15
Jan

PROGRAM QUANTUM ISP MEMBANTU AHLI TENDAI MENGAPLIKASIKAN ENERGI

Assalamualaikum Wbt.

Tiba-tiba malam ini terdetik satu pemikiran….Dalam hati bertanya, adakah aku dapat berjumpa tahun 2070.

Bagaimana keadaannya masa tu… Sedangkan anak kecil yang sekarang ini berumur satu tahun waktu itu sudah tua berumur 50 tahun…

Bila saatnya untuk merasai kehidupan yang tiada pengakhiran, tiada penderitaan, tiada resah segala permasalahan.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa masih jauh lagi perjalanan kita untuk sampai ke penghidupan itu..

Biar tinggi mana pangkat kita, banyak mana harta kita, besar mana rumah dan kereta kita, kita tidak mampu untuk bertahan lagi  50 tahun apa lagi 100 tahun…

Bayangkan jika saat ini kita mempunyai anak, dan mereka akan mempunyai anak, kemudian anak mereka bertambah keturunan kita, ketika itu, kita sudah tidak ada lagi dalam diari mereka. Mungkin nama kita pun mereka sudah tidak ingat lagi atau tidak tahu…

Bayangkan, adakah segala apa yang kita usahakan selama ini untuk menambah harta, jawatan, wang ringgit mampu untuk bertahan sehingga ke cucu cicit kita? Jika kereta kita sekarang merupakan kereta yang paling mahal dan paling cantik, ia hanyalah sebuah besi buruk di mata cucu kita nanti.

Jika kita mempunyai harta seperti rumah banglo, kemungkinan rumah kita sudah diambil semula kerana sekarang kebanyakan rumah sudah menjadi jenis Leasehold. 99 tahun nanti rumah kita diambil semula biarpun tempoh pinjaman kita ikat sehingga 60 tahun.

Apa yang dapat kita kekalkan sehingga ke anak cucu kita sebenarnya? Jika bukan harta, bukan wang ringgit dan bukan jawatan…bermakna yang terbaik adalah ILMU.

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita ilmu iaitu Al-Quran..sehingga sekarang ilmu itu berada dengan kita. Berbanding mukjizat Nabi-Nabi lain yang semuanya sudah berkubur bersama mereka tetapi Mukjizat Nabi Muhammad dari 1400 tahun yang lalu sehingga hari Kiamat akan dijaga oleh Allah tanpa sebarang kerosakan.

Apa ilmu yang kita boleh turunkan kepada Anak cucu cicit kita? Ilmu yang menjamin masa depan anak cucu cicit kita…masa depan yang tiada pengakhir…masa depan yang penuh kebahagiaan….masa depan yang dapat berpeluang menyaksikan wajah Yang Maha Pencipta…

Turunkanlah ilmu Kejayaan Akhirat dan ilmu Tauhid. Biar sibuk macamana kita sekalipun ataupun jika kita sibuk dengan orang lain, sekurang-kurangnya kita saling mengingati kehidupan yang lebih baik dari sekarang terutama kepada keluarga kita.

Bukan kita ingin mengajar agama tetapi inilah sebenarnya kehidupan. Bahawa kehidupan sekarang ini seperti menduduki ujian peperiksaan. Sama ada kita gagal atau lulus, keputusannya akan ditentukan sambil disaksikan oleh seluruh umat manusia yang hidup dari zaman Nabi Adam sehinggalah yang hidup pada hari Kiamat.

Bayangkan betapa lama penantian ketika itu untuk menunggu diri kita dihisab. Jika didunia kita merana hanyalah seketika sebenarnya. Merana mungkin kerana bil hutang , kecewa terhadap pasangan, ditipu oleh rakan….

Andainya di Padang Mashyar kelak, kalau kita merana , seksaannya lebih dasyat dan lebih lama ditanggung. Tak ada sesiapa yang dapat menolong kita ketika itu kerana semua orang sibuk memikirkan nasib mereka sahaja.

Tak ada gunanya harta yang dikejar ketika itu, tak ada gunanya pangkat yang dibanggakan saat kita hidup dan kekayaan yang menyebabkan kita lalai memikirkan bahawa segala rezeki yang kita terima dari usaha gigih kita dan bukan dari Allah…

Bukan bermakna kita meninggalkan kekayaan atau kita berhenti mencari harta. Tetapi tujuan untuk menjadi kaya dan tujuan mencari harta itu yang harus di fahami.

