12
Jan

BERAPA NILAI KEKAYAAN YANG DICARI

Saya masih ingat lagi dahulu, sebelum saya menempuh alam pekerjaan di saat masih study lagi yang ketika itu sibuk cari duit jual kopi ginseng, jual air soya , jual kad keahlian hotel, jual website, jual insuran…

Tapi ketika itu bukanlah target untuk kaya , hanya inginkan kehidupan seperti orang lain dengan pakai kereta mewah, makan di tempat mahal, pakai baju berjenama, duduk kondominium, pakai handfon paling kecik (zaman tu belum ada warna…yang canggih ialah yang paling kecik).

Agak lama juga mencari identity dan mencari rentak ketika itu. Lebih 10 tahun struggle selepas dari zaman pengajian walaupun macam-macam bisnes buat namun, kaya pun tidak.

Sehinggalah dapat ilmu tentang kekayaan dan belajar dengan ramai mentor. Selepas dapat ilmu praktikkan dalam masa 3 tahun, barulah dapat hasil yang diinginkan. Merasalah jadi kaya selepas itu.

Namun, belum jumpa kebahagiaan lagi walaupun duit ada, kereta, rumah semua ada. Kalau jalan setiap hari tak sah kalau tak berbelanja paling kurang RM1,000.

Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan kali ini mengapa kita tak boleh nak kaya dengan apa yang kita buat sekarang. Sedangkan keinginan itu membuak-buak. Cita-cita tinggi melampau nak jadi orang kaya beriman. Tetapi gagal juga untuk jadi kaya.

Sedangkan usaha dilakukan entah tak tahu ye atau tidak boleh jadikan diri sebagai orang kaya suatu hari nanti. Senang cerita tak nampak jalan.

Ramai yang menghantar Email dan bertanyakan bahawa mereka tak nampak apa hala tuju atau harus dilakukan untuk menjadi kaya. Maaf mungkin ada yang tersinggung jika saya seolah-olah meletakkan kekayaan sebagai keutamaan kehidupan.

Kaya itu bahasa mudah bagi mendapatkan apa jua yang orang lain mampu dapatkan , kita juga dapat. Seperti orang lain setiap bulan dapat buat umrah, kalau boleh kita pun sama. Kaya bukan keutamaan hidup tetapi hidup boleh dipermudahkan perjalanannya bila kaya.

Walaubagaimanapun, perlu tahu nilai kekayaan yang ingin dibina. Jika kita seorang Pekerja kilang, mustahil jika kita harapkan gaji yang diterima sebagai jalan untuk jadi kaya. Perlu ada kerja sampingan atau lain. Jika kerja sampingan boleh beri 10 kali ganda dari gaji kerja tetap itu bukan dikira sampingan.

Kerja sampingan ialah duit yang dapat bolehlah terima buat bayar bil air, bila api, bil astro, bil prepaid. Ramai yang nak jadi kaya tetapi mengharapkan kerja sampingan sebagai jalan dia untuk jadi kaya. Sebenarnya itulah kesilapan nilai yang telah diletakkan pada skop kekayaan.

Berapa nilai yang anda rasa sudah kaya? Ada orang ada duit sebanyak RM100,000 dah kira kaya. Ada yang RM1,000,000. Ada yang RM 1 bilion dan ada yang tak pernah cukup dan tak tahu dia dah kaya.

Jika anda letakkan sasaran RM1,000,000 sebagai syarat untuk anda jadi kaya, perkara pertama yang perlu dilihat ialah :

Apa kerja yang anda telah buat? Bisnes atau Bermajikan ?

Kalau bisnes pula, jenis yang pulangannya bagaimana? Kalau jual barang yang untungnya RM10 satu barang bermakna anda perlu jual sebanyak 100,000 unit. Kalau yang untung RM1, perlu jual 1,000,000 unit.

Lebih sedikit margin lebih banyak kena jual. Sebab itu kalau jual kereta proton perlu jual berpuluh unit sebulan untuk cover cost sebab sebiji kereta untung bersih dalam purata RM500. Berbanding kalau jual kereta Jaguar. Setahun jual 2 biji sahaja dah boleh cover cost setahun.

Kalau memilih industry makanan pula , kalau jual karipap yang untung 10 sen sebiji memang tak tercapai impian nak kaya lebih-lebih lagi jual depan rumah.

Tetapi jika jual karipap gunakan cara online dan secara frozen macam jenama Brahim, satu dunia boleh dipasarkan bermakna sehari 100,000 biji karipap dijual. Kalau jual depan rumah mustahil nak jual 100,000 biji. Untung 10 sen jual 100,000 biji baru dapat RM10,000. Tak adalah banyak mana.

Seorang sahabat saya yang memilih bidang hartanah rezekinya bertambah apabila tanah yang dimilikinya terjual dengan harga RM3 juta… Persoalannya, adakah kita nasib sama dengan dia? Sebab ramai juga yang mencuba nasib dalam hartanah.

Kalau tak ada pengalaman untuk berniaga atau takut untuk berniaga, perkara paling penting untuk buat ialah tingkatkan ilmu kerana dengan ilmu kita akan jadi berkeyakinan dan berani untuk buat apa sahaja.

Contoh lain, jika kita seorang Guru, gunakan ilmu yang kita ada dengan buka pusat tusyen atau buat Buku untuk memudahkan murid-murid sekolah. Seperti rakan saya seorang Guru Lukisan Kejuruteraan buat Buku dengan Publisher Sasbadi.

 Sehingga sekarang Sasbadi bagi royalty pada dia dan 400,000 buku dicetak untuk pelajar sekolah lukisan kejuruteraan. Kiralah kalau royaltinya dapat RM5 satu buku.

Baru-baru ni, saya di ceritakan tentang seorang Konsultan yang memandu Ferrari. Sehari Transaksi Salesnya melebihi RM100,000. Bermakna Sebulan RM3 juta. Apa yang dia kerjakan ?

Sudah tentu dia bukan buat kerja sampingan, atau dia bukan berniaga yang untung bawah RM10, dia bukan ikut-ikut orang, dia bukan serahkan bisnes atau projek suruh orang jalankan, dia bukan buat sambil lewa, dia bukan buat sekali terus Berjaya dan dia Berjaya kerana dia Master Mind ataupun Pencipta.

Jadi untuk menjadi kaya, jadilah Pencipta kekayaan anda sendiri kerana andalah sendiri yang mewarnai dunia dan masa depan anda…Ayuh sama-sama kita cipta yang terbaik kehidupan kita!

tendai header

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Tubbies

January 14, 2011 at 10:28 pm

sebelum baca blog ni dah dapat idea hebat di pagi2 yang indah…ilham mencurah curah dtg….nak buka skin care lah….heehehe

San

January 15, 2011 at 3:17 pm

Terima Kasih Master Hadzrin, kerana sanggup share ilham and inspirasi hidup 🙂

syikin

January 15, 2011 at 5:29 pm

InsyaAllah, doakan Allah permudahkan saya buka stokis Cosway. Amin….

Tubbies

January 15, 2011 at 8:00 pm

WAH STOKIS COSWAY bagus tu..tapi x adil langsung..kenapa dia buka untuk wanita…lelaki x boleh apply francais tu… =(

hadzrin suleiman

January 20, 2011 at 8:41 am

uhh… saya suka membaca… sambil tersenyum sambil …membenarkan tuan punya idea…subhanallah…ALLAH hebat!!!!!

facebook : hadzrin suleiman