18
Dec

EMAS KALIS INFLASI

Assalamualaikum Wbt,

Hari ini hari kedua saya Kursus yang diadakan di Shah Alam, setelah balik dari Kuala Kangsar Agro Bank. Disana pajak 700 gram emas yang nilainya RM118,000.

Sempat juga bergambar kenangan di sekitar Kuala Kangsar, singgah makan mee laksa Pak Ngah dan makan char Kue Tiow kegemaran Ustad Poaad. Lain kali nak cuba mee udang Ustad Syamsul pula.

Tapi kenangan yang terngiang-ngiang sampai sekarang ialah ternampak orang yang disangka patung. Subhanallah, tergugat iman Mizi…

Konsep yang saya bawakan ini memudahkan sesiapa sahaja yang berkemampuan untuk memiliki emas yang banyak dengan cepat. Sebagai contoh dari 30 gram boleh jadikan 100 gram, dari 100 gram boleh jadikan 300 gram, atau dari 300 gram boleh jadi 1 kilogram.

Bayangkan kalau main spot gold bila setiap kali harga emas naik sebagai contoh naik RM20, jika ada 1 kilogram emas, kita boleh ambik keuntungan RM20,000 (sebelum tolak upah simpan).

Padahal saiz 1 kilogram emas bersamaan dengan saiz handphone nokia e90. Itu pun berharga RM150,000. Masuk sahaja dalam poket tak ada sesiapa yang tahu. Sama macam masa pergi ke Ipoh tempohari dengan menaiki keretapi dari KL ke Ipoh bawa emas bernilai lebih RM100,000!

Inflasi sekarang memang terasa sampaikan harga gula pun sekarang dah RM2 sekilo dibandingkan dua tahun lepas RM1.40 sekilo. Nasi lemak pun sama sekarang dah RM7 sebungkus yang berlauk ayam. Kalau dulu RM7 tu standard makan nasi lemak di Hotel.

Mahathir pun selalu mensarankan beli emas untuk jaminan kewangan masa depan. Patutlah sejak kebelakangan ini, saya dapat banyak pembelian emas dari pelanggan-pelanggan yang bawa keluar semua duit ASB untuk beli emas, ada yang jual rumah dan gantikan dengan emas, jual tanah….

Aset lain seperti rumah kalau nak cairkan memang susah. Pengalaman yang lalu, rumah saya jual terpaksa ditolak dengan harga yang saya beli pada 6 tahun lalu.

Padahal kalau ikut harga pasaran nilainya ada untung RM80,000. Memandangkan nak pakai duit dengan cepat waktu itu, terpaksalah jual dengan cara tunai harga beli 6 tahun lepas.

Tapi kalau saya ada aset emas, ada dua cara boleh dapat duit bila waktu tengah sesak. Pertama kita jual dengan orang yang minat nak kumpul emas ikut harga semasa. Bayangkan tahun 2009 harga emas masa tu RM11,000 kini RM16,000.

Jadi kalau ada emas sejak dari 2009 jual sekarang dah ada untung RM5,000.

Yang keduanya kalau tak ada pembeli, pajak sahaja di Ah Rahnu. Kalau ada 100 gram sekarang setelah beli tahun 2009, Ah Rahnu akan bagi pinjaman yang tiada interest 70% ikut harga semasa emas bermakna RM11,000.

Jadi jika dulu kita beli emas dengan harga RM11,000, setelah dipajak dapat balik modal RM11,000 dan 30 % duit kita masih ada pada Ah Rahnu. Andai kata kalau kena lelong emas kita pun kita masih buat untung.

Ada yang bertanya kepada saya, jika tak beli emas jongkong, bolehkah beli emas perhiasan sebagai pelaburan.

Bukan tak boleh, saya juga beli emas perhiasan sebagai aset. Sebenarnya, emas perhiasan ini adalah pelaburan untuk isteri. Untuk pelaburan ekonomi, ia terpaksa disertai dengan kos design atau ukiran.

Tapi pastikan jangan beli emas putih. Memang benar emas putih lebih cantik dan lebih mahal dari emas kuning. Hakikatnya emas putih ini tiada nilai. Sebab itu kedai emas suka jual emas putih dan depa suka hati letak harga tinggi-tinggi.

Sebagai contoh ada kedai emas yang letak diskaun sehingga 70% untuk emas putih. Walaupun diskaunnya 70% tetapi harganya tetap tinggi. Bila dijual semula, semua kedai tak terima.

Baru-baru ni saya jumpa dengan pengasas DSI, dia pun setuju bahawa sekarang ni invest pada emas ialah jalan terbaik untuk hidup selesa di masa akan datang. Sudah-sudahlah invest duit dengan beli BMW, Mercedes,Bentley…sebab itu semua akan jadi besi buruk.

Member saya tauke emas pun naik motorsikal sahaja pergi ke pejabat. Kalau hujan basah lenjut. Duduk berteduh bawah jambatan sama-sama dengan penunggang motor yang lain. Orang pun tak tahu, dalam begnya penuh dengan stok emas.

Jadi seronok sebenarnya kehidupan kita jika tiada tanggungan hutang yang berat. Hutang-hutang tersebut pun sebenarnya masalah yang kita ciptakan sebelum ini.

Sebab itu tak perlu nak mengeluh atau mengadu, diri banyak hutang. Makin mengadu makin jauh kebelakang dan mundur. Lebih baik usaha keras untuk bangkit semula.

Bangkit dengan simpanan, sedekah, zakat, merancang, itu semua permulaan untuk mencapai kejayaan. Ditambah pula ada ilmu tentang emas, itu sebagai aset yang kita boleh elakkan kebocoran aliran wang yang kritikal.

Di Sponsor Oleh :

www.QuantumKekayaan.com

www.BuyGold.lot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

KhairoolNizam

December 18, 2010 at 4:54 pm

Kat mana saya boleh belajar mengenai pelaburan emas?

reza

December 20, 2010 at 2:07 am

Dr kt sebelah tu nk beli bently tu…

Rafiq

December 23, 2010 at 1:43 am

Berapa jumlah emas boleh dibeli dengan Rm4000?

Master Hadzrin

December 23, 2010 at 4:27 am

Rafiq :

Berapa jumlah emas boleh dibeli dengan Rm4000?

Modal RM4000 boleh beli 20 gram (RM1590 x 2) tapi kalau ikut program ah rahnu boleh miliki 60 gram.
Nak 100 gram melalui program Modal RM5000 – RM5,500

Master Hadzrin

December 23, 2010 at 4:29 am

KhairoolNizam :

Kat mana saya boleh belajar mengenai pelaburan emas?

Ada kelas bimbingan , yuran RM380.

Adi

December 28, 2010 at 3:52 am

100gram modal RM5000-5500 tu menarik tu. Bagaimana yer?

Rafiq

December 29, 2010 at 2:47 am

@Master Hadzrin

Saya berminat yang bermodal Rm 5000, Cuma cuak la nanti nak bawak emas tu pergi Ar rahnu. Mcamana prosedurnye? Boleh tak Email saya secara lanjut. Thanks Master

    Master Hadzrin

    January 1, 2011 at 1:18 am

    pergi ke ah rahnu dengan saya nanti