03
Jan

DUIT SELALU BOCOR, PENDAPATAN TERBATAS, HUTANG BANYAK RUPANYA ITU JUGA PENYAKIT ?

Assalamualaikum Wbt.

Alhamdulillah, selesai sudah program rawatan selama 2 hari dan walaupun simple tetapi sungguh efektif. Bayangkanlah, teknik merawat penyakit orang, penyakit kita juga sembuh.

Termasuk juga merawat masalah orang, masalah kita juga sembuh. Tolong orangĀ  jadi kaya, kita pun jadi kaya. Tolong orang keluar dari masalah hutang, kita pun keluar dari masalah hutang.

Teknik ni memang pelik. Balik sahaja dari kursus rawatan, saya terus merawat jiran yang ada masalah mengidap penyakit kencing manis. Insya Allah kita lihat seminggu kesannya bagaimana.

Jika tak, dia mungkin kena potong kaki sebab kencing manis. Kursus yang dianjurkan sebenarnya pecahan daripada ilmu Quantum. Kalau nak habiskan semua peringkat Maharnya RM16,000.

Walaupun mahal tetapi mudah dan efektif. Cepat juga kesannya. Sebab masa belajar dalam kursus tu saya cuba merawat diri sendiri.

Selama ni dalam telinga ada virus funggus terus hilang bila guna kaedah ini. Padahal dah 15 tahun masalah funggus dalam telinga ni.

Selain merawat, kekuatan Niat juga bertambah. Baru pasang niat sahaja macam-macam berita terima. Dan semuanya berita positif. Baru niat ingat seseorang sahaja dalam beberapa minit lepas tu orang itu call.

Ada juga dapat berita pelanggan yang guna mandian Aura Sukses dalam kehidupannya telah berjaya dapat loan rumah padahal selama ini loan dia tak pernah lulus.

Semuanya dengan izin dan kekuasaan Allah. Bila dah tahu rahsia ilmu kehidupan dan rahsia alam semester, kita jadi bertambah yakin dengan kehidupan yang bakal mendatang.

Biarpun segala masalah menimbun timpa kita, ia akan dapat diselesaikan. Seperti bila kita demam, tak lama lepas itu kita sembuh. Setiap penyakit yang datang ia akan pergi. Tunggu masa yang sesuai sahaja.

Sama seperti masalah hutang. Setiap hutang yang ada itu akan diselesaikan sama ada cepat atau lambat. Kalau nak cepat perlu dirawat diri. Hutang pun sebenarnya kehidupan kita dan ia boleh dirawat.

Termasuklah kekayaan, duit , harta , rumah, kereta impian, semua itu kehidupan kita. Setiap masalah seperti masalah duit asyik bocor itu sebenarnya symptom penyakit dan boleh dirawat.

Tak percaya ? Cuba fikirkan. Kenapa sekarang ni ada bidang Konsultasi Feng Shui ? Pada hal ilmu Feng Shui itu macam mudah aje seperti mengubah kedudukan objek atau posisi bangunan.

Di sebalik mata yang kita gunakan untuk lihat ini sebenarnya disebalik itu ada gelombang geopratik yang mata kita tak dapat dan tak mampu nak sedar.

Gelombang energy alam ini lah yang banyak mempengaruhi kehidupan kita. Sebagai contoh lain, pernah lihat di akhbar berita tentang sesuatu peristiwa.

Kalau kes kemalangan Bas Ekspress, dalam bulan itu di akhbar asyik cerita pasal bas ekspress sahaja.

Kalau kes orang kena makan ular, dalam bulan tu cerita pasal ular sahaja. Kalau ada berita artis meninggal dunia, lepas tu ramai pula artis yang meninggal juga.

Inilah dia Energi Geopratik yang mempengaruhi kehidupan setiap orang dan apabila mengetahui kondisi diri, kita mampu mengubah energi tersebut untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik.

Kalau anda pergi ke rumah orang Kaya, anda akan lihat setiap penjuru rumah mereka letak air pancut atau batu perhiasan kristal. Untuk apa itu?

Selain untuk perhiasan untuk mengubah energi Geopratik supaya ia menjadi lebih halus dan tidak meregang panjang.

Apa maksud meregang panjang? Cuba ambik getah(rubber band) dan tarik. Lebih panjang ditarik getah itu bermakna lebih stress energi tarikan. Sama seperti masalah yang menimpa diri kita.

