23
Nov

PERKONGSIAN PESERTA YANG SUDAH MENGIKUTI KURSUS ADVANCE ISP

Bahang Program Kursus ISP Advance makin terasa. Ramai yang berminat untuk datang hadir mengikuti kursus.

Dengan harapan dan inginkan kepastian Kursus ini lain daripada yang lain selama ini mereka pernah hadir di luar sana. Tak sedikit juga yang bertanyakan boleh cerita apa yang diajar.

Memang mustahil nak cerita kerana mereka perlu  “FEEL” semasa program ini. Kali ini, ISP ingin postkan beberapa perkongsian yang diberi oleh peserta-peserta yang telah mengikuti Kursus Advance ISP ini.

Mereka bukan sebarangan peserta kerana latar belakang mereka hebat-hebat belaka. Selalu mengikuti Program-program diluar yang yurannya sehingga beribu. Apa kata mereka….

Saya setelah mengikuti Program ISP Advance ini dapat rasakan diri ini lebih hampir pada Allah dan dapat rasai kehebatan Allah Subhanahuwataala.

Pengalaman lain yang dirasai lagi saya dapat menerokai ilmu-ilmu yang saya rasakan baru pada diri saya.

Ini membuatkan saya bertambah insaf dan meningkatkan lagi ketakwaan pada Allah. Alhamdulillah, selepas hadiri kursus saya lebih berkeyakinan, lebih bersemangat dan lebih mantap dari segi pekerjaan yang ingin saya lakukan. Insya Allah saya tidak akan putus asa dengan kerjaya yang saya lakukan.

Perkongsian ikhlas dari USTAD HAJI POAAD BIN OTHMAN (Fuad Roti canai Stadium Perak)

Program yang cukup berjaya! Ini adalah kali pertama saya menyertai program yang pengisiannya mantap.

Ia dapat memberi saya mengenali diri saya serta potensi diri saya. Saya juga dapat menambah nilai diri .

Sudah pasti saya akan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan serta seluruh masyarakat dengan ilmu yang diperolehi ini.

Program ini dapat memberi keyakinan penghayatan apabila melakukan sesuatu. Banyak lagi yang saya perolehi dari program ini. Terima kasih untuk Master Hadzrin dan Dr Muhammad.

Semoga Sukses selalu dan Selamat Berjaya!

Perkongsian ikhlas dari ABDUL JALIL HALIDI (Ipoh)

Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat belajar satu ilmu yang selama ini memang saya cari-cari khusus dalam mengenal potensi diri secara menyeluruh.

Program ini banyak menunjukkan saya untuk mengembangkan potensi diri sebagai hamba Allah yang hebat (khalifah).

Banyak ilmu yang dikongsikan untuk menyelesaikan sebarang masalah kehidupan (dengan izin Allah) dalam Program yang sukup santai dan padat ini.

Perkongsian ikhlas dari USTAD HAJI SHAMSUL ARIFIN BIN HAJI SUPIAN (Mantan Juara Tilawah Al-Quran Wakil Negeri Perak)

Alhamdulillah syukur kepada Allah saya dapat ilmu baru dan saya akan amalkannya sebaik mungkin untuk saya dan keluarga. Dari ilmu yang dikongsikan dalam Program ini dapat membantu saya menyelesaikan masalah bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk orang ramai juga. Insya Allah Amin….

Perkongsian ikhlas dari HAJI MOHAMAD AIDY IBRAHIM

Apa yang saya boleh katakan tentang program ini ialah memang BEST dan BERBALOI sangat-sangat. Belum pernah saya hadiri program yang sesantai dan padat dengan ilmu.

Cara penyampaian yang cukup menyentuh jauh masuk ke dalam hati. Saya baru mendapat kesedaran untuk buat baik kepada semua orang. Bila hati bersih rupanya potensi sebenar terpancar.

Harap Master dan Dr dapat datang lagi ke Ipoh untuk turunkan ilmu. Rugi siapa tak mai..

Perkongsian ikhlas dari ASRUL IKMAL ( Reiki Master )

Anda sudahpun membaca kisah pengalaman peserta Kursus ISP Advance. Jika berminat untuk hadir ke Kursus masih terbuka. Sila Klik sini untuk keterangan lanjut.

Hantar Komen anda disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*