25
Dec

PELUANG BISNES ATAU KERJAYA YANG KALIS GAWAT

Assalamualaikum Wbt.

Hari ni semua orang cuti Krismas. Waktu cuti ni lah rehat di rumah sahaja. Walaupun niat nak rehat, ada 3 orang nak datang berjumpa. Dua orang nak beli emas dan seorang nak belajar tendai.

Kebiasaannya cuti dekat pasaraya kompleks sesak dengan manusia. Jadi perjumpaan hari ini di kedai mamak sahaja. Semalam dah beli 200 gram buat stok jadi hari ni siapkan urusan pesanan pelanggan yang bertimbun.

Semalam topik khutbah jumaat ada point yang saya baru mengerti. Imam membaca hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Saat itu baru saya faham, mengapa kita ditimpa kemiskinan dan kesusahan.

Dalam hadith tu mengatakan,

Setiap pagi , dua Malaikat akan turun dari langit. Malaikat yang pertama, mendoakan kepada Allah untuk orang-orang yang menunaikan zakat dan sedekah di pagi hari supaya diampunkan dosa, dimuliakan dan dilimpahkan berlipat kali ganda rezeki serta hartanya.”

Manakala satu lagi Malaikat mengutuk orang-orang yang bakhil yang tidak mengeluarkan zakat dengan mendoakan kepada Allah agar mereka ditimpa bencana dari hartanya.”

Dari hadis itu, maka fahamlah, mengapa kita susah nak hidup senang kalau dah malaikat yang satu tu mengutuk kita disaat kita malas nak keluarkan zakat sebagai membersihkannya.

Kali ini kita sama-sama ikhtiar dan melihat apa peluang yang kita boleh ambil untuk menambahkan rezeki disertai membersihkan ia melalui zakat.

3 Industri yang tak akan jatuh walaupun ekonomi teruk sekalipun. Pertama industri makanan, kedua pendidikan dan ketiga perubatan.

Saya ingin berkongsikan industry yang ketiga iaitu perubatan dalam bidang Complimentary Healing ( Rawatan Pelengkap). Jika dahulu orang gunakan rawatan Alternatif tetapi bila diertikan begitu bermakna rawatan perubatan konvensional diketepikan terus.

Apabila diistilahkan pelengkap bermakna susulan rawatan menggunakan kaedah metafizik.

Bayangkan disaat ekonomi merundum, jika lihat di hospital sentiasa sesak dengan manusia. Lebih gawat lebih ramai yang sakit. Tak kira lah sakit kronik atau sakit kes kecil.

Ahli Tendai yang aktif mampu mengobat orang menggunakan kaedah Doa dan Transfer energi. Seperti yang saya nyatakan tadi, apabila sudah membuat rawatan di pusat perubatan konvensional susulan boleh dibuat cara metafizik ini.

Pendapatan para pengamal perubatan alternative atau metafizik boleh dikatakan lumayan jika terlibat secara aktif. Sebagai contoh, kaedah yang digunakan mudah dilalui oleh pesakit berbanding dibedah dan sambutan terhadap kaedah ini kalau sekarang ni sangat beransangkan.

Saya kenal seorang pengamal perubatan yang hanya menerima sehari 10 sahaja patient dan setiap patient dicaj untuk rawatan antara RM50 ke RM500 mengikut kes. Bayangkan kalau purata RM50 setiap hari dengan 10 patient. Sehari pendapatan dah RM500.

Sebab itu, ilmu perubatan penting bagi sesiapa sahaja yang sedang berminat untuk menceburi bidang yang boleh meningkatkan ekonomi diri. Tak kira sama ada dijadikan sebagai bidang sampingan atau sepenuh masa.

Lagi satu, dengan adanya ilmu perubatan atau rawatan ini, andaikata ada masalah berlaku dalam keluarga seperti sakit maka boleh digunakan untuk merawat sendiri.

Seperti seorang sahabat yang pergi ke kenduri rakannya dan salah seorang rakan yang hadir mengalami masalah gatal-gatal di muka yang kronik. Dah ada ilmu lalu digunakan untuk merawat rakan tersebut.

Dengan izin Allah, rakannya sembuh dari gatal-gatal. Lalu dapat tips atau upah mahar RM100 kerana merawat gatal-gatal muka yang kronik itu. Rezeki berada di mana-mana dan tak disangka.

Bayangkan diri anda jika mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang rawatan. Bak pepatah orang Jawa cakap “Jika Butuh Wang”…. Skill dah ada tinggal nak komersialkan sahaja.

Marketing guna mulut ke mulut sangat berkesan daripada buat approach sendiri. Salah seorang guru Tendai yang mampu merawat perawan menggunakan energi mendapat permintaan ramai.

Jika dia approach orang, tentu sekali orang ingat dia seorang yang miang. Tetapi dengan cara orang rekomenkan , tu yang sentiasa ada permintaan.

Jangan salah faham, rawatan ini untuk memulihkan perhubungan suami isteri dan jika ilmu ini jatuh ke tangan orang yang salah boleh mengundang bencana.

Tak perlu tanya saya boleh buat atau tidak. Sebab risikonya amatlah berat…Tapi kalau nak, saya boleh rekomenkan.

Walau tinggi manapun ilmu yang dimiliki, semuanya bertujuan untuk buat kebaikan bukan untuk menganiaya orang atau menipu kerana hidup ini sementara dan kalau senang itu pun sementara. Setiap perlakuan kita akan dibentangkan di akhirat esok.

Insya Allah, dalam masa terdekat, saya , sahabat dan pengasas Tendai akan menubuhkan pusat rawatan yang bertempat di Selangor dan kami akan memberi rawatan percuma sebulan sekali.

Disamping itu, kami akan menganjurkan kursus dan pengijazahan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi Perawat melalui Program Quantum Healing dimana, peserta akan diturunkan ilmu merawat menggunakan sentuhan sahaja.

Ini tak ada kena mengena dengan makhluk halus, jin seumpamanya tetapi menggunakan potensi manusia sendiri. Insya Allah, apabila sudah pelajari ilmu ini, anda boleh merawat penyakit medis dan non-medis serta yang bersangkut paut dengan tulang.

Bila kursus diadakan? Dijangka bermula pada Februari peringkat Master ISP Quantum Healing. Berminat boleh daftar diri dahulu ke Quantum ISP Advance pada 9 Januari 2011 sebelum ke peringkat kedua tersebut.

Boleh tempah tempat dengan SMS NAMA ke 012-3969746 / 014-888 7979

Ditaja oleh Pengijazahan Tendai

Kebali Ke Laman Utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*