25
Jan

NAK TAHU JIKA ANDA NI PEMBAWA REZEKI.

Assalamualaikum Wbt.

Bismilahirahmanirahim. Ahad lepas selesai sudah bengkel Kursus ISP. Ramai yang datang dari jauh. Ada juga yang dari Kuantan hadiri Kursus dan balik terus praktikkan apa yang dikongsikan semasa bengkel.

Yang hadir kursus pun bukan calang-calang orang. Ada Leader MLM, ada Motivator Trainer, ada Ustad dan insya Allah coming soon ada yang lagi dasyat latar belakang yang hadir.

Alhamdulillah, message yang ingin disampaikan telah dilaksanakan. Mula-mula kami kongsikan Hala Tuju kehidupan iaitu Short term , mid term dan long term. Bila dah fahami maksud tersirat itu, barulah potensi sebenar boleh terpancar keluar.

Kursus akan datang akan dibuat pada 6 haribulan Februari. (Ahad). Setakat ni dah ada beberapa orang yang berminat nak hadir dan bayar Deposit Kursus untuk dapatkan diskaun.

Tamat selingan introduction. Enjin baru nak panas….hari ini saya nak kongsikan satu cerita rahsia aura kekayaan atau rezeki yang ada dalam diri kita. Tak perlu nak suruh orang scan untuk check diri kita sebab kita boleh perhatikan sendiri.

Nak tahu bagaimana kita ni pembawa rezeki atau dalam keilmuan metafizik bahawa diri kita mempunyai magnet rezeki ialah paling mudah….

dengan pergi makan di luar atau restoran-restoran.

Pernah alami situasi sewaktu anda masuk ke satu restoran yang kosong atau ada seorang sahaja yang makan. Tetapi setelah anda datang makan, tak lama lepas tu berduyun-duyun orang datang. Nak kata pelanggan yang pertama hadir menarik pelanggan pun boleh jadi atau bukan dari aura dia tetapi anda.

Memang benar, rezeki dari Allah dan itu utama. Cuma anda sebagai perantaraan. Senang cerita rezeki kedai makan tertarik dengan aura diri anda. Saya selalu lihat seorang kawan saya ni, setiap kali pergi makan dengan dia tak lama lepas tu berduyun-duyun orang datang.

Tak kiralah baik kedai biasa atau kedai mewah. Bukan setakat beberapa kali tetapi setiap kali bila makan dengan dia terus jadi penuh restoran tu. Jadi kelam kabut tauke restoran. Kalau tauke tahu, mesti suruh kawan tu jadi maskot kedai makan dia. Makan free lah member.

Jika anda datang restoran dan tak ramai orang datang ke situ buat apa anda nak risau…sebab bukan anda yang rugi pun. Jadi ini sekadar suka-suka sahaja. Tak perlu nak percaya sebab untuk menarik rezeki yang banyak ialah dengan usaha gigih disertai dengan amalan yang Rasulullah ajarkan.

Wassalam…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

nazz

January 25, 2011 at 4:55 am

owh situasi yg selalu terjadi kat saya ngan family..bile pergi maner2 yg asalnyer lengang mesti pastu jadi sesak naik rimas gak arr..hehehe

Master Hadzrin

January 25, 2011 at 11:55 am

bukak restoran lah nazz apa lagi tunggu…