09
Dec

MENCARI IDENTITI

Baru-baru ini, saya menonton rancangan wawancara personality pemilik Kedai Emas Habib Jewel Dato Mear Habeb. Dalam banyak hal dibincangkan, saya cuma ingat kata kunci dia rahsia bagaimana dia Berjaya.

Tiga Langkah Berjaya :

1) Perlu jadi yang terbaik dalam bidang yang kita ceburi,

2) Perlu ghairah dan suka pada bidang itu

3) Segala keuntungan dan duit akan datang selepas itu…

Sama seperti perbincangan saya yang sebelum ini tentang MLM atau apa jua bisnes. Ramai orang letak No 3 sebagai keutamaan. Meletakkan buat duit sebagai matlamat pertama tetapi tidak menjadi yang terbaik dalam bidang itu.

Bagaimana nak buat duit atau hasilkan keuntungan yang banyak jika tak jadi expert dalam bidang itu. Sebab itu proses mencari ilmu bukan sekadar ada ijazah tamat universiti. Proses mencari ilmu sehingga kita jadi yang terbaik dan paling pakar dalam bidang kerjaya kita.

Mencari identity masalah semua orang yang mula mencari rentak dalam tak kira bisnes atau kerja. Kalau kita bekerja, dalam tempat kerja kita mesti ada seorang tokoh pekerja yang Berjaya dan jadi idola kita sebagai contoh pegawai atasan kita.

Mungkin kita akan cuba meniru gaya cakap, cara penampilan supaya suatu hari nanti kita akan jadi pegawai seperti dia. Tak usah pergi jauh-jauh, saya pernah bercampur dengan seorang rakan yang bekerja sebagai “ulat bas” di stesen-stesen bas yang menjual tiket bas.

Dalam industry ulat tiket bas ni pun ada tokoh atau ulat idol yang berjaya dan jadi pujaan dikalangan ulat-ulat lain. Ada seorang ulat tu pendapatannya purata sehari RM400 bermakna sebulan gajinya boleh cecah 5 angka sebulan.

Bayangkan  seorang ulat tiket bas yang mendapat pendapatan 5 angka sebulan dan mampu pakai kereta Toyota Altis , tidakkan menjadi idola dikalangan ulat-ulat tiket yang lain ? Kalau diperhatikan apa rahsia dia, nak katakana nilai komisen dia lebih tinggi daripada ulat lain, tak jugak.

Kalau setiap tiket komisen setakat RM4 hingga RM6, bayangkan berapa banyak tiket perlu dijual. Sebenarnya sama juga macam kes Tauke Habib, dia jadi pakar dalam bab jual tiket atau pun senang cerita dia jadi ulat pakar.

Saya tak pasti sekarang ni member tu masih kerja sebagai ulat di stesen Bas Larkin Johor atau pun tidak sebab dah 5 tahun tak naik bas berhenti di stesen bas Johor. Tak mustahil dari seorang ulat, dia kumpul modal buka syarikat bas sendiri. Sebab sampai bila nak dilabelkan sebagai ulat.

Itulah kita sebenarnya, sebelum jumpa identiti kita , dimulai dengan kerja yang bawah-bawah dahulu.

Seperti kerja sebagai ulat ( bawah tanah sungguh ) atau dalam industri isuran menjadi ejen, dalam MLM jadi Ahli Jualan Langsung , Bisnes emas menjadi ejen makan komisen sehinggalah kita menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi dan apabila dah pakar, orang panggil kita boss dan waktu itu duit akan masuk secara automatik.

Saya masih ingat lagi di saat saya mencari identiti dan belum jumpa rentak dalam bidang yang saya buat saya selalu mengikut orang yang saya boleh tiru kejayaannya. Berapa lama saya ikut dia ? Ada yang sampai 5 tahun. Maksudnya setiap kali tukar bidang saya mencari identiti.

Tak ada bidang yang kita buat sampai kekal sehinggalah kita jumpa bidang yang kita rasa ketenangan, ghairah setiap hari tentang bidang kita dan bersemangat untuk kongsi dengan orang. Jika bidang yang kita sendiri rasa macam tak lama atau ada perasaan “sampai bila” aku nak kerja macam ni….

Maknanya paham-paham sahajalah bidang itu tak kekal lama…

Sebenarnya, orang yang Berjaya dan kaya raya ada juga yang masih mempunyai kekosongan jiwa. Mereka seperti kehilangan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Apa yang mereka hilang dan mencari sebenarnya ?

Inilah yang dipanggil kekuatan spiritual. Segala kebaikan isi di dalam bumi dan di langit tidak sama kejayaan yang berlandaskan kejayaan spiritual. Kejayaan yang kekal abadi dan kejayaan membawa cinta teragung kepada Allah Yang Maha Kekal.

Kereta yang kita pakai tidak kekal, duit yang banyak tidak kekal, rumah yang kita tinggal tidak kekal, kecantikan yang kita miliki tidak kekal, anak-anak yang kita ada juga tak kekal.

Allah sudah memberi jaminan, apabila kita dimasukkan ke dalam syurga, kita akan kekal dengan kesenangan dan penuh dengan kegembiraan di dalamnya disamping kebahagiaan yang teragung yang tak pernah terfikir oleh makhluk dengan melihat wajah Yang Maha Pencipta apabila di Syurga kelak.

Apabila sudah memahami ilmu Tauhid dan ilmu Kejayaan Kekal abadi, maka identity yang kita cari selama ini sudah terjumpa. Tak perlu meniru gaya orang lain dan tak perlu nak hidup hipokrit. Inilah spiritual happiness yang semua orang tercari-cari.

Post ini di sponsor oleh :

Pencarian GURU TENDAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

reza

December 10, 2010 at 7:44 am

nape x leh nk sent komen ni…..ish..

Master Hadzrin

December 11, 2010 at 3:06 am

entahlah…ramai yg hantar tapi tak ada rezeki nak masuk web.

nizar

December 11, 2010 at 8:25 pm

tubbies boleh..