22
Jan

RAWATAN PERCUMA SETIAP MALAM UNTUK AHLI TENDAI DAN BUKAN AHLI TENDAI (SESIAPA SAHAJA)

Assalamualaikum wbt.

Semalam jumaat saya ingat nak update blog tetapi banyak urusan luar berjumpa dengan sahabat-sahabat selepas Solat Jumaat .

Waktu solat jumaat khutbah kali ini imamnya suara lantang , ghairah banyak ceritakan sabda Nabi S.A.W.  dan seksaan kubur. Sedikit sebanyak dapatlah ilmu sedikit, bahawa orang yang buang hadas tak basuh dengan bersih pun kena seksa dalam kubur.

Itu baru dosa kecil iaitu buang air kecil tak basuh bersih dan menampakkan di khalayak ramai atau orang lain. Apa lagi dosa besar seperti yang lain. Saya lihat satu persatu wajah jemaah masjid masa tu, semuanya muka cuak sebab imam yang membaca khutbah masa tu baca dengan suara macam petir.

Hari Jumaat juga rupa-rupanya hari ketika Nabi Adam diciptakan dan hari Jumaat jugalah hari yang berlakunya hari Kiamat.

Rupa-rupanya nama-nama hari ni bukan lah ada semasa manusia diciptakan tetapi sebelum manusia wujud lagi.

Sebenarnya saya hari-hari memikirkan apa yang dapat saya sumbangkan pada orang ramai selagi hayat ni masih ada. Nak buka Yayasan seperti Tan Sri Syed Mokhtar saya belum diberi kemampuan lagi. Sumbangkan ilmu, setakat setahun jagung….nak bagi wang ringgit macam Ali Baba Bujang Lapok…belum diizinkan lagi.

Jadi alang-alang selagi hidup ni saya berazam untuk buat sesuatu agar hidup ni ada manfaat pada orang lain. Jadi timbul lah idea untuk membuat rawatan secara percuma kepada sesiapa sahaja termasuklah Ahli Tendai dan Bukan Ahli.

Rawatan yang bagaimana? Insya Allah, apa sahaja penyakit atau masalah boleh diatasi asalkan sabar , ikhlas dan komited melalui proses penyembuhan. Contoh penyakit?

Jika penyakit fizikal, anda tentu boleh fikirkan seperti patah tulang, luka tak baik-baik, kencing manis yang tahap kaki nak kena potong, lumpuh tak boleh jalan, kaki pendek sebelah , apa sahaja kaitan dengan fizikal.

Jika penyakit bukan fizikal seperti masalah emosi, masalah kewangan , masalah rumah tangga, masalah kerjaya, masalah study tak pass, masalah perhubungan, dan  macam-macam lagi yang orang selalu malam tak boleh tidur nyenyak. Semuanya dengan izin Allah boleh diselesaikan.

Jika anda tak tahu anda ada masalah atau tidak? Tulis sahaja dalam kertas apa masalah yang anda sedang lalui dalam masa seminggu ni. Tulis lah apa sahaja termasuklah tayar pancit, dapur tak berasap…apa sahaja yang anda anggap itu semua masalah.

Apa muslihat saya dengan memberi rawatan percuma ini? Biar Allah sahaja yang membalas.

Apa beza Ahli Tendai dengan Bukan Ahli? Jika Ahli Tendai, penghayatan mereka menjadi lebih jelas dan mereka mudah menerima energi penyembuhan kerana mereka mempunyai frekuensi gelombang yang sama dengan energi yang saya salurkan.

Jika Bukan Ahli Tendai juga sebenarnya tak ada masalah untuk terima energi tersebut Cuma lagi ada yang seperti tidak berlaku apa-apa kerana deria belum dibuka.

Mengapa Percuma? Kerana saya memahami diluar sana ramai yang memerlukan bantuan dan pertolongan untuk selesaikan masalah mereka sebab itu mereka sanggup buat apa sahaja. Tetapi PENTING sekali saya ingin tekankan, ia ada beza antara percuma dan berbayar.

Sebagai contoh jika percuma, ia tak dihargai dan jika dibayar ia akan memberi kesan mendalam dalam dirinya.

