10
Nov

PENTINGNYA SISTEM COACHING DALAM KEHIDUPAN

tendai coachingAssalamualaikum.
Maaf agak sibuk untuk update blog.

Pastinya ada yang berasa bosan bila tiap kali masuk ke blog hadzrin dot com ni asyik post yang 7 hb pasal program ke Ipoh sahaja.

Bukan apa, sejak kebelakangan ni nak curi masa depan komputer pun payah.

Yang mana dah jumpa saya mereka tahulah rutin saya banyak di luar berjumpa orang. Ada juga yang ingat saya duduk di ofis Putrajaya. Ada yang terus datang ofis nak beli barang atau nak belajar tapi ofis tutup memanjang.

Ofis tu guna buat training ISP setiap hujung minggu atau hujung bulan sahaja. Siang gari memang tak ada orang atau staft. Belum tiba masanya untuk gunakan sepenuhnya ofis tersebut walaupun bayar sewa sebulan RM1,500.

Kalau tak bayar sewa RM1,500 sebulan dah boleh sangat bayar duit bulanan kereta Camry 2.0. Inilah niaga namanya…kadang-kadang terpaksa keluarkan kos yang tak digunakan sepenuhnya.

Semua orang yang berjaya mempunyai COACH mereka sendiri. Tak kiralah atlet, penyanyi, bisnesman, saintis…mereka ada orang yang memberi bimbingan atau tunjuk ajar.

Saya masih ingat lagi waktu buat bisnes MLM dulu memang setiap bulan saya akan naik ke KL (Waktu itu saya duduk di JB) datang belajar dengan Coach saya. Belajar sampai berhari-hari lamanya.

Tujuan buat coaching ni sebenarnya lebih kepada fokuskan matlamat dan tujuan buat bisnes atau belajar ilmu. Dan bila ada coaching sebegitu, jalan yang depannya ada banyak lalang akan ditebas dan perjalanan kita dalam apa jua bidang menjadi mudah.

Pemain Golf hebat seperti Tiger Woods sendiri ada coach. Dan coach ni tak semestinya hebat seperti Tiger Woods. Tetapi Coach ni adalah orang yang memudahkan kerja Tiger Woods.

Contohnya kadangkala Coach Tiger Woods ni adalah Keddy dia sahaja. Keddy dia akan pastikan kayu golf apa yang sesuai setiap kali nak buat pukulan dengan altitude angin dan bentuk muka bumi padang golf ketika itu.

Dalam setiap projek memerlukan teamwork dan coach adalah salah seorang team. Nak berjaya memang tak boleh nak buat cara one man show.

Sebab itu saya ajak adik saya dalam program dengan Dr Muhammad dalam program bengkel yang saya anjurkan kerana ilmu yang dikongsikan boleh pelbagai dan gaya persembahan yang berbeza.

Dalam Program Tendai ini, saya menggunakan pendekatan melalui kaedah coaching iaitu bimbingan berterusan. Jadi Ahli Tendai yang sudah saya ijazahkan baik yang melalui kaedah jarak jauh atau berjumpa saya galakkan untuk bersama saya dalam seisi coaching.

Dalam proses coaching ini, barulah mereka akan mengerti mengapa mereka belajar ilmu Tendai dan mendalami kehebatan ilmu ini.

Sebab itu bagi mereka yang dah nampak keberkesanan ilmu Tendai kepada diri mereka baik dari segi ekonomi, perhubungan dan kehidupan, mereka akan upgrade diri mereka menjadi tahap-tahap tinggi sehingga tahap super grand master.

Insya Allah, program bimbingan dan coaching Tendai ini diperkenalkan untuk membina empayer Ahli Tendai sendiri. Bayangkan dengan ilmu Tendai yang anda miliki, mampu membuat rawatan , menghantar energy untuk capai hajat dan untuk perlindungan diri serta keluarga.

Ramai yang keliru belajar Tendai ini untuk menjadi bomoh ka….Inilah yang biasanya di ajukan soalan kepada saya oleh kawan-kawan apabila mereka mengetahui saya mampu mengubat dan merawat orang atau membuat transfer energy pada barang (dengan izin Allah).

