27
Jan

MENGAPA KEBANYAKAN PENGHUNI SYURGA TERDIRI DARI ORANG MISKIN ?

Bismilahirahmanirahim.

Alhamdulillah, ya…jika anda membaca Alhamdulillah sebanyak 33 kali, ganjarannya sama seperti amalan sedekah orang kaya kepada fakir miskin.

Inilah apa yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabat yang miskin yang tiada harta untuk disedekahkan.

Sedikit info iklan, bagi sesiapa yang berminat untuk belajar Tendai yang dari Klang, saya akan hubungkan dengan seorang Master dari Klang (Kapar).

Beliau sekarang sudah mampu untuk mengijazahkan orang dan membuat rawatan.

Jika yang dari Klang nak hadir jumpa saya jauh, bolehlah jumpa dengan Master tersebut. Saya akan berikan nombor telefon beliau apabila anda SMS saya.

Hari ini saya tak berniat untuk menceritakan bab agama tetapi inilah penghidupan yang semua manusia akan hadapi dan tak ada seorang pun yang boleh lari. Insya Allah, dengan sedikit ilmu akhirat, kita tak leka dan tak mudah putus asa dalam hal remeh temeh masalah kehidupan.

Rasulullah SAW telah diperlihatkan Allah SWT gambaran syurga dan neraka. Baginda lihat dekat syurga, penghuninya paling ramai dari golongan  orang-orang miskin atau orang-orang yang tidak berharta.

Jika lihat hadis:

“Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita.”

<Hadis Riwayat Bukhari>

Mesti kita tertanya-tanya , adakah Islam memandang atau mementingkan kemiskinan ? Adakah syarat untuk masuk syurga mesti jadi miskin ?

Sebenarnya bukan kemiskinan yang kita selalu fikirkan. Saya bagi contoh dari apa yang saya fahami dan dari rujukan nas-nas lain yang ada kaitan tentang pandangan umum Islam terhadap kekayaan dan kemiskinan.

Seperti pada zaman Nabi dahulu, para-para sahabat terdiri dari yang kaya-raya disebabkan berniaga dan ini termasuklah dengan isteri Nabi sendiri Khatijah yang kaya raya tetapi mereka semua sudah dijanjikan Allah menjadi penghuni syurga.

Bagaimana boleh dijadikan begitu? Jika baca kisah sejarah riwayat mereka, segala harta, kekayaan digunakan untuk perjuangkan agama.  Mereka habiskan semua kekayaan mereka untuk bantu Rasulullah sebarkan agama.

Sehingga mereka menjadi miskin….dan Rasulullah sendiri juga kalau lihat keadaan rumah, tempat tidur , makanan, semuanya serba kekurangan tetapi dari segi kekayaan rasulullah sendiri merupakan Ketua Tentera dan setiap kali rampasan perang, 40% dibahagikan kepada Rasulullah.

Mana pergi bahagian rampasan perang tersebut ? Baginda gunakan untuk membantu ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, membina rumah fakir miskin, memberikan harta kepada tawanan perang sehingga Baginda tidak miliki apa-apa.

Walhal setiap askar ketika itu semuanya diberi 1000 keping dinar emas, 100 ekor unta selepas tamat perang. Cuba kira nilai tersebut sekarang berapa kalau 1 dinar RM600…unta seekor RM5,000… Bukankah jutawan…?

Maksud hadis yang kita baca tadi bukan bermakna kita kena jadi miskin dengan tak buat apa-apa supaya dapat masuk syurga. Tak buat apa-apa erti kata lain macam kita duduk tidur bawah jambatan atau tak perlu kerja yang dapat duit banyak-banyak…

Kalau macam itu, kategori orang macam ini lah yang kebiasaannya banyak negative seperti menyalahkan orang lain dan menyalahkan Tuhan kerana menjadikan mereka sengsara dan derita kerana menjadikan mereka miskin.

Jika miskin tetapi tak sabar dan takwa, pun tak masuk syurga dulu.

Miskin kerana rajin berinfak dan berjihad. Itulah yang di galakkan dalam Islam dan amat disukai Allah. Kerana apa yang dimiliki kekayaan dunia sekarang semuanya tak kekal dan untuk jadikan kekayaan kita kekal, kita infakkan atau banyakkan buat amal kebajikan.

