30
Jan

FROM HERO TO ZERO

Many people love the lion dance

Assalamualaikum Wbt.

Minggu ni pergi mana-mana shopping kompleks sesak dengan orang. Nak parking pun penuh, kalau ke surau untuk solat fardhu pun penuh, tempat makan penuh… semua angkara orang nak cuti dengan time gaji.

Saya sebenarnya tak berapa pasti bila start cuti raya cina ni… Ada pejabat urusan dengan saya yang dah mula cuti dari Selasa sampai 15 hari tutup ofis, dan kalau hari Selasa ni Hari Wilayah Persekutuan, sudah tentu Bank di WP pun tutup.

Anda pun pastinya sedang bersiap nak cuti balik kampong atau bawak keluarga jalan-jalan. Dalam kesesakan di kompleks semalam, saya terserempak dengan Big Boss lama. Boss kepada Boss kecil (Si Zimi) dulu.

Bukan nak mengumpat atau mengata tetapi sekadar kongsi cerita dan pengalaman. Lagipun anda bukannya kenal siapa.

Jika dibandingkan Zimi (bukan nama sebenar) dengan Boss lagi atas dari dia dulu ni, Zimi kira lebih beruntung dan lebih senang sedikit walaupun duduk di Kampung yang jauh dari Bandar dikelilingi kelapa sawit.

Sekurang-kurangnya Zimi ada ladang kelapa sawit dengan kebun nenas, bela kambing. Kira kerja dia mengeteh selalu di Warung Zulaikha dekat kampong dia samping dapat hasil dari buah kebun. Walaupun dah drop dari bisnes tapi tetap ada 2 orang pekerja di kebunnya.

Jika dahulu mempunyai Mercedes lampu bulat, sekarang hanya ada motor buruk. Saya tahu Zimi selalu baca blog ni sebab setiap kali bila dia balik dari Cyber Café yang berada 10 km dari kampungnya dengan naik motor buruknya dia akan telefon saya cakap saya kutuk dia.

Bukan kutuk tetapi pengalaman hidup dia boleh dikongsikan dengan orang ramai tambahan lagi, orang kampong dia tak tahu dia ni dulu ahli korporat. Dah 8 tahun duduk kampong tu orang kampong tak tahu latar belakang dia melainkan bila orang kampong dia baca blog ni.

Kalau orang kampong tahu dulu dia kaya mesti dah ramai suruh pinang anak dara diaorang. Sebenarnya Zimi dah produk sendiri. Dia boleh buat buku sebagaimana Billi Lim buat buku “Berani Gagal”. Saya cadangkan Zimi buat buku “From Hero to Zero”. Bila dah jual 100,000 naskah baru jadi Hero.

Bayangkan kalau royalty RM10…dah sejuta income. Nak ikutkan Zimi sekarang bukan orang gagal lagi sebab dah ada banyak harta. Hasil kebun dia sahaja setahun boleh dapat RM60,000. Bermakna pendapatan sebulan purata RM5,000.

Kalau duduk kampong dah ada pendapatan RM5,000 bermakna sama dengan gaji Manager atau Officer yang ada ijazah dari oversea. Kira rumah pun sewa bayar RM200, pakai motor buruk sahaja…sebenarnya kaya Zimi ni sekarang jika dibandingkan dulu kalau dapat duit…

Dia kena belanja orang, belanja client, belanja ejen….La ni hanya guna belanja dia dan dua orang…tu pun hari-hari makan di Warung Zulaikha.

Berbalik pada kisah Big Boss Zimi yang dahulunya Penceramah Syarikat dan di KL kira Top Manager. Saya masih ingat lagi dahulu Rukuys (bukan nama sebenar) setiap bulan bawak keluarganya makan angin ke luar Negara.

Kereta besar Mercedes ketika itu tahun 1999 kalau pakai Masterpiece kira dasyat, ada banyak rumah termasuklah rumah yang dia beli di kawasan tak membangun, kesilapan membuat pelaburan, duit banyak….

Kuasa Tuhan menunjukkan setiap kekayaan datang dari Dia dan sekelip mata Dia bagi kita Kaya , sekelip mata juga kekayaan itu diambil. Yang paling dasyat jika mengambil satu hak orang lain, 10 kali ganda hak kita orang lain ambil…bayangkan kalau 100 hak orang lain kita ambil, 1000 hak kita hilang.

Itulah yang buat kita akan jatuh bila kita tak sedar apa yang kita buat menggunakan ideology Yahudi iaitu Matlamat menghalalkan apa cara…

Saya lihat En Rukuys jika dahulu badannya besar , tinggi dan sentiasa pakai Tie dan Coat, bila lalu sahaja bau perfume dipakainya yang mahal.

