan program manipulasi emas ini, bolehlah berjumpa saya dengan set apoinment bila dah cukup modalnya.

SMS atau Call saya 012-3969746. Jika SMS nyatakan nama anda kerana ramai yang sms tak beri nama jadi tak berapa nak dapat reply dengan segera. Nak main SMS sahaja pun boleh kerana saya memang ada banyak SMS yang nak dihabiskan. Jika Call kalau tak angkat tu maksudnya saya sedang sibuk dengan kursus atau apoinment.

Bagi yang nak tahu serba sedikit kebaikan berniaga emas ni bolehlah layari blog perniagaan emas saya di www.QuantumKekayaan.com.

Wassalam.

tendai master

Kembali Ke Laman Utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

January 26, 2011 at 1:55 am

emas kawan terpajak di agrobank la master…

Master Hadzrin

January 27, 2011 at 1:13 am

tak pe dato…boleh mulai dengan 10 gram dulu…

khairi

January 27, 2011 at 3:22 am

bila2 masa boleh join ke master?

nazz

January 27, 2011 at 7:38 am

master..agak2 t leh x time 6 hb nanti kita jmpe kite diskus..hehehe cam best jer..kat tgn saya ader 40grm dah..bole ker join?

Master Hadzrin

January 27, 2011 at 12:05 pm

boleh nazz…bisa di atur…

Ummi Aiman

January 27, 2011 at 5:56 pm

Bila close date sifu?

Master Hadzrin

January 29, 2011 at 4:33 am

tak ada close date tetapi akan kerugian banyak bila menangguh…

siti norlaila

May 3, 2011 at 8:38 am

saya dah ada emas boleh berguru ke mengenai manipulasi emas tq

Hj Mohd Zaid Abdullah

July 7, 2012 at 5:42 pm

Salam saudara Hadzrin,
Saya sangat tertarik bila membaca sebahagian dr artikel diatas yang mana saudara kata teknik manipulasi yang menguntungkan.
Saya seorang ahli perniagaan dan sangat berminat untuk menjana keuntungan yang berganda, lebih-lebih lagi dlm dunia niaga emas.
saya dah pun membeli dan mempunyai simpanan emas yang mencukupi malah melebihi dr 40 gram sebagai langkah pertama untuk memulakan teknik yang saudara katakan.
Bagaimana caranya dan apakah langkah seterusnya untuk kita sama-sama menjadikan emas sebanyak itu bertambah.
Untuk pengetahuan saudara, saya sangat bergiat dalam meimarahkan masjid dan surau dengan membantu setakat yang termampu.Saya memang memerlukan dana yang cukup bagi mambantu surau2/masjid2 di sekitar Kuantan.
Setakat ini saya hanya mampu menghulur sekadar yang ada hasil dari perniagaan yang sedang saya jalankan dan adalah lebih baik sekiranya saya dapat menggandakan ia untuk membantu saudara2 kita yang masih dalam kesempitan.
Untuk sekadar keluarga saya, Alhamdulillah sudah lebih dan memadai…..Apa yang di cari sekarang ialah bagi membantu sesiapa yang memerlukan.

InsyaAllah sama sama kita memulakan langkahyang berhasil demi untuk kebaikan bersama.

Wassalam.

Hj Mohd Zaid Abdullah,
Kuantan,Pahang.
Tel: 019-936 8698