28
Dec

KISAH SEORANG JANDA DARI FLORIDA

Assalamualaikum Wbt,

Seni untuk bangkit dari kejatuhan ekonomi dan rahsia amalan mengumpul semula kekayaan….

sama seperti seni membela diri, seni lukis, seni suara, seni lakonan….

semuanya memerlukan pentelitian dan usaha keras untuk memantapkan kesenian tersebut.

Kalau nak bina semula kekayaan, apa yang kita mampu buat ialah membina dahulu tabung. Cari tabung yang mampu menjana berlipat kali ganda pulangan. Anda rasa yang mana satu ?

ASB ? BANK SIMPANAN ? UNIT TRUST ? INSURAN ? EMAS ?

Jika anda ada jawapan seperti diatas memang anda BENAR….tiada siapa yang SALAH…

Tapi saya suka buat sesuatu yang berlandaskan As-Sunnah, Al-Quran dan Hadith.

Dalam ayat Al-Quran Surah at-Thalaq ayat 2 hingga 3 :

Barang siapa yang bertakwa pada Allah, nescaya Allah menunjukkan jalan keluar baginya dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

Barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya dan menentukan bagi setiap sesuatu.”

Inilah konsep kejayaan abadi yang dicari. Maknanya semakin tinggi tingkat keimanan kita pada Allah, semakin besar peluang kita memperolehi rezeki daripada jalan yang tidak kita sangka.

Maknanya disini, jika kita ingin mencari tabung yang berlipat ganda untuk kita bangkit semula, maka tabung yang ada kaitan gabungan kedua-dua dunia akhirat….itulah ia tabung yang bernama ZAKAT dan SEDEKAH.

Tabung ini membersihkan harta kita dan Nabi Muhammad SAW selalu berpesan, ada satu saham yang berpuluh kali ganda pulangannya dan itu lah ia namanya ZAKAT. Tak ada saham dalam dunia ini yang boleh memberi pulangan seperti zakat.

Maka itulah jawapan bagi yang selalu bertanyakan apa rahsia untuk bangkit semula dan membina kekayaan. Jawapan yang mungkin mengecewakan bagi sesetengah manusia kerana sifat manusia sendiri yang hanya memikir masalah sendiri sahaja.

Jika tak ada peruntukan untuk sumbangan ke jalan Allah, bagaimana Allah nak bantu kita pulih dan bebas dari kesusahan.

Saya dulu bermula dengan sedikit sahaja. Ingat lagi ketika itu RM5 dimulai dengan zakat. Perasaan Malu dilupakan. Itulah permulaan bagi diri saya yang hanya ada RM11 dalam tangan. Selepas itu, bermulalah kebangkitan…

Niat ikhlas kerana Allah dan jika tidak ada pengorbanan bagaimana kejayaan nak datang. Seni bangkit semula dari kejatuhan banyak terletak pada seni sedekah dan zakat.

Lebih banyak yang anda menguruskan tabung sedekah dan zakat, lebih bertubi-tubi peluang kejayaan mengetuk anda. Jangan fikir untuk selesaikan masalah diri dahulu. Fikirkan bagaimana anda menjadi seorang yang Dermawan!

Bagi menjelaskan perkara seterusnya, saya ingin kongsikan sebuah kisah seorang janda di Florida bernama Amanda. Dia seorang yang kaya raya. Pada zaman kemelesetan ekonomi melanda Amerika pada tahun 1980-an, dia pun terjejas.

Sekejap aje kekayaan Amanda terus susut sampai lama-lama dia jatuh bankrupt sampai nak makan pun susah. Dia tak tahan nak hadapi kenyataan itu, fikiran dia mulai kacau dan bingung.

Akhirnya dia tulis surat pada neneknya yang tinggal di sebuah rumah orang tua. Dalam suratnya dia memohon neneknya mengirimkan sedikit wang kepadanya bagi menampung kehidupannya.

Apabila neneknya terima dan membaca surat itu, neneknya pun membalas surat itu tetapi tak mengirimkan wang. Apa yang ditulisnya dalam surat itu hanya tiga patah perkataan iaitu,

Berilah, berilah dan berilah.”

Amanda yang menerima surat neneknya menjadi bertambah keliru. Dia tak faham pun apa maksud neneknya. Itu bukanlah jawapan yang diperlukan. Apa pula yang hendak diberikan sedangkan dia tidak memiliki apa-apa lagi.

Surat neneknya itu dia buang sahaja ke dalam tong sampah di hadapan rumah.

Tak lama lepas itu datang seorang pengemis tua ke rumahnya minta sekeping roti. Amanda tiba-tiba teringat pada surat neneknya. Kebetulan, pada waktu tu, dia memang ada simpan 3 keping roti.

Dengan hati yang ikhlas dan rela , dia memberikan ketiga-tiga keeping rotinya kepada pengemis tadi. Ajaib! Beberapa minit selepas itu seorang jirannya datang dan memberikannya sebuku roti.

Lebih ajaib lagi, tidak berapa lama selepas itu , Amanda kembali menjadi kaya!

Henry Ford pemilik dan pengasas Ford Motor pernah berkata,

“Kejayaan bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Kejayaan ada di mana-mana. Ia adalah bagaimana kita mengatur keseimbangan antara usaha-usaha mengatasi rintangan dan kemampuan orang memberikan bantuan kepada orang yang lain.

Walaupun ramai orang menghubungkan kejayaan dengan apa yang mereka peroleh, kejayaan itu bermula dengan memberi.

Post Ditaja oleh : AuraSukses dan Dompet BioMagnetik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*