10
Jan

PROGRAM ISP 9HB JANUARI 2011 DENGAN TEKNIK THETA

Alhamdulillah, selesai sudah Program yang dibuat di Putrajaya Kompleks Kejiranan Presint 16. Masih lagi secara santai dan ilmu yang diturunkan kali ini berbeza dari sebelum ini.

Ada tetamu jemputan juga yang hadir. Peserta yang paling jauh dari Kedah. Sanggup hadiri kursus walaupun Isnin perlu pergi kerja di Kedah sana.

Ramai yang ingin perubahan pada diri tetapi tidak ada kesanggupan. Jadi saya cukup kagum dengan peserta yang hadir dari jauh, sanggup datang dan walaupun suasana yang serba santai dan insya Allah akan memberi impak yang sangat besar lepas hadiri kursus.

Dalam Kursus Quantum ISP, memang setiap kali sebelum tamat seisi, kami akan memberi Penyembuhan Illahi kepada semua peserta yang hadir. Sesiapa yang mengalami permasalahan seperti penyakit dengan izin Allah boleh sembuh setelah dirawat dengan kaedah ini.

Kesemua peserta ditunekan ke dimensi Gelombang Theta. Biasa kita pernah dengar Gelombang Alpha. Alpha tu masih dikira bawah sedar tetapi Theta lebih dalam dari bawah sedar atau erti kata lain tak sedar. Bagi yang tak tahu ingat kena pukau. Sebenarnya waktu itu kita seperti tidur atau rehat.

Sewaktu kita di gelombang Theta, sebenarnya minda bawah sedar kita sedang bekerja. Jika selalunya kita tidur kita tak boleh nak buat pembayangan. Tetapi dalam saat kita berada tahap Theta, kita boleh bayangkan kejayaan yang kita impikan, merawat penyakit yang kita ingin sembuh dan macam-macam.

Setelah habis program Quantum ISP, rawatan untuk lanjutan boleh ikuti seisi rawatan yang saya sarankan di post sebelum ini untuk mendapat kesan yang maksima.

Sebenarnya, energi yang kita hantar sewaktu keadaan dimensi Theta adalah yang paling pantas memberi kesan. Termasuklah kesan terhadap merawat penyakit, merawat masalah social, merawat ekonomi, perhubungan, fizikal dan apa sahaja kecuali ajal.

Dalam kursus ISP 9hb ni, kami tunjukkan kepada peserta bahawa dalam diri mereka sudah tersedia segala jawapan untuk mereka menyelesaikan segala permasalahan mereka. Tak kurang yang hadir ingin melihat kebenaran bahawa ada ilmu seumpama ini.

Antara pendedahan yang ditunjukkan ialah bagaimana nak mencipta energi Fokus dan Energi Kasih Sayang. Apabila sudah memahami bagaimana untuk mengfokus energi tersebut, itu yang botol kaca pun boleh pecah apabila peserta baru menepuk dengan tapak tangan di kepala botol.

Nanti saya masukkan gambar untuk memperlihatkan suasana yang serba santai dalam post ni. Buat masa sekarang ni kena cari Wifi untuk loading gambar dari HP masukkan ke internet.

Insya Allah 23 hb Jan ni akan diadakan kursus Quantum ISP di Putrajaya Kompleks Kejiranan (Ahad). Alumni yang hadir pastinya dapat ditunekan energi level ke tahap lebih tinggi berbanding berlatih sendiri di rumah.

Ni sekejap lagi nak rawat patient jarak jauh. Setakat ni Alhamdulillah, setiap hari ada dugaan yang mencabar semua diatasi dengan tenang. Hinggap sebentar sahaja. Kalau dulu thermometer sentiasa naik tapi bila dah tahu cara nak control dan sebabnya, semua perjalanan harian begitu lancar.

Jika anda hadiri Program Quantum ISP, anda sendiri akan rasai energi Kasih Sayang yang ada dalam diri anda sendiri. Soalan-soalan dari individu minta diperjelaskan bagaimana Program ini boleh mengubah nasib mereka. Rasanya dalam al-Quran pun dah diberitahu “Allah tak akan mengubah nasib seseorang melainkan diri mereka sendiri.”

Pergi ke Kursus untuk belajar dan dapatkan ilmu. Kemudian gunakan ilmu yang ada itu untuk ubah nasib sendiri. Seperti masuk ke Universiti, skor gila-gila tapi lepas grade duduk rumah malas nak kerja, melainkan dia anak Tan Sri tak perlu nak fikir pasal nasib.

Saya baru sahaja menjalani proses penyembuhan merawat patient jarak jauh. Tak perasan 35 minit sudah berlalu dan rasa seperti sekejap sahaja proses tersebut.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, jika kita ingin keluarkan potensi diri dan kekuatan luar biasa dalaman, perlu ada masa untuk melakukan renungan jiwa sekerap yang boleh.

Insya Allah, pelbagai keajaiban akan berlaku dalam diri dan tentu sekali nasib akan berubah. Impian jadi kenyataan.

tendai header

kembali ke Laman Utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Radzuan

January 11, 2011 at 10:42 am

adoii… sayangnya tak dapat pergi, dah pernah rasa syoknya pergi kursus december tahun lepas,memang ajaib sampai tak dapat cerita le ajaibnya tu (sapa rasa dia je tau), apa nak buat bini kena kerja setiap hari ahad bulan ni, anak pulak takde org nak jaga. Mudahan bulan depan dapat le pegi aminnn..

aji

January 11, 2011 at 3:04 pm

..