30
Jan

ALHAMDULILLAH, DENGAN GUNA NIAT MESEJ CEPAT SAMPAI

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman yang dialami oleh beberapa orang ahli Tendai yang dah mengambil peringkat pengijazahan Master ke atas.

Apabila sudah mengambil peringkat Master sebenarnya dah boleh aplikasikan energi tersebut seperti untuk buat rawatan, menghantar niat, buat produk dan ijazahkan murid.

Yang mana dah ambik peringkat Master tapi tak gunakan energi tersebut amatlah rugi lebih-lebih lagi yang tak tamatkan latihan. Jika tak tahu, boleh hadiri kursus Quantum ISP setiap kali diadakan di Putrajaya.

Memang lain jika hadir ke kursus dengan belajar sendiri. Feel ia amat berbeza. Dari segi kekuatan energi yang diterima juga berganda. Atas dasar kerohanian, untuk Ahli Tendai yang belum hadiri Kursus diberi potongan yuran special atau ada skim Ahli Tendai.

Anda boleh hadiri kursus dan bawa 5 orang kawan untuk dapat free yuran pendaftaran. Tak perlu bawa serentak 5 orang. Sorang-sorang pun boleh asalkan akaun tunggakan dilangsaikan kalau tak dah kira hutang tak langsai.

Pengalaman sepanjang menggunakan Energi peringkat Master ni, setiap kali kalau parking kereta di tempat sesak pasti ada kekosongan di depan pintu masuk. Memang betul, ada setengah guna minda bawah sedar seperti guna bola emas, khadam, tapi dengan Tendai guna niat sahaja.

Kalau di masjid untuk solat Jumaat bila waktu penuh orang dan ada juga yang tak ada ruang untuk sembahyang. Bila berlaku macam tu yang boleh jadi tertinggal sembahyang sebab tak ada tempat. Kadang terperangkap di tengah-tengah depan orang sembahyang.

Bila niat sahaja, tiba-tiba seorang jemaah beralih ke hadapan dan tempat kosong dia diambil.Ni situasi dalam masjid bukan di luar atau tepi masjid.

Itu pengalaman guna niat yang simple-simpel dalam Tendai. Yang lain pengalaman tak diduga seperti nak cari kerja, jika dulu susah betul nak dapat kerja tapi lepas guna energi niat secara tak sedar dapat banyak pula tawaran kerja.

Jika dah ada kerja tapi dah lama kerja macam tak ada perubahan di tempat kerja, guna niat entah bagaimana tiba-tiba dinaikkan pangkat atau diberi bonus atau dinaikkan gaji atau dihantar ke luar negeri untuk belajar.

Yang mana buat bisnes kalau dulu asyik putus duit modal, tak ada jualan, bila dah guna niat, duit sentiasa ada sahaja di bank dan simpanan lebih banyak dari sebelum. Kalau tersesak sekejap aje dapat duit.

Semuanya guna niat dan usaha dipermudahkan. Rupa-rupanya kita selalu dengar pengalaman orang yang tak bekerja tetapi rezeki mudah sahaja diterima. Macam di Johor saya kenal seorang yang nak kata kerja, tak adalah kerja…tapi duduk rumah banglow, ada kereta banyak biji…tapi semuanya bukan dia punya tapi buat macam dia punya.

Dia jaga kereta kerabat dan rumah kerabat. Dan dia boleh duduk dan pakai kereta semua. Jadi apa kerja nya, jaga harta orang lain buat macam harta sendiri. Duit sentiasa ada sahaja tapi bukan dari gajinya.

Nak jadi macam tu pun bukan calang-calang orang. Kalau saya banyak lagi saya boleh usahakan sebab kalau dah kerja begitu sebenarnya tanggungjawab dan amanah orang bukan senang untuk dijaga lebih-lebih kalau jenis buas nak bebas dari ikatan orang.

Sebab itu orang cakap bila ada ilmu tu, kehidupan lebih cemerlang berbanding tanpa ilmu. Bukan sahaja ilmu akademik tetapi ilmu kehidupan. Dalam Tendai, ilmu energi buatkan kita faham mengapa setiap perkara yang berlaku dengan puncanya dari mana.

Bile dah tahu punca, apa jua permasalahan kita boleh selesaikan termasuklah dalam hal merawat. Kerana setiap benda yang ada didunia ini adalah energi termasuklah emas, kayu, kulit…

Niat juga merupakan hantar gelombang energi. Lebih halus niat yang dihantar, lebih berkesan dan cepat apa yang nak disampaikan seperti hajat. Jika dah peringkat Super Grand Master, boleh dikatakan kerap kali terhantar energi, kesannya cepat sahaja muncul.

Saya ambik contoh yang mudah, bila teringatkan seorang, tak lama tu muncul sahaja ataupun dia akan hubungi kita termasuklah kawan lama. Selain itu, boleh menggambarkan orang yang tak pernah jumpa dengan mengakses energi mereka. Ada orang cakap ini kaedah scanning.

Untuk ceritakan pengalaman, tak sama dengan alami sendiri pengalaman tersebut. Untuk raih kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan, tuntutlah ilmu.

Pada 6 hb Februari ni Kursus Quantum ISP berlangsung di Kompleks kejiranan Presint 16 (belakang Petronas) dan belakang Alamanda. Kursus akan mulai jam 11 pagi hingga 6 petang. Boleh terus amalkan ilmu yang diajar maksudnya boleh praktik untuk rawat atau hantar energi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

San

January 31, 2011 at 11:32 pm

See u there master!!!

nikmad

February 1, 2011 at 3:51 am

San…sudah balik dari australia?

roslan

February 1, 2011 at 7:29 am

saya tak mampu lagi utk belajar master.
tapi utk tendai dasar, sikit masa lagi saya akan contact master.

tubbies

February 2, 2011 at 3:38 am

master, boleh tak tahu pasal kadham? org ckp dia wujud…

San

February 2, 2011 at 1:37 pm

belummmm… balik ahad pagiiii