15
Dec

AURA DIRI LEBIH KUAT BILA…

Assalamualaikum Wbt,

Agak terlalu lama saya sudah tidak membuka laman blog dan update berita terkini bukan kerana sibuk tetapi line internet yang tak dapat nak sampaikan mesej yang sudah ditaip sebelum-belum ini.

Hari ni just nak share sahaja kekuatan yang kita miliki tanpa kita sedari ia amat berfungsi disaat kita terdesak, tertekan dan pasrah.

Kekuatan yang Allah telah masukkan ke setiap manusia dimulai waktu kejadian Nabi Adam (Proses penciptaan manusia pertama) yang dijadikan dari tanah.

Pernah terfikir bagaimana keadaan sesuatu benda yang dijadikan dari tanah gambut, lumpur, tanah merah, tanah pasir? Pastinya kejadian itu mengeluarkan bau, rupa yang hodoh, keras…dan sebab itu para malaikat memandang rendah pada Nabi Adam (Bapa Manusia) kerana kita manusia asalnya dari tanah.

Walaubagaimanapun para Malaikat diperintahkan oleh Allah untuk sujud kepada Nabi Adam bukan kerana sembah pada Nabi Adam tetapi sujud tanda kekuasaan Allah atas penciptaanNya.

Sebab itu kita patut bersyukur kerana walaupun asalnya kita dijadikan dari suatu benda yang kotor dan busuk tetapi atas Rahmat dan kasih sayang Allah terhadap manusia ciptaanNya, Allah meningkatkan darjat manusia lebih tinggi daripada semua makhlkuk ciptaanNya.

Disaat itu juga Iblis terkutuk engkar pada perintah Allah untuk sujud kepada Adam kerana kejadian penciptaan Iblis dari api. Atas keengkaran iblis itulah Allah menghalau iblis dari syurga dan ditempatkan ke dalam Neraka jahanam.

Bayangkan bagaimana proses kejadian Adam dahulu, ambil masa 200 tahun tanah yang sudah diambil dari pergunungan Tursina , tanah Arab, tanah Iraq, tanah di masjidil Aqsa, tanah Mekkah kemudian dicantumkan tanah-tanah tersebut yang diambil oleh Malaikat Israel (Malaikat pencabut Nyawa).

Asalnya tugasan itu ditujukan kepada Malaikat Jibril tetapi Jibril tak mampu nak ambil tanah dari bumi kerana Bumi bersumpah dia tidak rela tanah diambil untuk menjadikan ciptaan Manusia kerana Bumi juga sama seperti para Malaikat risau kerosakan yang manusia akan lakukan.

Kemudian tugas itu diperintahkan kepada Malaikat Mikael dan sama seperti Malaikat Jibril, tugasan itu tidak dapat dilaksanakan kerana sumpah Bumi yang tidak benarkan tanah diambil.

Apabila Allah memerintahkan Malaikat Israel, Allah memberitahu supaya biar apa yang terjadi beritahu ini adalah perintah daripada Allah.  Lalu Malaikat Israel mengambil tanah dari tempat yang dinyatakan tadi kerana ada maksud disebalik tempat tanah yang diambil.

Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:

  • Tanah Baitulmuaqaddis – kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal
  • Tanah Bukit Tursina (Mesir) – telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat
  • Tanah Iraq – dahi sebagai tempat sujud kepada Allah SWT
  • Tanah Aden ( Yaman) – muka sebagai tempat berhias dan kecantikan
  • Tanah Telaga Al-Kautsar – mata sebagai tempat menarik perhatian
  • Tanah Al-Kautsar – gigi sebagai tempat memanis-manis
  • Tanah Kaabah ( Makkah) – tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama
  • Tanah Paris ( Perancis) – Tangan kiri untuk melakukan istinjak
  • Tanah Khurasan (Iran) – Perut sebagai tempat berlapar
  • Tanah Babylon ( Iraq) – kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu ser

Apabila tanah dihimpunkan dan dijadikan bentuk manusia, selama beratus tahun ia tidak bergerak dan dalam keadaan yangkaku membatu. Lalu Allah perintahkan roh untuk masuk ke dalam bentuk kejadian Adam (tanah itu).

Tetapi Roh tidak mahu masuk kedalamnya dan berlegar-legar diatas ciptaan Allah itu dengan disaksikan oleh para Malaikat. Roh tidak ingin memasuk ke dalam bentuk rupa yang membatu , buruk dan busuk.

Betapa memandang rendahnya Roh terhadap kejadian manusia dan tidak mahu memasukinya. Allah perintahkan Malaikat Israel memasukkan roh kedalam kejadian Adam dimulai dari kepala dengan perlahan-lahan. Selama 200 tahun roh masuk melalui kepala.

Apabila roh sudah sampai ke bahagian mata maka adam dapat melihat keindahan syurga dan apabila roh sampai ke bahagian hidung dan mulut lalu Adam bersin lalu Allah mengajar kalimah yang pertama kepada Adam iaitu “Alhamdulillah”.

Apabila roh masuk ke sehingga ke dada dan perut Adam, lalu Adam cuba nak bangkit tetapi tidak boleh kerana kakinya masih lagi keras membatu. Disitu sudah dilihatkan bahawa manusia mempunyai sifat gopoh. Dan akhirnya manusia pertama dicipta.

Itulah proses kejadian kita yang kita mungkin tidak sedari betapa dari tanah yang sifat tanah itu kotor dan berbau tetapi dengan kekuasaan Allah serta kasih sayangNya, kita dianggap makhluk yang tinggi darjatnya kerana kita ini adalah khalifah Allah.

Jadi sebenarnya kekuatan diri kita yang paling luar biasa kita perolehi apabila kita sudah tahu bahawa diri kita ini kosong tak ada apa-apa dan kita ini lemah (semua penghuni Syurga adalah lemah) bukan bermakna lemah di kotak katikkan tetapi mencintakan kedamaian.

Disaat kita kosong, pasrah dan berserah pada Allah, ketika itu energi dari diri kita akan terpancar keluar dengan hebatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

December 15, 2010 at 2:35 pm

hebatnye ciptaan Allah…

eyta

December 15, 2010 at 3:33 pm

Masya-allah..

asrul

December 16, 2010 at 12:20 am

Apa yang dimaksudkan dengan “kosong” pada perenggan terakhir?

mohd zaini

December 17, 2010 at 3:48 am

“Disaat kita kosong, pasrah dan berserah pada Allah, ketika itu energi dari diri kita akan terpancar keluar dengan hebatnya.”bagaimana nak tahu energy dari diri terpancar ?

Master Hadzrin

December 17, 2010 at 2:12 pm

baru nak sambung taip line internet putus rol…terus hilang ilham menaip…

asrul

December 22, 2010 at 5:41 am

itulah kekuatan tenaga “tawakal” yang sebenarnya…