Sebagai contoh, kalau sekarang kita beli rumah Leasehold kononnya kita fikir untuk jadikan harta anak cucu kita tetapi selepas 99 tahun, rumah tersebut diambil semula oleh pemaju. Jadi tak juga kekal harta kita.

Kalau ada rumah dikampung yang freehold yang kita jadikan sebagai harta untuk keturunan kita. Andainya esok cucu keturunan kita jual tanah tersebut jadi dah tak ada kekalnya harta kekayaan kita.

Jadi apa sebenarnya harus dilakukan ? Bukan salah tinggalkan harta untuk keturunan kita tetapi kita perlu ubah fikiran kita bahawa untuk kebahagiaan kita sebenarnya bukan harta yang memberi kebahagiaan abadi.

Jika kita sibuk memikirkan bagaimana nak kumpulkan harta untuk diri kita sahaja, ia akan jadi kita tak akan dapat nikmat kebahagiaan yang abadi seperti menyediakan bekalan untuk masa yang panjang nanti (akhirat).

Sebab itu Al-Alamah Al-Syeikh Mansyur Ali Nasar berkata dalam kitabnya ‘At-Taaj’ bahawa kelebihan orang-orang miskin (yang banyak masuk syurga) itu bukanlah kerana kemiskinan, malah kerana kesabaran, takwa dan amalan-amalan mereka yang soleh yang biasanya menyebabkan mereka menjadi miskin.

Walaubagaimanapun, anda jangan bimbang. Allah Maha Kaya dan Maha Memberi Rezeki. Jika anda keluarkan 1 untuk diinfakkan, Allah akan gantikan 20 kali ganda. Sebab itu ada pendakwah yang kerjanya berdakwah sahaja tetapi rezekinya sentiasa mengalir kerana disamping mereka berdakwah, mereka buat kerja amal dengan menghulurkan sumbangan.

Pendakwah sekarang bukan sahaja yang berdakwah di surau-surau atau di masjid tetapi ada yang menulis buku, membuat motivasi dan mereka gunakan hidup mereka untuk saling memperingati dan saling bantu membantu.

Jadi kita tak perlu risau jika kita tak ada harta, tak punya duit sekarang kerana apabila kita sudah mula menyalurkan sedekah dan infakkan rezeki kita untuk membantu orang lain yang layak dibantu seperti anak-anak yatim, kita akan miliki harta dan duit tak lama lagi.

Dan harta tersebut boleh digunakan untuk diinfakkan supaya kita akan dapat yang lebih besar dan lebih hebat lagi…insya Allah.

Saya selalu memikirkan, apa peluang yang boleh dikongsikan untuk kita sama-sama dapat melakukan apa yang para-para ulama dan orang soleh lakukan (amal jariah) seperti Tan Sri Syed Mokhtar dengan ada banyak saluran kebajikan.

Apa yang saya nampak buat masa sekarang ni dengan Program Tendai bagi membangkitkan potensi dan permudahkan segala urusan kemudian menjalankan Perniagaan emas kerana dari emas kita sebenarnya menjadi lebih bertakwa (keluar zakat) tetapi dengan emas juga kita boleh leka dengan tidak keluarkan zakat.

Pendek cerita emas semua orang boleh buat. Kalau tak reti nak jual simpan sahaja emas tersebut dan ia akan memberi hasil juga. Kalau ada rezeki, bayangkan….dari emas kita boleh bina masjid atau surau….

Wassalam.

tendai master

Kembali Ke Laman Utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Ummi Aiman

January 27, 2011 at 5:53 pm

Sebagai hamba yang lemah memang ada rasa beza. Time susah dan senang. Time susah rasa lagi byk bergantung harap padaNYA. InsyaAllah…. dah lepas g kursus ni, byk energi ilmu Tendai boleh praktik dlm kehidupan seharian.

Prioriti stokis cosway, selari ngan Tendai dan emas. Minta Allah tetap kan Iman bila dah dapat sedikit kesenangan. Niat memang nak buat perkara-perkara Fardhu Kifayah selepas habis bayar hutang. Amin… moga Allah permudahkan…

Farah Wahida

October 20, 2014 at 3:55 am

Alhamdulillah..entry yg meaningfull. tqvm