06
Jan

QUANTUM EMAS MENGGANDAKAN KEKAYAAN EMAS

goldAssalamualaikum Wbt…

Sejak kebelakangan ni banyak urusan luar daerah dan nak menghadap komputer jarang sekali. Banyak buat program dan lawatan luar.

Walaubagaimanapun, tak sabar untuk misi menyebarkan sayap Tendai mulai 15 hb Januari ini dinaungi bersama pengasas Tendai sendiri.

Selesai Kursus Quantum Healing akan datang Quantum Kekayaan yang syllibusnya termasuklah Quantum Duit – mengongsikan ( betul atau tak gabungan ayat kongsi ni..) cara menarik duit dan bantu tutup kebocoran aliran wang yang kronik.

Terlebih dahulu, ingin saya kongsikan, bahawa kehidupan ini bukan untuk kita seorang sahaja dan perlu ingat bahawa tak ada sesiapa yang kesah pasal masalah yang kita hadapi. Semuanya tertumpu pada masalah masing-masing.

Maksudnya, jika anda ada masalah, tak perlu nak mengadu atau nak merungut tak tentu pasal kerana tak ada sesiapa yang peduli tentang diri anda kerana mereka pun ada masalah.

Sebenarnya orang yang pentingkan masalah mereka sahaja adalah orang yang itu sendiri mengalami kesukaran hidup. Kenapa mereka susah….kerana mereka sentiasa fikir tentang diri mereka sahaja.

Saya pernah dihubungi dan dihantar email luahan tentang masalah mereka yang mengalami masalah dan kesukaran ini. Mereka memberitahu bahawa, kereta tak bayar bank dah lama, rumah tak bayar, simpanan tak ada, duit tak ada, gaji tak cukup….

Itu semua normal dan semua orang atau lebih tepat 90% orang sekarang menghadapi masalah macam tu juga….Saya tak kisah mereka meluahkan begitu kepada saya tetapi saya pelik dan insaf bila mereka bertanya kepada saya…

Apa kes dan apa cerita yang berlaku pada saya macam ni Master..??

Maknanya kesusahan dan masalah yang mereka lalui adalah berpunca dari pihak lain. Disalahkan orang lain seperti Boss mereka, katanya Boss tak betul…Tempat kerja teruk…

Jawapan bagi kalau Boss tak betul dan tempat kerja teruk ialah carik boss baru atau tempat kerja baru…atau kalau taknak, ambik 1% kebaikan dari 99% keburukan bos atau tempat kerja itu….dan simpan rapi 1% kebaikan itu…

lambat laun, bos anda akan kasih dan sayang anda punya dan tempat kerja anda akan jadi bermakna buat anda.

Sebelum ni saya ada beritahu Jangan Buat 3 M….iaitu Jangan Merungut….sebab ini buat anda lebih jatuh dan lebih teruk pada hari itu…

Jangan Mengkomplen….kalau anda asyik komplen bermakna anda sahaja yang betul dan anda sahaja yang sempurna…

Seperti di Stadium Bola anda menjerit jerit suruh pemain bola sepak bola seperti yang anda harapkan atau suruh pasing bola pada pemain lain yang anda harapkan…

Rasa-rasanya pemain itu boleh dengar jeritan anda diantara 40,000 penyokong dan penonton di stadium itu…?

Kemudian anda komplen pemain itu tak bagus….Rasanya kalau anda hebat, tentu sekali anda yang main bola wakil negara atau negeri…

Sama seperti anda komplen tempat kerja atau boss…Kalau anda lebih hebat dari boss anda, tentu sekali anda yang mempunyai 100 orang pekerja dan anda yang bayar gaji semua pekerja termasuk gaji boss anda.

Bila banyak komplen bermakna banyak energi negatif keluar dari tubuh anda dan menarik segala kesukaran dan kesusahan bertimba timba hempap anda.

Bila dah macam itu, anda akan tertanya-tanya kenapa jadi macam ni….tak bahagia dan tak berjaya…tak hidup senang…

Akhir sekali (sebenarnya ada banyak bukan setakat 3M sahaja…)….Jangan Memburukkan Orang lain.

Nabi pernah berpesan, sifat penghuni Syurga semasa dalam hayatnya ialah tak pernah memburuk-burukkan orang lain. Selain dari segi hukum, sebenarnya ada sumpahan yang terjadi bila kita memburukkan orang lain.