Dalam rawatan yang saya buat ini sebenarnya terbahagi 2 iaitu yang percuma dan berbayar. Bukan niat untuk membezakan seperti patient VIP dan patient rakyat. Tetapi hakikatnya begitulah secara automatik ia terbahagi dengan sendirinya.

Sudah tentu patient berbayar mempunyai kelebihan sebagai contoh, energi yang diterimanya untuk rawatan tiada sekatan berbanding yang terima secara percuma. Energi apa yang dimaksudkan ? Inilah ia energi penyembuhan Illahi. Bukan rasukan jin atau makhluk halus .

Kalau yang bayar berapa pula? Pun saya buat bahagi 2 iaitu bayar seikhlas hati atau tak tahu nak ikhlas macamana, boleh bagi RM50 sehari atau RM250 untuk seisi rawatan selama seminggu.

Setakat ini, yang mana dirawat dengan saya melalui jarak jauh ini , yang berbayar banyak masalah dia dapat diselesaikan. Berbanding apabila percuma, kesannya lambat sedikit tetapi dapat jugak lah.

Jadi nak sarankan yang mana satu? Terpulang pada anda dengan diri anda sebenarnya berapa banyak kesanggupan yang anda sanggup buat untuk diri sendiri.

Bagaimana cara perlaksanaanya ?

1)      Setiap jam 11 malam, anda dalam keadaan tenang dan tiada gangguan seperti anak, kerja , dapur dan lain-lain. Boleh duduk atas kerusai dan bersandar.

2)      Pejamkan mata dan letakkan tangan atas paha anda dengan menadah tapak tangan ke atas.

3)      Tarik nafas 3 kali sedalam-dalam yang boleh dengan membayangkan energi penyembuhan berwarna biru masuk ke dalam tubuh anda.

4)      Baca 3 Alfatihah untuk disedekahkan kepada : 1) Nabi Muhammad SAW. 2) Saya Hadzrin Shahari sebagai pemberi izin energi ditransferkan 3) kepada diri anda sendiri (sebut nama penuh)

5)      Tarik nafas lagi sedalam-dalamnya sebanyak 3 kali

6)      Bayangkan semua masalah anda yang anda hadapi selama ini dan apabila semua masalah anda sudah ditayangkan dalam fikiran anda, luahkan masalah-masalah tersebut…

7)      Kemudian luahkan apa yang anda inginkan / impian anda dalam hati.

8)      Buat proses rawatan ini sehingga jam 11:30.

9)      Apabila selesai buka mata perlahan-lahan dan ucapkan Alhamdulillah x3

Itu sahaja proses menerima energi penyembuhan setiap hari jam 11:00 hingga 11:30 malam. Jika ada yang kata masa itu sibuk tak ada masa nak buat sebab masih di pejabat, anak belum tidur ajak tengok TV, keluar makan ke…anda boleh lakukan bila waktu itu anda free.

Itulah sebenarnya diri kita betapa banyak kesanggupan kita untuk merawat segala masalah kita. Kalau ikutkan yang terbaik saya memilih waktu jam 3 pagi tetapi tak ramai yang dapat nak ikuti. Jika 11 malam tu kira anak-anak dah masuk tidur dan masa untuk diri kita sudah ditetapkan.

Apabila selesai buat rawatan, jika ada apa-apa berlaku pada diri anda biarkan. Biarkan maksudnya tak perlu nak bertanya kenapa begitu kerana lain orang lain pengalamannya.

Berapa kali perlu buat? Terpulang pada diri anda, lagi kerap lagi bagus. Mana mungkin masalah besar dapat selesai kan dengan usaha yang kecil. Masalah besar usahanya juga perlu besar.

Semoga anda dapat manfaat pemberian saya ini dan jika anda berkeinginan untuk mendapat rawatan secara berbayar bolehlah SMS untuk dapatkan no akaun. Mudah-mudahan sumbangan anda dapat dibuat sebagai sebahagian penginfakan kebajikan ke pengendalian surau dan rumah anak yatim.

Salam Sukses! Wassalam.

tendai header

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

abdul rahim

January 22, 2011 at 6:26 am

Saya nak menukarkan wajah saya dari tua ke muda.Boleh tak?

azli

January 22, 2011 at 11:33 am

boleh…guna collagen gold bio energy…bole contact master skrg…

Master Hadzrin

January 22, 2011 at 11:42 am

boleh…1 kg emas sahaja maharnya…