21
Dec

BANGKITKAN POTENSI DIRI DENGAN ILMU

Bismilahirahmanirahim.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada peserta ISP yang telah Berjaya mengikuti Kursus peringkat Advance dan mendapat kesan positif pada kehidupan mereka.

Ada antara mereka yang bukan sahaja jiwa dan emosi menjadi tenang dan baik , ekonomi mereka juga meningkat. Ada yang Berjaya ditabalkan sebagai usahawan Berjaya dalam bisnes yang mereka ceburi.

Semua yang berlaku adalah atas usaha disamping menjumpai rentak kekuatan yang ada lahir dari dalam diri sendiri. Syabas!

Seperti post yang sebelum ini ada dibincangkan tentang bagaimana kejadian dan penciptaan manusia bermula dari Nabi Adam, sebenarnya dalam diri setiap manusia ada di salurkan sifat-sifat yang dimiliki Allah.

Itulah fitrah manusia, yang secara universal atau setiap manusia mempunyai fitrah yang sama. Sebagai contoh setiap orang mencintai kedamaian. Ini ada dalam As Maul Husna sifat Allah yang Maha Damai.

Setiap orang ada perasaan perihatin, Tanggungjawab, semua orang menginginkan ke’Jujur’an. Inilah dia anggukan universal yang dimiliki oleh setiap manusia.

Insya Allah, pada 2011 akan dibesarkan program ISP yang terbahagi kepada dua  iaitu peringkat Advance dan Master ISP. Insya Allah, module yang dikongsikan pasti belum pernah diperolehi dari mana-mana kursus.

Kursus ISP akan dimulakan pada 9 hb Januari 2011. Pada 26 hb Disember ini program terpaksa ditangguhkan kerana mempunyai banyak program diluar.

Salah satu bidang ilmu yang dikongsikan dalam program pengijazahan keilmuan ini, setiap penerima pengijazahan yang berminat akan di turunkan ilmu atas nama Hakikat Besi Kursani.

Secara mudah nak dicerita, ini salah satu cabang ilmu kebal. Dan Hakikat Besi Kursani adalah imu kebal tetak dengan besi dan bisa. Secara jujurnya, ilmu ini sebenarnya adalah ilmu Sains Manusia sendiri.

Setiap manusia sebenarnya memiliki kehebatan dalam dirinya baik tak kira bangsa dan agama. Semua manusia mempunyai logam dalam tubuhnya dan melalui keilmuan, logam itu dapat dibangkitkan melalui kaedah latihan.

Ini salah satu ilmu sains manusia. Bagi yang tidak mengetahui, akan kaitkan dengan unsur mekhluk lain seperti jin atau khadam.

Inilah potensi yang ada dalam diri setiap orang. Kalau dikaji secara sungguh-sungguh, kemampuan manusia hanya digunakan sebanyak 7% sahaja. Lagi 93% masih terpendam.

Kursus ISP Advance akan menunjukkan anda asas bagaimana menggunakan potensi dalam membangkitkan energi penyembuhan dan energi pembangkitan positif diri.

Program lanjutan selepas peringkat Advance, kami akan anjurkan Master ISP yang khusus untuk merawat tulang manusia. Bagi yang lumpuh, patah, bengkok, insya Allah boleh dirawat.

Pengijazahan Jarak Jauh Tendai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

rayme

April 4, 2011 at 8:51 am

sama je kedudukan tangan..ada apa2 maksud ke ni master..hihi