03
Dec

MENYIMPAN EMAS PADA USIA MUDA

Beli 100 gram emas jongkong dapat jadi 300 gram emas

Assalamualaikum,

Saya hari ini mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog ini dengan berkongsikan pengalaman seorang rakan yang membeli emas pada usia 21 tahun.

Bayangkan pada usia 21 dah ada 300 gram emas yang bernilai RM50,000!

Memang benar ada orang yang lebih muda miliki emas dengan sebanyak itu dan ada yang sampai 1 kilogram (nilainya RM150,000).

Sekarang umur sahabat ini 21 tahun dan insya Allah akan tamatkan zaman bujangnya (itu pun kalau keluarganya restu). Dengan kenaikan emas purata setiap tahun 30%, bayangkan bila umur sahabat ni ketika 31 tahun, berapa sudah nilai emasnya ?

Kalau dia nak kahwin pada usia 31 tahun pun tak ada masalah dengan guna duit untung emas dia. Macamana usia macam sahabat ni boleh dapat 300 gram emas dengan mudah?

Inilah konsep yang selalu saya hebahkan bagaimana dengan membeli 100 gram kita boleh dapat 200 gram melalui cagaran.

Senang cerita kalau kita ada modal sebanyak RM16,XXX, kita boleh dapatkan lagi 200 gram yang nilainya RM33,000 bermakna yang kurang itu guna duit Ah Rahnu.

Kalau nak tunggu kita simpan duit sebanyak RM50,000 memang makan masa lama atau nanti ada sahaja halangan nak pakai duit. Jangan salah faham.

Ada yang ingat mereka beli 100 gram percuma 200 gram. Macam itu kalau emas celup boleh bikin tapi kalau emas tulen 999….nak buat jadi tauke lombong emas.

Sebenarnya bukan sahaja untuk dapat 300 gram emas tetapi kalau belum ada modal sebanyak RM16,XXX, dengan ada RM5,XXX dah boleh beli emas yang 100 gram.

Apa untungnya bila letak emas di Ah Rahnu ? Ini soalan biasa yang ditanya. Kebiasaannya orang meletak emas mereka di Ah Rahnu kerana nak pakai duit. Mereka akan pergi ke Bank Ah Rahnu setiap kali harga emas naik mereka akan tukar surat pajak.

Bayangkan sahabat ini mempunyai 300 gram. Bila masa emas naik RM20, bermakna sahabat ini boleh pergi ambik Cash RM6,000 (sebelum tolak upah simpan dan 30% deposit). Tak buat apa-apa tunggu emas naik sahaja dan dapat duit.

Kalau emasnya kena lelong esok bila sampai masa luput, kita masih lagi dapat balik modal. Contohnya 30% yang kita tinggalkan di Bank kalau emas kita nilainya RM50,000 bermakna deposit kita masih lagi RM15,000 (30%).

Itu tak masuk untung kenaikan tahunan emas yang purata 30%!.

Senang cerita kalau kita menyimpan emas dengan izin Allah, pelaburan kita selamat tambahan pula kalau kita amalkan bayar zakat emas. Lagi berganda keuntungan yag bakal diterima.

Dengan menyimpan emas kita melindungi kekayaan sebenar kita berbanding menyimpan duit. Tak percaya lihat sahaja perkembangan duit kita di bank yang hanya dapat 2% setahun berbanding kenaikan harga berang keperluan seperti gula, beras dan lain-lain sebanyak lebih 10% kadar inflasi.

Jika dulu harga gula RM1.40 kini RM2.00 sekilo….sebab itu harga teh mamak atau kedai minum naik kita merungut.

Berbanding jika kita beli emas di kedai seperti Poh Kong dan lain-lain, harga emas bagi 100 gram mereka jual RM18,000. Lebih mahal dari harga pasaran. Bagi yang tak tahu, mereka akan beli juga di kedai emas.

Saya selalu bertanya di kedai-kedai emas ni tentang emas jongkong mereka dan memang ada orang beli walaupun harganya melampau. Walau bagaimanapun, biar mahal sekalipun emas yang anda beli, di masa akan datang anda tetap untung kerana:

Emas mengekalkan nilai kekayaan anda berbanding simpan duit.

Berikan komen anda…

Di Sponsor Oleh BUY GOLD

BALIK SEMULA KE LAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

nizar

December 3, 2010 at 6:52 am

Tunggu saya beli.Maka abang di atas tu jadi no.2 termuda sebab saya 19 tahun…hahahaha

    Master Hadzrin

    December 3, 2010 at 3:38 pm

    Tubbies sudah tercabar dengan Mus…