Bagaimana nak tahu tujuan , tanpa ilmu pasti kita tak akan tahu jawapannya kerana selama ini hati kita tidak dapat melihat kerana kita tak pernah melihat menggunakan hati kita tetapi menggunakan mata kepala.

Setakat ini dahulu mukadimah bagi tajuk post kali ini. Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini tentang Program Quantum ISP yang sekarang ini sudah menjadi perbualan ramai. Ramai yang ingin mengahdiri Kursus tersebut kerana ada sesuatu yang tidak dapat nak dihuraikan secara teori tetapi perlu dirasai.

Mencari Jawapan atas segala persoalan baik masalah ekonomi, rumah tangga, kesihatan, semuanya kita tak dapat nak huraikan sebelum kita jumpa kekuatan Spiritual kita ataupun kekuatan Kesedaran.

Salah satu tujuan utama Kursus Quantum ISP ini adalah membantu Ahli-Ahli Tendai yang sudah diijazahkan untuk menggunakan potensi energi yang mereka sudah perolehi dan mencari kekuatan spiritual.

Andainya kekuatan Spiritual sudah dijumpai, kekuasaannya adalah sangat hebat. Formulanya adalah 1/0=INFINITI.

Apabila anda hadiri Kursus Quantum ISP ini, dengan izin Allah, anda akan mula membina pekerjaan yang anda biasa lakukan dengan satu tujuan. Dan segala masalah yang mendatang anda mampu hadapi dengan tenang.

Walaupun Kursus kerap diadakan tetapi boleh dikatakan setiap kali Kursus, berlainan ilmu diturunkan. Sebenarnya inilah cara untuk mengumpulkan Ahli-Ahli Tendai yang sudah diijazahkan tetapi tidak tahu apa perlu buat selepas itu.

Bagi yang dah diijazahkan sebenarnya dah boleh buat macam-macam seperti terus boleh rawat orang walaupun ambil pengijazahan jarak jauh.

Kursus ISP ini juga untuk mengeratkan sesame ahli dan perkongsian pengalaman boleh berlaku ketika kursus. Dengan ilmu yang diperolehi dalam Kursus ini, anda boleh gunakan untuk disampaikan kepada keluarga atau sesiapa sahaja.

Pengumuman untuk Kursus ISP pada 23 hb Januari ini ( Ahad ) , kita akan bermula pada jam 11. Kerana bilik Kursus yang selesa ditempah selepas agenda lain selesai.

Sesiapa yang hadir awal, kita boleh bersarapan sama-sama dahulu. Ada yang datang dari jauh dan tentu sekali ingin berbual panjang bersama saya secara Live sebelum start kursus.

Setakat ini sahaja, semoga kita sentiasa diberi hidayah oleh Allah dan perjalanan kita tempuhi dengan tenang dan tawakal.

P/S: Belilah Surat Khabar Media Terkini untuk ikuti perkembangan Quantum ISP…

tendai header

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Tubbies

January 15, 2011 at 8:07 pm

Bila agaknya TUBBIES dapat join….. =(

San

January 15, 2011 at 8:41 pm

perasaan mengikuti kursus tidak dapat dihuraikan, kerana “feel” itu lain dari yang lain. Hanya mereka yang telah menghayati kursus tahu akan “feel” itu.

reza

January 16, 2011 at 3:14 am

bila nk bawa pak guru besar tu ke putrajaya?

nazz

January 16, 2011 at 6:21 pm

memang best pergi isp…sesaper x pergi lagi mmg rugi sgt2…

Master Hadzrin

January 17, 2011 at 3:50 pm

reza :

bila nk bawa pak guru besar tu ke putrajaya?

Guru Besar dah turun pun reza tak mai pun….tengok ceta kiah pekasam ke reza?

hadzrin suleiman

January 20, 2011 at 8:21 am

uhh… saya suka membaca… sambil tersenyum sambil …membenarkan tuan punya idea…subhanallah…ALLAH hebat!!!!!

facebook : hadzrin suleiman

Anis Zainal

January 23, 2011 at 7:50 am

Bila master nak adakan kursus di Ipoh lagi?