Ilmu Tendai ini adalah ilmu yang diwarisi dari Sunan Kali Jaga ( Wali Songo ) dan ilmu yang lebih cenderung ke arah kekuatan Spiritual (kerohanian). Jadi ilmu para Wali diwarisi untuk dipraktekkan dan digunakan kearah kebaikan.

Jika dahulu dalam sistem coaching lebih ke arah membina kekayaan dan keduniaan tetapi kali ini sistem coaching lebih kepada pembersihan jiwa dan mencari keredhaan Illahi.

Insya Allah, Program ISP juga merupakan saluran dalam bentuk kelas untuk membimbing Ahli yang sudah mendapat pengijazahan Tendai. Cabang ilmu dipecahkan supaya ia menjadi lebih khusus.

Bagi yang sudah saya ijazahkan Tendai berminat untuk berjumpa saya dan buat Coaching boleh lah datang berjumpa dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Kebiasaannya saya membuat pertemuan di Alamanda.

Dalam perjumpaan, kita lebih membincangkan bagaimana nak kembangkan bisnes sendiri dan tingkatkan ekonomi . Bukan berbincang perkara yang berfaedah dan yang nak menunjuk kehebatan.

Ada juga yang tak suka dan nak tunjuk mereka itu hebat. Bagi saya biar hebat macamana pun ilmu yang ada atau kekuatan yang ada, lagi 50 tahun semua tubuh dimakan tanah. Macam Bruce Lee yang hebat kung fu nak cabar-cabar orang akhirnya mati pada usia 32 tahun.

Saya selalu pesan pada murid-murid saya amanat yang Guru kami ajar, kalau ada orang nak cabar-cabar itu biarkan sahaja mereka. Buang masa dan tak ada faedah. Apa tujuan untuk membuktikan kekuatan. Melainkan kalau dia sanggup nak bankin RM1,000,000 baru boleh layan.

Ilmu yang kita ada itu untuk kebaikan orang ramai. Bukan untuk ditunjuk-tunjuk. Seperti saya beritahu tadi, semua orang akan mati lagi beberapa tahun lagi. Jadi apa kebaikan yang nak dibawa untuk menghadap pada Allah.

Sebab itu coaching itu penting supaya Ahli-Ahli Tendai tahu akan tujuan menuntut ilmu.

Saya faham, kebiasaannya bila kita dalam kesukaran, saat itu lah kita akan mula mencari jalan. Kita akan cuba mencari jalan dengan belajar ilmu-ilmu. Dan perlu ingat, belajar banyak ilmu sekalipun tapi tak praktikan akan menyebabkan kita tak yakin dan was-was tentang ilmu yang kita ada.

Biarpun duit dah beribu keluarkan untuk dapat ilmu tetapi tak praktekkan sememangnya sia-sia sahaja ilmu itu. Paling tidak pun applykan ilmu dalam tips yang saya kongsikan di post sebelum ini .

baju Tendai MasterBagi yang berminat untuk mendapat pengijzahan Tendai peringkat Master ke atas, saya hadiahkan T-Shirt 100% Cutton Tendai Master yang sudah di energykan untuk pelbagai fungsi PERCUMA.

Insya Allah baju ini kalis sihir, kalis gangguan makhluk halus dan baju yang memberi si pemakai kelihatan berwibawa. Kalau nak beli harganya RM50 (kos penghantaran RM10).

Pengijazahan Tendai Klik Sini

Sila beri pandangan anda…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

syikin

November 12, 2010 at 5:06 pm

bila saya nak coaching ngan sifu ni.

nizar

November 17, 2010 at 12:49 pm

WOOOOO00000ooooooow………
can….tiknya baju tu….tapi rasanya macam ada laman web dekat bawah logo tu….
siapa designer dia master?? 🙂

syakir

November 22, 2010 at 2:51 am

master..
kalo saya nk bli bju tu bleh tak master…??

    Master Hadzrin

    November 22, 2010 at 2:39 pm

    boleh