Kini , waktu terserempak kelihatan kurus, jalan bongkok dan seperti takut-takut dilihat orang yang mengenalinya. Jika orang tak tahu siapa lelaki yang suatu ketika dahulu namanya gah di Kuala Lumpur Agency dan seorang Motivator serta penceramah yang penuh dengan keghairahannya bila bercakap…

Pastinya ingat sekarang ni dia seorang pekerja am di pasaraya itu. Sebenarnya ramai dikalangan kita yang suatu ketika dahulu mungkin seorang idola kepada orang lain, ataupun mungkin sebelum ini memegang jawatan tinggi, ataupun mungkin menjadi tempat rujukan, ataupun mungkin pernah mencipta sesuatu yang boleh bagi manfaat pada orang lain….

Jika faham erti kehidupan dan faham nilai fitrah yang sememangnya ada dalam diri setiap manusia, mereka akan lebih bersyukur dalam apa jua keadaan mereka.

Jika mereka miskin, mereka akan bersyukur dan jika mereka kaya, mereka juga bersyukur. Bersyukur masa kaya bukan bermakna sekadar ucapkan Alhamdulillah bila dah pakai kereta besar, rumah besar, duit banyak tetapi bersyukur kerana dapat gunakan kekayaan untuk bantu orang lain dan agama.

Kerana kita tahu, kekayaan tidak akan kekal. Jika yang tak tahu, mereka akan katakan saya menolak kekayaan. Dalam agama menggalakkan menjadi kaya tetapi bukan beranggapan kekayaan akan memberi kebahagiaan kekal abadi.

Kenapa kekayaan tidak kekal ? Kita dah selalu lihat atau dengar orang-orang yang kaya raya mati dan meninggalkan kekayaan. Kalau orang bukan Islam, lihat sahaja Lim Goh Tong yang mati meninggalkan kekayaan berbillion-billion asetnya.

Jika kita kaya sepertinya, adakah kita akan membawa kekayaan kita? Waktu itu yang ada bersama kita hanya ulat-ulat tanah dan penghuni tanah seperti serangga yang tak kenal kita siapa semasa didunia sama ada kita ni Menteri Besar ke, Presiden ke, CEO ke, Jutawan ke…

Jadi apa yang kita perlu buat bila dah kaya nanti paling penting jaga hati kita….jangan fikirkan Allah bagi kita kekayaan untuk kita puaskan nafsu kita sahaja, sentiasa beringat hari ini kita kaya dan kekayaan tak akan sentiasa bersama kita selama-lamanya.

Sebab itu ada setengah orang alim, dia gunakan kekayaan mereka untuk bina lagi berganda-ganda kekayaan yang akan datang. Kebiasaan orang seperti ini jarang sekali ataupun boleh dikatakan tak pernah saya lihat mereka dah kaya kemudian mereka jatuh miskin.

Ini kerana kekayaan mereka digunakan untuk orang lain juga dan bukan mereka menjadi jatuh tetapi mereka bertambah-tambah kaya. Guna untuk orang lain bukan bermakna bagi orang pinjam duit atau bagi duit pada orang yang tak berhak.

Jika anda kaya dan semasa kaya tu lah Allah nak uji IQ anda didatangi pelbagai orang yang banyak problem seperti hutang along, problem nak modal buat niaga, problem nak kaya….mereka semua bukan tanggungjawab anda untuk bantu.

Golongan begini adalah golongan yang sudah mempunyai jawapan setiap masalah yang berlaku dalam dirinya. Mereka boleh usaha sendiri untuk dapatkan apa yang mereka inginkan. Sebenarnya Allah menguji mereka. Disaat mereka dalam kesukaran, siapa yang mereka mohon pertolongan.

Alangkah ruginya mereka jika mereka tak sedar mereka mohon pertolongan dari makhluk dan bukan dari Pencipta. Jadi orang yang layak kita bantu adalah anak-anak yatim, orang-orang tua miskin, orang yang perjuangkan agama.

Dalam diri kita sudah mempunyai jawapan iaini kesedaran. Apabila sudah tahu diri kita siapa, dah tahu erti kehidupan, dah jumpa potensi diri, insya Allah, kita akan jumpa ketenangan dalam kehidupan kita dan setiap permasalahan boleh diatasi walau besar mana sekalipun.

Akan datang, saya akan kongsikan keistimewaan Tendai Peringkat Super Grand Master. Dengan hanya niat sahaja, apa jua hajat boleh dicapai dengan cepat.

Itu pun bila kita sudah mendapat kesadaran yang tinggi. Tak semua orang yang terpanggil untuk mengambil peringkat Super Grand Master Tendai kerana peringkat ini sedikit demi sedikit mengubah diri anda kea rah yang lebih positif. Dan bila positif, segala energi positif dari seluruh alam akan berminat kepada anda.

Last sekali, apa maksud FROM HERO TO ZERO…..disaat kita kejatuhan dari kemewahan dan disaat kejatuhan itu lah datang satu peluang mendapat Hidayah. Apabila kita Zero….kita akan mula menyedari untuk mencari KEBENARAN.

tendai header

KEMBALI KE LAMAN UTAMA (HOME)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

bulbibuduh

March 19, 2011 at 1:07 am

xsbar nak baca super grand master tendai