17
Jan

BIAR MULAI DENGAN KECIL TETAPI BOLEH KAYA

Hari ini terlalu sibuk aktiviti. Keluar rumah dari pagi lagi jumpa dengan sahabat dari Kuantan yang datang naik bas. Sampai jam 11:30 kemudian 12:30 balik semula naik bas ke Kuantan semata-mata untuk ambik emas.

 Tak ada siapa yang tahu dalam bas dari KL ke Kuantan ada orang bawak emas 100gram. Lepas dah jumpa sekejap di Plaza Pekeliling serahkan 100 gram emas tu, saya dan Ismail pergi ke Damansara makan roti.

 Memang tak perlu pun nak cerita kalau setakat makan roti tapi roti ni adalah dalam RM20. Bukan apa, saja belanja Si Mail ni makan roti padahal dia ni kerja Dominos Pizza. Selama dia kerja di sana, dapatlah beli motorsikal.

Kalau itu hari dia minta pendapat, rasanya dapat dia pakai Motor SYM sebab dia bayar harga lebih kurang sahaja. Kedai Motor buat untung bila bagi pinjam dengan orang beli motor bayar bulan-bulan pada depa.

Dari harga RM5,000 dah jadi kena bayar jumlahnya RM10,000 selama 3 tahun. Kalau angkat motor SYM balik kampong dia Ipoh tak adalah sakit pinggul.

Secara kebetulan Si Ismail ni cuti hari tu, saya ajak dia ronda KL siang hari. Sebenarnya Mail ni kenalan daripada gaya pos saya 2 tahun dulu. Pernah dia pakai minyak wangi yang saya jual dengan dia 2 tahun dulu katanya lampu tiang letrik kawasan rumahnya terpadam satu barisan.

Saya cakap pada dia itu secara kebetulan sahaja…

Sebenarnya Mail nak berubah dan dah macam-macam program, MLM dia join. Malamnya dia beritahu saya dia ada meeting program MLM yang dia baru nak try join. Baru bayar RM50 sebagai deposit.

Saya beritahu dia, kalau hatinya tak berat untuk buat bisnes sila lah buat sungguh-sungguh dan bukan sekadar join ikut nafsu sahaja. Memang benar datang mesyuarat bercampur dengan orang positif dalam MLM dia satu perkara bagus.

Sebab sedikit sebanyak belajar cara orang berpakaian, berbual, belajar jadi pemimpin, belajar jadi lebih berkeyakinan…sebenarnya boleh dikatakan MLM ni satu platform untuk mendapat pengijazahan Universiti Street Smart.

Biar banyak kali kena reject tapi tetap utuh pertahankan bisnes ialah satu komitmen yang setiap pegiat MLM kena ada. Ramai yang tak tahan kena reject sebagai contoh baru jumpa tak sampai 10 orang tentang bisnes MLM diaorang dah mati syahid.

Sebab itu 90% yang join MLM tetapi hanya 10% sahaja yang buat dan dari 10% yang buat angka yang kecil yang berjaya kerana endurance tak kuat. Jadi saya kongsilah pengalaman saya dengan Mail macamana nak Berjaya dalam MLM yang dia try nak buat.

Saya beritahu dia, dalam bisnes MLM yang dia nak buat ada beribu ahli yang join. Jadi bila dia berjumpa dengan prospek, apa beza jika join MLM dengan orang lain berbanding dengan dia.

Nak kata Mail ni jelitawan, tak juga…jadi apa sebab yang orang harus join dengan dia itu persoalan yang Mail kena cari sendiri. Bukan sahaja kena cari tapi kena bina dari bawah.

Orang join bisnes dengan kita kerana mereka ingin kita bawa mereka ke level baru atau dapat membantu mereka berjaya seperti anda…

Mail ni seorang yang warak. Jadi dia lebih tersentuh dan minat dengan kerohanian. Saya beritahu dia, kita buat apa sahaja pekerjaan, atau bisnes tetapi sebenarnya yang bayar kita duit adalah Allah. Maksudnya itulah dia bekerja dengan Allah.

Walaupun buat MLM ke, kerja warung ke…kerana ada orang gaji RM500 tetapi boleh menyara 10 orang anak berbanding ada juga orang yang gaji RM50,000 dan anak ada seorang tetapi banyak masalah hutang sana-sini.

Inilah kemampuan kita yang kita tak dapat nak uraikan dengan mata kepala kerana seni ilmu Allah itu mudah dan efektif. Orang yang rajin sedekah walaupun gajinya kecil tetapi mampu hidup bahagia.

