01
Dec

PERBEZAAN TENDAI DAN ISP

Bismilahirahmanirahim. Hari ini dah masuk bulan Disember dan tak lama lagi tahun baru. Usia juga semakin meningkat dan entah berapa lama lagi dapat menhirup udara di dunia.

Jika tahu kenikmatan yang bakal diterima selepas kematian, pastinya tidak akan fikirkan segala kekusutan dan kerisauan terhadap harta dan keluarga . Seminggu, kebiasaannya saya akan terima purata 5 email dari pembaca blog bertanyakan tentang perbezaan Tendai dan ISP.

Mereka bertanyakan yang mana bagus atau yang mana patut ambik dahulu. Yang mana satu penting, Tendai atau ISP. Saya menjawab kedua-duanya penting.

Ibarat Tendai itu makanan dan ISP itu minuman.

Kalau tak ada salah satu kehidupan seperti dalam kelaparan atau kehausan. Maksudnya, Tendai hanyalah pengijzahan untuk menerima energi baru dan setiap peringkat mempunyai level energi seperti :

  • Dasar Tendai : 50 Hp (Horse Power)
  • Master Tendai : 200 Hp
  • Grand Master Tendai : 500 Hp
  • Super Grand Master Tendai : 1000 Hp.

Apa fungsi Energi ini? Semakin tinggi peringkat Tendai Energi yang dimiliki semakin halus kuasanya. Apabila lebih halus bermakna sewaktu membuat rawatan kesannya lebih cepat bertindak.

Lebih tinggi energi level yang dimiliki akan menyebabkan kita mampu menerima dan menampung seberapa banyak energi yang ada di alam.

Sebagai contoh, ada antara penerima pengijzah dari saya yang secara tiba-tiba boleh jadi terbaring atau tangannya bergetar dengan kuat dan tak larat untuk mengikut rentak energi tersebut. Walaupun diijazahkan melalui jarak jauh.

Selain itu, dalam pengijzahan Tendai, orang yang mempunyai level yang sama tak dapat nak mengijzahkan orang lain level sama.

Sebagai contoh, jika anda peringkat Grand Master, anda tak boleh nak ijazahkan orang lain Grand Master juga. Ada kes yang tak ikut peraturan melanggar dengan mengijzahkan level yang sama, orang tersebut kedua-duanya jatuh sakit.

Yang mengijzahkan terlantar di hospital selama 3 hari dan yang menerima ijazah (kosong) tak dapat menggunakan energi tersebut dan semasa merawat patient dia jatuh sakit.

Bermakna, pengijazahan Tendai ini ada sangkut paut dengan energi Guru dan Murid. Atau lebih mudah difahami, murid yang ambil pengijzahan akan menyerap energi guru.

Sebab itu makin tinggi peringkat yang diambil makin tinggi maharnya kerana semakin tinggi energi level yang diselaraskan.

Walaupun proses pengijzahan kelihatan mudah dari sudut pandangan dan boleh diijazahjan secara jarak jauh tetapi Guru Tendai boleh merasa letih.

Sebab itu bagi Guru yang selalu membuat latihan dan serius dapat mengawal energi level mereka dan tidak merasa penat setiap kali mengijzahkan orang. Yang menariknya walaupun pengijzahannya mudah dan cepat, proses pembelajarannya berterusan.

Bermakna bukan datang ke kelas atau jumpa guru tetapi akan datang pelbagai ilham dan mampu menguasai jurus yang boleh digunakan.

Semakin tinggi energi level Tendai yang dimiliki semakin besar aura penarik, lawang rezeki dibuka dan pelbagai ilmu dikuasai secara laduni (ilmu yang tak perlu dibelajar).

Biarpun nilai maharnya mahal tetapi bagi yang tahu, selepas mengambil ilmu, dia akan meraih pelbagai dan nilainya melebihi dari nilai yang dikeluarkan untuk mendapatkan ilmu.

Ini semua pengalaman yang saya lalui, sebagai contoh setiap kali saya naik ke tahap yang lebih tinggi dalam keilmuan Tendai, selepas itu dengan izin dan kuasa Allah rezeki bertambah dan berganda-ganda tanpa saya sedari.

Contohnya jika dahulu pendapatan RM1 ia menjadi RM5. Sebab itu sesiapa yang mengambil pengijazahan Tendai ini tertanya-tanya bagaimana boleh belajar hanya jarak jauh atau dirumah sahaja.

Inilah dimaksudkan pengijazahan Energi. Bukan setakat itu sahaja. Ada yang boleh terima energi dengan hanya mengambil kapsul (dengan izin Allah).

Walaupun mengambil kapsul, selepas itu dia dapat merasakan getaran tenaga mengalir dalam tubuhnya dan kemudian boleh lakukan macam-macam seperti merawat orang, mentransfer energi dan pelbagai.

Bagi yang malas nak buat latihan boleh mengambil kapsul energi peringkat Dasar, Master atau Grand Master dengan mahar antara RM300 ke RM1800. (cara Ekspress).

Berbanding dengan ISP pula ia merupakan satu workshop (bengkel) untuk belajar menggunakan atau aplikasi Tenaga yang diperolehi.

Sebab itu di ISP pihak guru mengajar jurus-jurus dan teknik untuk merawat seperti menggunakan totok prana (sentuhan tenaga dalam), shaktivat dan daya enti kursani.

Sebab itu dari awal saya dah maklumkan, Tendai ibarat makanan dan ISP ibarat minuman. Kedua-duanya penting. Ada yang bertanyakan, boleh kalau bayar untuk Tendai sahaja kemudian datang ISP secara percuma.

Bukan tak boleh tetapi kalau mahu juga, ada bahagian khusus untuk yang inginkan dapat secara percuma seperti perlu memberi perkhidmatan selama 3 bulan.

Jika dahulu pertukaran ilmu antara guru dan murid dilakukan dengan murid memberi khidmat kepada gurunya selama berbulan-bulan atau bertahun. Lihat sahaj cerita pendekar Bujang Lapok (P.Ramlee).

Ketiga-tiga mereka membersihkan rumah Guru Silatnya atau memberi khidmat selama yang ditetapkan. Tetapi sekarang , perantaraan untuk dapat ilmu ialah dengan menyediakan Mahar sahaja.

Zaman sekarang ni semua orang terikat dengan tenggungan masing-masing jadi jika nak kembali ke era zaman dahulu memberi khidmat kepada guru untuk mendapatkan ilmu sudah tidak sesuai.

Jika anda berminat untuk hadiri ISP dahulu pun boleh sebelum mengambil pengijazahan Tendai. Insya Allah, Bengkel ISP pada Bulan Disember ini dibuat pada 12 hb dan 26 hb Disember (Ahad).

Untuk mendaftarkan diri perlu SMS dan membuat Deposit pendaftaran RM50. Baki RM400 akan dibayar semasa hari Kursus.

Pengijazahan Tendai Klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

December 6, 2010 at 6:27 am

kawan ingatkan ambil tenadai boleh dapt aplikasinya sekali..ye la mcm beli kereta kan dapt manualnya sekali mcm mana nk guna kereta tu.

    Master Hadzrin

    December 6, 2010 at 1:22 pm

    Dah ambil Tendai ?
    Sedia maklum, masa beli kereta di kedai kereta tak ada ajar cara bawak kereta. Nak belajar cara bawak kereta kena pergi sekolah memandu.

arif

December 7, 2010 at 3:26 am

mcm best jer isp ni..nati ade rezeki lebih sy pn nk join skali..teruja pulak nk upgrade pergi ke level lg tinggi pas ni..hu3