23
Dec

EMAS MENARIK KEKAYAAN

 Assalamualaikum Wbt.

Kerap kali juga saya mendapat pertanyaan melalui email dan sms tentang kerjaya atau peluang yang boleh diambil oleh pembaca blog.

Ada yang telah terlibat dengan pelbagai Skim seperti MLM, Jualan Langsung, Saham Internet, Kutu, Trading , E-Book ….tak kecuali juga yang dah terlibat dengan semua program tersebut tetapi masih lagi gagal.

Berjaya atau gagal bukanlah kerana program tersebut tetapi punca sebenar adalah diri sendiri. Saya masih ingat lagi ada Program MLM nama syarikatnya “Dolah Cantek”.

Walaupun namanya tak secantik mana tapi ada juga usahawan yang bergelar jutawan lahir di syarikat itu. Sama seperti kisah yang selalu saya kongsikan, dalam perlumbaan F1, jika anda memandu Ferrari sekalipun belum tentu anda boleh juara jika tiada skill seperti juara.

Walau apa bidang yang anda ceburi, ilmu dan Skill penting. Tanpa Skill, ia ibarat anda buang huruf “S” pada Skill dalam bidang yang anda buat. Sebab itu joinlah macam-macam tetapi jawapannya tetap gagal.

Apa kaitan emas dengan bisnes-bisnes anda yang lain? Sebenarnya kalau faham tentang emas, istilah : “Gold is good as money”. Emas sebenarnya duit. Bukannya program atau Skim.

Ramai yang beranggapan emas macam MLM atau Pelaburan. Padahal dahulu 100 tahun yang lalu, sistem kewangan kita menggunakan dinar (emas) dan dirham sebelum guna wang kertas.

Guna kertas boleh memudahkan bagi setengah pendapat kerana ia senang nak dibawa. Tetapi sebenarnya emas lagi senang nak dibawa.

Bayangkan jika membawa RM160,000 jalan ke Bandar….tak muat poket seluar. Tetapi kalau bawa emas yang nilainya sama seperti RM160,000 iaitu berat emas 1 kilogram, ia hanya sebesar hand phone yang boleh letak dalam seluar.

Kebaikan lain pula, bila simpan emas duit aliran keluar terbatas. Senang cerita kita tak mudah kebocoran wang. Kalau simpan duit kertas sentiasa nak tarik sahaja buat belanja. Berbanding simpan emas, rasa berharga nak gunakan.

Rasanya kalau saya tak tukar duit kepada emas, semua pendapatan biarpun sejuta sekalipun, tetap tak kelihatan duitnya sebab dah digunakan tanpa disedari.

Jika berat nak mulai dengan membeli emas, beli dahulu sedikit seperti 10 gram dahulu. Sebelum beli 100 gram. Kalau 10 gram sekarang harga dalam RM1,590. Kalau ada rezeki beli sebulan sekali. Cari kerja partime yang boleh beri pendapatan RM1,500 sebulan untuk beli 10 gram.

Dalam masa setahun, dah ada 120 gram menyamai simpanan RM19,000 setahun. Berapa ramai yang menyimpan RM19,000 setahun ? Selalu yang saya kenal bila belum sampai hujung bulan, RM50 pun nak pinjam orang buat belanja dapur.

Satu lagi kelebihan emas ialah Zakat emas. Yang luar biasa pasal zakat emas ini ialah bila kita mengeluarkan zakat tersebut, rezeki tak putus-putus mengalir dan emas akan jadi bertambah. Ramai yang konfius dan mengelak untuk simpan emas takut kena keluar zakat.

Sebab itu hidup sederhana dapat memberi kepuasan disamping dapat tingkatkan amalan dan banyakkan sedekah. Alhamdulillah, jika diizinkan Allah sebulan dapat menyimpan 200 gram untuk simpanan sendiri adalah satu amalan menabung yang baik.

Akhir sekali yang ingin dikongsikan bila anda memiliki emas, aura diri dan keyakinan anda akan menyerlah. Sebagai contoh, biarpun anda buat bisnes approach orang naik motor buruk tetapi anda mempunyai 1 kilogram emas.

Konfiden level anda lebih tinggi berbanding anda menaiki BMW tetapi dalam poket dan bank cuma ada seratus ringgit.

Mengapa begitu? Apabila anda memiliki liability yang tinggi dan ada orang yang nak diapproach bisnes dan anda inginkan Close kes tersebut secara terdesak kerana cukup bulan nak bayar loan bank kereta mahal anda.

Tanpa sedari, anda mengeluarkan satu energi yang busuk dan ini membuatkan presentasi untuk closing tidak berjaya. Malam tidur tak lena mana nak dapat prospek dapatkan sales. Itulah hakikat bila menggunakan liability sebagai tektik bisnes.

Kita inginkan ketenangan untuk buat bisnes tak perlu nak keliru dan hipokrit. Bayangkan jika beli kereta mahal ikat 9 tahun, bila kereta habis bayar kereta tersebut dah jadi kereta antic atau kereta lama.

Sebagai contoh kereta Mercedes lampu bulat. 9 tahun yang lalu kereta tersebut memang power harga RM200,000. Sekarang, kereta tersebut dah jadi kereta lama dan harga di pasaran sebagai second hand dah jadi bawah RM50,000.

Biarpun yang mana masih pakai kereta tersebut ikat bank bayar sebulan RM2,000, sekarang masih lagi bayar bank RM2,000 walaupun kereta tersebut dah kategori kereta lama.

Berbanding kalau dulu beli emas 1kilo gram 9 tahun yang lalu, sekarang dah boleh beli kereta secara tunai. Bayangkan sekarang dah ada 1 kilo, 9 tahun akan datang, kereta apa pula boleh miliki.

Bila jumpa orang untuk buat Sales, tak ada fikir stress untuk dapat Closing. Usah kan orang lain, anda juga tak suka kena closing…betul bukan.

Jadi, buatlah apa jua bidang anda suka tetapi jangan tinggalkan aset seperti emas dalam kehidupan anda. Jika tidak, biar banyak sekalipun duit masuk tetapi akan habis digunakan untuk buat rolling bisnes.

Insya Allah, akan datang saya kongsikan bisnes yang kalis gawat untuk anda terokai…

Post Ditaja oleh :

Pulang ke halaman Utama

Tinggalkan Komen Anda

*

norzaidi eddy

January 11, 2011 at 2:11 pm

saya amat berminat menambahkan emas yang tidak seberapa yg saya ada.
saya hanya ada memiliki emas hiasan sahaja bagai mana utk mendpatkan kentungan melipatkan gram emas?
cara pengiraan dan peroses urusan jual beli emas bagai mana?tlong jelaskan pada saya.