Contoh lain kalau ingat balik kisah Tentera bergajah yang nak musnahkan Kota Mekkah di zaman sebelum kelahiran Rasulullah SAW, Allah turunkan tentera yang merupakan burung untuk menghancurkan tentera bergajah.

Dari mata kita, lihat burung itu sejenis haiwan yang tidak nampak hebat berbanding gajah tetapi itulah dia seni ilmu dan kekuasaan Allah simple dan efektif. Mungkin kita tak lihat kebahagiaan orang yang sederhana kerana mata kita sudah buta dengan tayangan kemewahan orang yang kaya raya duit banyak.

Sebelum keluar pagi tadi juga saya tonton satu rancangan TV2 walaupun bayar Astro tetapi RTM tetap tengok  juga. Dokumentari tentang orang membina empayer. Kali ini, rancangan tu ceritakan kisah Tauke Kicap.

Setiap hari keluarga cina ni membuat kicap dan taucu dari kacang secara manual. Jadi cara mereka ni memang secara ortodok. Rupanya dari keturunan atuk mereka sehinggalah sekarang mereka manjual kicap dari rumah ke rumah dengan membawa 10 botol berjalan kaki.

Kalau kicap tersebut satu berharga RM1.90, 10 botol bermakna dapat jualan RM19.00. Dari zaman atuk mereka sehinggalah generasi sekarang ni mereka masih lagi berjalan kaki rumah ke rumah dengan jerit “Kicap…kicap…” ( dalam bahasa cina ).

Sunguh pun mereka buat cara lama tapi sebenarnya mereka dah ada kilang proses kicap dan dua lori besar. Sebenarnya mereka dah kaya sebab dah supply ke restoran-restoran kicap mereka setiap hari.

Kenapa mereka tetap berjalan kaki lagi walaupun dah ada lori besar 2 biji dan kilang proses kicap. Katanya mereka buat begitu supaya mengingat kembali kesusahan atuk mereka membina empayer kicap semasa mula-mula dahulu.

Kalau kita nampak seorang cina jual kicap yang bawak 10 botol jalan kaki , pasti kita tak sedar bahawa orang tu Jutawan kicap.

Sama macam kisah seorang pakcik dari Kedah yang jual minyak angin berjalan kaki dari kampong ke kampong yang sebenarnya dah ada Mercedes S-Class.

Orang selalu cakap bukan senang nak bina empayer sendiri tu yang join MLM tu ini…

Tak salah join MLM sebab di MLM lah kita menimba pengalaman. Tetapi itu bukan empayer kita sendiri malah kita sedang membina empayer orang lain. Biarpun bisnes kita kicap ke, keropok leko ke, mee siput kaa…asalkan empayer kita sendiri.

Kalau Berjaya pun kerana kita atau kalau lingkup pun kerana kita. Saya ada kenalan yang dah Berjaya dalam MLM yang diceburi tiba-tiba disingkirkan tanpa sebab yang kukuh. Bermakna bukan empayer dialah MLM tersebut.

Hari ini kalau di Johor, ramai yang kenal Syarikat ZARA Food. Atau sinonim dengan produk kicap Kipas Udang. Taukenya memang kaya tak ingat sebab bila lalu rumah dia kereta Porche Booxter sahaja ada 8 biji macam-macam warna kecuali warna kicap.

Bisnes dari kecilan tetapi boleh jadi kaya. Orang selalu cakap susah membina empayer sebenarnya itulah yang buat susah nak bina sebab tak pernah nak mulai.

Bina kecil-kecilan dahulu sekarang dan 20 tahun dari sekarang kalau tak jadi Jutawan, bolehlah ambik pencen makan gaji.

 tendai header

 KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Tubbies

January 17, 2011 at 7:07 pm

OH…KICAP JALEN BEST X? kalo selalu makan kicap parut jerawat susah hilang….

Master Hadzrin

January 18, 2011 at 3:13 am

Tubbies…maka kicap tak ada kena mengena dengan jerawat. Punca jerawat ialah darah kotor yang terlalu banyak dalam muka

Noor Azam Shahidan

January 19, 2011 at 2:53 pm

Bolehkah kita rawat fizikal dgn ilmu tendai ini master?

    Master Hadzrin

    January 19, 2011 at 3:50 pm

    Boleh. Cuma makan masa sahaja.

hadzrin suleiman

January 20, 2011 at 8:14 am

uhh… saya suka membaca… sambil tersenyum sambil …membenarkan tuan punya idea…subhanallah…ALLAH hebat!!!!!

facebook : hadzrin suleiman