Archive for 2010

26
Jul

CABARAN 21 HARI MENJADI SUPER POWER

superAnda kali ni dikongsikan bagaimana nak menjadi seorang yang kuat getaran aura diri dan seorang yang mendapat berita gembira dan keseronokan dalam kehidupan. Hajatnya mudah tercapai dan dadanya sentiasa lapang dengan perasaan tenang.

Tidak ada stress, tak ada kekecewaan, tak ada kerisauan dan yang ada hanyalah ketenangan yang mampu mengukirkan senyuman sepanjang masa. Ya , ini sebenarnya ilmu tambahan yang saya kongsikan percuma buat pembaca. Jika anda jadi baik dan berjaya, saya tumpang bahagia.

Inginkan kehidupan yang luar biasa tetapi tidak tahu dalam diri dah ada satu potensi yang boleh mengaturkan diri …

Read More

25
Jul

AMALAN MAGNET REZEKI

master powerSebelum masuk ke post yang bersiri, saya nak menjawab satu persoalan daripada pembaca blog saya. Ilmu ni saya berikan secara percuma. Ikhlas atas Lailahaillallah.

Amalan untuk menjadi diri sebagai magnet rezeki. Ilmu ni memang boleh percuma kecuali ilmu lain yang perlu dapatkan ijazah dan latihan. Jika anda buat dan berjaya, saya amat gembira.

Sebenarnya ada banyak amalan dan saya berikan yang basic. Ilmu ini memang saya amalkan sejak saya susah lagi dan Alhamdulillah, rezeki tidak putus-putus sampai saya sendiri tak yakin apa yang saya mampu untuk berbelanja esok hari…tetapi rezeki …

Read More

22
Jul

KURSUS DAN PREVIEW TENAGA DALAM DAN TENAGA SPIRITUAL

bengkel

Ramai yang bertanya tentang Kursus dan Bengkel. Insya Allah, dalam masa terdekat akan diadakan Kursus di kawasan yang mendapat izin dan peluang dari Allah. Kursus pertama merupakan preview dan demo tenaga dalam asas bagi yang berminat untuk belajar asas tenaga dalam.

Yuran hanya RM50. Biasanya Yuran Asas Tenaga Dalam antara RM300 – RM600. Tapi tujuan utama kursus asas ini adalah sebagai pengenalan dan preview untuk mendalami ilmu tenaga dalam yang ilmunya dapat membantu dari segi rawatan , kerezekian, kebahagiaan dan motivasi diri.bengkel

Bagi yang berminat …

Read More

21
Jul

PERMINTAAN DARI USTAD AZHA AKHLAKEN

Khat-MUhammadSama seperti post sebelum ini, kita menguji kehebatan ciptaan Allah terhadap mata kita. Jadikan mata kita boleh melihat kebenaran dan jalan yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin.

Read More

20
Jul

KEAJAIBAN MATA KURNIAAN TUHAN

Post ringkas kali ni nak kongsi dengan anda cara guna teknik visualisasi bagi mendapatkan segala impian. Ini adalah asas ilmu law of attraction. Kalau nak yang advance kena bayar kursus beribu – ribu kat omputeh yang jumpa dan komersialkan Law Of Attraction…

allah

Cuba perhatikan tiga titik di tengah-tengah selama 10 saat. Kemudian lihat pada dinding kosong didepan berdekatan anda. Apa yang anda lihat ?

Anda kagum dengan anugerah ini? Jika tak nampak bukan makna mata anda buta tetapi hati…

Cuba lihat gambar bawah ni pula…my velfire

Read More

19
Jul

HARGA SEBUAH HIDAYAH

sinaran cahaya

Bismilahirahmanirahim,

Kurniaan hidayah bagi seorang manusia sangat penting. Pernah berlaku kejadian dimana seorang yang matanya ditutup kemudian disuruh berjalan.