Bila kita menghadapi kesukaran hidup bermakna ketika itu kita berada pada posisi dan kondisi diri yang energi Geopratiknya stress dan lingkaran energinya besar.

Bagaimana nak merawat masalah hutang, duit tak ada dan keluarga porak peranda ? Selain dari belajar ilmu Quantum ini, saya memang mengadakan seisi rawatan jarak jauh atau jarak dekat untuk membangkitkan energi dalaman diri sesiapa sahaja dan mengubah gelombang geopratik diri.

Itu pun ikut masa kelapangan dan kesesuaian patient. Untuk maklumat dan pertanyaan, boleh Email kepada saya hajat anda ke innerselfpower@gmail.com

Biar betapa besar masalah baik dari segi masalah fizikal, emosi, ekonomi, impian, insya Allah semuanya dapat di rawat guna kaedah Quantum ini.

Akan datang juga saya dan Dr Muhammad akan menganjurkan Kursus khusus untuk pegiat MLM atau Bisnes yang kebiasaannya mereka menghadapi kesukaran untuk dapat downline, susah nak pakai kereta impian, susah nak simpan duit, susah nak jadi leader.

Program Quantum kekayaan dinamakan khusus untuk program ini dan ia bukan Program Motivasi atau kelas ajar teknikal seperti kebiasaan Program tetapi Program Quantum Kekayaann ini adalah sebenarnya kami merawat peserta. Senang cerita program Rawatan Pengiat Bisnes dan MLM.

Betul ke boleh dirawat? Kalau masalah ini boleh dirawat, Aids pun boleh lah begitu.

Memang kami yakin, segala masalah seperti yang dihadapi oleh pegiat MLM, Insuran, Unit Trust seperti susah dapat closing , sales, naik pangkat semuanya itu symptom penyakit.

Kesan lepas dirawat dengan Quantum Kekayaan, sendiri lalui dan alami pengalaman itu….pelbagai testimoni sebenarnya sudah diperolehi cuma belum di sebarkan secara meluas program ini.

Apa sebenarnya kaedah rawatan ini. Cuba anda bayangkan mentol suis seperti gambar rajah di atas. Mentol itu adalah kesan ataupun hasil.

Bateri ibarat energi dalam tubuh. Enrgi yang sudah lama terpendam dan terbiar. Apa yang kami guna kaedah rawatan ialah membuka suis diri anda untuk hasilkan apa jua keputusan yang anda impikan dalam kehidupan.

Itu yang mahal tu, sebab nak buka suis bukannya mudah dan peringkat tertentu sahaja. Mudah tetapi sukar nak kuasai ilmu ini.

Bukan sebarangan orang yang boleh buka suis. Kalau semua orang boleh, dah lama suis anda dibuka dan anda tak alami kesukaran hidup.

Bila nak buat Program Quantum kekayaan? Insya Allah dalam masa terdekat tetapi jika ada yang minat bolehlah email dulu untuk buat secara jarak jauh persendirian.

Mahar mengikut persetujuan ditetapkan. Berapa banyak kesanggupan yang anda inginkan. Seperti penyakit kanser jika dirawat di Hospital perlu kos sehingga beratus ribu untuk buat Kimoterapi.

Jika terpaksa kena buat kimoterapi dan dengan kaedah ini pula tak perlu kimo, berapa pula yang anda sanggup? Jangan berkira untuk berjaya.

Sekarang terlalu ramai orang yamg struggle sebab tak tahu membuat penilaian. Sebagai contoh letak duit derma ke surau atau masjid sebanyak 20 sen seperti macam bayar masuk tandas awam.

Berapa banyak kesanggupan anda menentukan kejayaan anda sebenarnya??

Semoga mendapat sedikit tips dan ilmu, akan datang saya kongsikan sedikit tips untuk bagaimana dompet boleh sentiasa penuh.

Salam ceria dari saya yang sekarang berada di Cyber Cafe dikelilingi orang main game. Rumah Broadband terlalu &%$@#…Alhamdulillah, terlaksana juga tugasan hari ini.

Wassalam.

9 hb Januari 2011 ~ Bengkel ISP Advance & Pengijazahan Klik Sini

Post Ditaja oleh : Klik sini

tendai header

Balik Ke Laman Utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

January 4, 2011 at 12:56 am

berapa maharnya master?

Master Hadzrin

January 6, 2011 at 9:00 am

maharnya dengan seikhlas (sementara stok masih ada)