Ada hukum Karma juga contohnya hari ini kita memburukkan orang lain di depan anak buah kita dan suatu hari nanti anak buah kita pula yang akan memburukkan kita.

kekuatan baruSebenarnya bila kita memburukkan orang lain, kebaikan atau kemuliaan yang ada pada kita akan berpindah pada orang yang kita burukkan dan orang itu redha atas apa yang kita lakukan terhadapnya.

Saya selalu ditanya dan dibandingkan dengan guru-guru lain dan mereka yang bertanya ada yang memburuk-burukkan pihak lain dan bertanya pada saya.

Saya menjawab saya tak kenal sahaja walaupun saya kenal orang itu kerana tak berfaedah memburukkan orang lain. Tak mustahil orang yang bertanya itu juga memburukkan saya juga satu hari nanti…

Kalau ada orang memburukkan anda apa yang anda nak buat? Kalau buat tak tahu dan fokus pada kejayaan, anda pasti tak sedar suatu hari nanti kesabaran anda terbayar dan berbaloi buat tak tahu…

Sebab kemuliaan anda sudah miliki dengan tahap kesedaran yang mantap. Jadi bila sudah dapat kesedaran ini, anda boleh lakukan apa sahaja yang anda inginkan termasuklah memiliki ilmu atau memiliki harta.

Baru nak masuk bab tajuk ni….Quantum Emas. Apa maksudnya?

Dalam pos saya yang sebelum ini saya sudah menceritakan konsep energi dan gelombang getaran bagaimana ia mempengaruhi kehidupan.

Aplikasi gelombang kali ini boleh digunakan terhadap objek. Sebagai contoh gunakan objek emas. Emas kita salurkan penyelarasan energi supaya ia boleh menarik emas-emas yang ada di sekelilingnya.

Maksudnya kalau emas kita diletakkan di Bank atau dipajak atau di Safe Deposit yang kelilingnya ada emas-emas lain….Waktu itu, energi emas kita akan menarik energi emas lain melalui proses molekul emas yang sudah diselaraskan.

Teori ni masa tingkatan 2 dulu dah belajar iaitu dalam ilmu sains bab Jisim dan Molekul.

Jadi tak mustahil kalau ada ilmu menjadikan molekul apa jua objek untuk mengikut arahan kita seperti molekul emas bagi menarik energi emas yang ada berdekatan dengan nya.

Jangan salah faham, bukan mencuri emas orang lain tetapi tanpa kita sedari emas kita bertambah dalam peti simpanan kita hasil dari rezeki yang kita perolehi dan kemudian kita membeli emas.

Dalam pos ini saya kongsikan teori sahaja dan tekniknya saya ajar kepada yang mengambil pengijazahan Tendai peringkat Super Grand Master kerana peringkat ini mampu membuat penyelarasan energi halus.

Rahsia kedua saya akan dedahkan dalam program bengkel Quantum Kekayaan yang akan dianjurkan dalam masa terdekat. Walaupun baru dikemukakan perancangannya tetapi sudah mendapat tempahan ramai.

Saya masih ingat lagi…jika dahulu mula mula berjinak dengan emas, saya hanya mampu beli 10gram sahaja….sekarang Alhamdulillah dah berkilo… walaubagaimanapun orang lain lagi dasyat sampai beratus kilo…

Sebelum saya nak berakhir post sharing kali ini, saya ingin kongsikan tips untuk penuhkan dompet dan jadikan dompet tebal sahaja.

Mungkin idea ini cuma biasa-biasa sahaja ….ya maklumlah tips percuma kena bagi idea yang biasa-biasa sahaja.

buat duit banyak dengan teknik ini

Anda modalkan RM50 pergi ke Money Changer dan tukar dengan duit USD 1 Dollar dan simpan dalam dompet anda.

Nahhh! Tak tebal tak tahu lah dompet anda dan pastinya dompet anda sentiasa penuh. Kalau nak buat belanja duit tu payah jadi anda terpaksa belanja pakai duit biasa.

Jadi itu adalah 1% daripada Rahsia Kekayaan dan kalau berkesan bila dah raih pelbagai rezeki, belajar pula ilmu atau dapatkan produk yang lebih mendalam dan lebih dasyat.

Wassalam…

Link Post :

Kursus ISP Advance

Dompet Bio-Magnetik

Pengijazahan Tendai

Kembali Ke Laman Utama

Tinggalkan Komen Anda

*

Asrul Effendi

January 7, 2011 at 12:08 am

Money get money… Gold get gold… Menarik tue.

hadzrin suleiman

January 20, 2011 at 8:02 am

uhh… saya suka membaca… sambil tersenyum sambil …membenarkan tuan punya idea…subhanallah…ALLAH hebat!!!!!

facebook : hadzrin suleiman