Akhirnya dia menangis. Mengapa? Mengapa tidak! Dia berasa setiap langkahnya penuh dengan keraguan, berbahaya dan berisiko. Mungkin dia bakal tersadung, terjatuh, terlekat kakinya dalam lubang, terhantuk kepala dan bermacam-macam lagi kemungkinan.

Begitulah keadaannya apabila kita tidak mendapat cahaya dalam hidup ini. Bagaimana pula, apabila hati kita tidak mendapat cahaya kebenaran?

Berada di lorong yang gelap gelita , pasti mengusarkan jiwa. Setiap langkah tidak ada kepastian, jiwa tidak tenteram dan sering dicengkam rasa cemas. …

Read More

17
Jul

JALAN PENYELESAIAN YANG TIDAK TERFIKIRKAN OLEH OTAK MANUSIA

bismillah-starAda satu ayat dari SurahAl-Ma’arij dari ayat 19 bermaksud, “Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh resah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir kecuali orang-orang yang melaksanakan shalat, mereka tetap setia melaksanankan shalatnya dan orang yang membahagikan harta kepada orang miskin dan orang yang mempercayai hari pembalasan.

Semua orang ada masalah bila dah namanya hidup kat dunia ni yang sentiap hari ada ujian baru. Tak kiralah ujian dugaan kena hujan masa naik motor atau ujian jatuh bankrupt akibat kena tipu. Ada satu cerita menarik …

Read More

16
Jul

JALAN DAH ADA TAPI ILMU BELUM MANTAP

Sejak terlibat dalam perniagaan Networking ala-ala MLM, banyak benda yang saya tak suka buat dulu saya buat seperti berjumpa-jumpa orang, bagi risalah bisnes, melayan karenah orang negatif yang berlagak pandai…

Walau macamana pun saya tak setension masa buka bisnes jual kereta. Tak terikat dengan melayan karenah staft yang kaki bodek dan tak perlu membodek orang untuk membeli stok kereta.

Setahun bina perniagaan MLM tersebut ketika itu dengan berjalan kaki , naik bas tumpang kawan. Setahun tak buat duit sangat. Cukup makan lah kira. Dari seorang tauke jadi seorang pegiat MLM yang mendapat hasil bawah seribu sebulan.

Duit yang saya terima ketika itu …

Read More

14
Jul

JUMPA PELUANG TAK DISANGKA…

kempen Aura Sukses(…Sambungan)

Bermula lah kehidupan saya ketika itu kesempitan seorang diri, keluarga semua sudah berhijrah ke Kuala Lumpur, kawan-kawan semua ada tanggungan dan tak ada masa nak hirau pasal saya, dan apa yang saya ada hanyalah impian dan Allah sahaja waktu itu.

Walau bagaimanapun, rezeki makan tak pernah putus. Setiap hari ada orang sedekah makan di masjid. Cukuplah untuk saya alas perut siang dan malam dengan makan sekali sehari. Dah habis waktu Isyak, saya balik rumah tidur sahaja.

Dah seminggu saya sertai jemaah masjid situ, orang tua …

Read More

12
Jul

KEBANGKITAN PERTAMA (Siri sambungan pencarian…)

kempen aura suksesSetelah saya diberhentikan dari menjadi Ejen Insuran di Kuala Lumpur, saya ketika itu tidak bekerja, tidak ada pendapatan, tidak ada wang di tangan, motor saya juga sudah diberi kepada orang kerana saya berhutang dengan orang itu…

Saya buntu tak jumpa jalan pada saat itu. Tapi saya tidak berputus asa memikirkan apa yang saya impikan dan saya juga tenang dengan keadaan saya. Bagi saya , jika  Allah hendakkan saya berkeadaan tidak ada apa-apa bermakna ada sesuatu perkara yang hebat akan berlaku pada diri saya. Jadi saya redho …

Read More

10
Jul

PENCARIAN SARA HIDUP (PART 2)

kempen aura suksesSaya masih ingat lagi, masa zaman student dulu Handphone baru nak bermula eranya. Kalau nak telefon orang memang kena pakai public Phone. Satu Shah Alam dan habis ronda cari telefon “FREE”.

