19
Jan

MANA SATU YANG BAGUS ? REIKI ATAU TENDAI ?

Boleh dikatakan kerap saya mendapat pertanyaan ini dari pembaca Blog. Nak jawab pun tak reti sangat sebenarnya.

Ibarat macam kalau kita pergi masuk show room kedai kereta Proton kemudian Tanya dengan Salesman situ…

“Mana bagus, kereta Proton atau kereta Perodua ?”

Salesman Proton tentu sekali cakap kereta Proton…kalau jumpa Salesman Perodua pun sama, akan cakap Perodua lagi bagus sebab enjin dari Daihatsu.

Jadi nak menjawab pertanyaan mereka mengenai mana satu yang bagus sama ada Reiki atau Tendai ialah dengan mempelajari kedua-duanya terus dan nilaikan sendiri.

Kerana jika  tanya pada anda masakan emak siapa yang lebih sedap..Tentu sekali anda menjawab masakan ibu anda. Tanya tentang mana satu bagus antara Reiki atau Tendai, tentulah masakan emak sendiri yang lebih sedap.

Walau tinggi mana ilmu yang dibelajar sekalipun , tak pernah ada penamatnya. Jadi tak salah jika nak belajar semua sekali kemudian gunakan mana yang boleh digunakan. Kerana ilmu yang dipelajari semuanya kea rah kebaikan juga.

Ada juga yang hairan, Pengijazahan Tendai boleh buat attunement guna jarak jauh (PJJ ) Program Jarang Jumpa…Sebabnya sekarang ni ikut perkembangan teknologi dan keselesaan orang ramai. Kalau dulu Pendekar Jaka Tengkir terpaksa masuk paya semak hutan belukar nak berguru dengan Sunan Kali Jaga…

Jaka Tengkir ni sealiran dengan Si Pitung. Kalau biasa dengar tajuk cerita Pembalasan Si Pitung…ni kira kawan satu kelas dengan Jaka Tengkir. Masa Sunan Kali Jaga nak belajar dengan Sunan Ampel pula masa tu terpaksa tunggu kat sungai sampai bertahun-tahun lamanya sehingga Sunan Ampel terlupa ada orang tunggu dia.

Sekarang ni online sahaja boleh terima penyelarasan dan ilmu, tak perlu nak tunggu tepi sungai, masuk hutan paya. Jika dahulu kala orang sanggup untuk mendapatkan ilmu sampai begitu sekali, begitu juga dengan sekarang ni perlu sanggup keluarkan nilai untuk dapatkan ilmu itu.

Sama seperti Kes Pengasas Reiki Master yang bertapa di puncak gunung selama 21 hari , dia terjumpa symbol di atas puncak tersebut dan masa dalam perjalanan dia nak balik ke rumah nya turun bukit, kakinya terlanggar batu dan terpeleot berdarah.

Tanpa disedari, dia memegang lukanya dengan tangannya, secara semulajadi lukanya berhenti dan pulih. Nak dapat kekuatan macam itu perlu bertapa selama 21 hari duduk atas puncak gunung yang tak ada Karen elektrik, bertemankan nyamuk, penghuni hutan , sejuk seram dan lain-lain…

Tapi kini, hanya duduk dalam rumah terima attunement dengan ada astro, bawah aircond, diiringi dengan music lembut, ada air terjun .…

Jadi kesimpulannya, belajar ilmu jangan berhenti, jangan banding-bandingkan, jangan komplen kerana itulah diri kita yang sentiasa mempunyai belegu didalam hati yang susah untuk keluarkan potensi yang sebenar.

Kerana kita mengecilkan potensi diri kita sendiri dan sebab itu kehidupan tidak seperti yang diinginkan. Wassalam..

tendai header

Kembali ke Halaman Utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

wakzam

January 19, 2011 at 10:49 am

mana satu yang bagus? …orang yang beramal dgn ilmunya.

Noor Azam Shahidan

January 19, 2011 at 2:15 pm

Belajar ilmu yg menuju kebaikan dan dipraktikkan dan diguna utk membantu diri sendiri dan orang lain dalam paksi syariah InsyaAllah akan membawa kebaikan walau bagaimanapun ilmu iti diperoleh melalui jarak jauh ke, transfer online ke, satelit ke, dsb. Yg penting ada guru, bermentor. Itu pandangan saya la, betul kan master

Nur Helmy Rosli

January 19, 2011 at 3:57 pm

Kedua-duanya sama hebat.. Reiki menggunakan tenaga luar alami (alam semesta) manakala Tendai menggunakan tenaga dalaman.. tak gitu master..

Master Hadzrin

January 19, 2011 at 4:05 pm

wakzam :

mana satu yang bagus? …orang yang beramal dgn ilmunya.

Benar…saya setuju dan sokong!

Master Hadzrin

January 19, 2011 at 4:07 pm

Noor Azam Shahidan :

Belajar ilmu yg menuju kebaikan dan dipraktikkan dan diguna utk membantu diri sendiri dan orang lain dalam paksi syariah InsyaAllah akan membawa kebaikan walau bagaimanapun ilmu iti diperoleh melalui jarak jauh ke, transfer online ke, satelit ke, dsb. Yg penting ada guru, bermentor. Itu pandangan saya la, betul kan master

Itu tepat sekali!!

Master Hadzrin

January 19, 2011 at 4:08 pm

Nur Helmy Rosli :

Kedua-duanya sama hebat.. Reiki menggunakan tenaga luar alami (alam semesta) manakala Tendai menggunakan tenaga dalaman.. tak gitu master..

luar biasa…tak terfikir idea ini…

azli

January 19, 2011 at 4:31 pm

vote for tendai…

Master Hadzrin

January 19, 2011 at 6:23 pm

Salam Azli….23 hb ni join sekali Kursus ISP di Kompleks Kejiranan P16 Putrajaya…Special untk ahli Tendai soal Yurannya…

nazz

January 22, 2011 at 1:08 am

master aper yg specialnyer..hehehe..tp x dapat nak datang la master 23 hb ni…sy kerje kat ipoh ni..