Telefon free maksudnya yang boleh di buat illegal wiring ( curi line ). Memang masa tu saya sungguh jahil. Saya ingat lagi , 3 kali saya kantul dengan pihak Telekom pasal aktiviti saya tu. Brader yang kantulkan saya sampai dah cam muka dan ugut nak bawak ke balai polis.

Saya guna alasan student pun tak lepas. Katanya …

Read More

08
Jul

KISAH HIDUP SEMASA MENCARI JALAN MENGUBAH DIRI

aura sukses kempenDiam tak diam, hari ini genaplah 13 tahun berkecimpung dalam dunia metafizik. Waktu itu tahun 1998 dan saya bermula sebagai Practitioner di Johor Bahru. Saya ada membuka pejabat di Kampung Suria dan membuka pusat rawatan outlet di pasaraya Extra.

Saya membuat rawatan sambil menjual produk aura kepada pesakit-pesakit yang datang ke ofis. Staf masa tu ada dalam 6 orang termasuklah salesman yang merangkap practitioner yang ditauliahkan. Syarikat itu dinamakan Forever Harmony sebab produk-produknya berkaitan dengan keharmonian rumah tangga dan kesihatan yang harmoni.

Malangnya perniagaan saya itu hanya …

Read More

07
Jul

PENGUMUMAN : UNTUK PELANGGAN YANG BELUM MENERIMA PESANAN

aurasukses.com
Assalamualaikum,
Dalam minggu ini saya banyak keluar daerah dan banyak membuat promosi tentang Aura Sukses. Alhamdulillah, seminggu dilancarkan mendapat respond daripada pengguna yang sangat positif. Banyak pengalaman menarik yang mereka alami sendiri. Jualan Aura Sukses diluar jangkaan!
Post ini saya cuma ingin membuat pengumuman bagi sesiapa yang ada membuat pesanan produk-produk dan belum menerima lagi, seperti pesanan dompet, panduan ilmu dan sebagainya, sila SMS kepada saya Nama dan Alamat serta Produk Pesanan anda.
Ini kerana saya berada di luar daerah dan tidak pergi ke pejabat untuk mengambil pesanan barang. Jadi …

Read More

04
Jul

ILMU BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

bercakap depan orang ramai 

Assalamualaikum,

Semalam dapat banyak feedback tentang produk Aura Bio-Sukses, Alhamdulillah. Insya Allah mereka ini akan menjadi pelopor dalam pelancaran produk ini yang akan dilancarkan di Shah Alam pada 10 hb 10 2010.
( Dulu lagi cantik 10hb10 1010…entah apa punya cara sambutan orang zaman 1010 dulu tu…yang pastinya mereka semua dah tiada lagi…)

Semalam saya dah postkan tentang pentingnya menjadi seorang speaker atau penceramah bagi sesiapa yang ingin berjaya.

Bukan sahaja kalau nak buat Bisnes MLM atau Motivasi sahaja tapi kalau nak …

Read More

03
Jul

TONJOLKAN DIRI ANDA

talk

Semalam saya di khabarkan dengan berita trajis, seorang sahabat kematian anaknya dalam kemalangan. Anaknya baru berusia 8 tahun dan punca kematian apabila anak itu tercampak keluar kereta sehingga mendapat cedera di kepala.

Semoga anak itu akan menjadi saham buat kedua ibu bapanya di akhirat memandangkan anak itu yang tiada banyak dosa , bukan seperti kita yang dah berusia dan banyak melakukan kesalahan.

Saya sebenarnya amat sibuk dengan aktiviti luaran sehinggakan tak berkesempatan nak menulis post. Tapi saya kongsikan juga dalam ruangan kali ini iaitu bagaimana kita nak menjadi orang yang berjaya tak kiralah …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Read More