02
Nov

MENGGUNAKAN YOU TUBE UNTUK TARIK ENERGI

Assalamualaikum Wbt.

Semalam pergi ke Kampung Baru jumpa dengan salah seorang kawan yang dah kenal 2 tahun tapi tak pernah jumpa face to face. Kawan yang buat gaya pos sama-sama.

Dia berminat untuk buat bisnes emas. Saya kongsikan peluang itu dengan dia sebab katanya habis kontrak kerja nak buat bisnes full time.

Kalau kita buat bisnes insya Allah , Allah akan bagi kelebihan kepada kita sebab waktu buat bisnes kita akan berserah pada Allah terhadap apa yang rezeki diterima itu.

Kerja hari ini tidak menjanjikan hasil kalau buat bisnes tetapi ada satu sudut keyakinan jauh didalam bahawa akan tiba masanya Allah turunkan nikmat rezeki yang tidak disangka-sangka apabila kita lepas dari dugaan dan diatas kesabaran kita.

Kalau anda fikir nak berniaga ,anda perlu redha dan bernekad. Yang bertanya saya risau kalau-kalau tak ada hasil bila terus buat bisnes bagaimana…. Masa saya dulu buat bisnes mula-mula dengan tak ada duit pun tak ada siapa ambik kisah dan saya tak fikir pun yang kalau hari ini saya berniaga minggu depan dah dapat hasil.

Walaubagaimanapun jika anda nak buat bisnes atas sebab nak bina empayer sendiri dan tak boleh nak bekerja dengan orang disarankan anda mempunyai simpanan 5 bulan gaji. Jika anda bergaji RM2,000 bermakna anda perlu sediakan RM10,000.

Macam saya dulu jenis nekad sahaja. Masa mula-mula nak berniaga duit hanya ada RM11. Itupun dalam bank tak boleh keluarkan. Zaman sekarang ni kalau ada RM11 masih lagi boleh makan ayam. Sebab ada sahaja rezeki makan. Yang penting minda tak mati dan buntu atas kekurangan diri dan duit.

Saya masih ingat lagi disaat saya sedang mencari rentak dalam perniagaan saya, waktu tengah tak ada duit dalam poket, saya masuk ke hotel mewah 5 bintang dan duduk di lobi sambil membaca surat khabar , tengok orang dan duduk tenang-tenang di atas sofa hotel yang empuk.

Pakai memang smartlah waktu itu maksudnya pakai baju masuk dalam dengan kasut. Kalau datang hotel mewah pakai selipar jepun nampak sangat kantoi.

Jangan bimbang, tak ada siapa yang nak halau anda. Walaupun pekerja-pekerja hotel disitu pakai baju kot dan smart-smart belaka, mereka juga ada banyak masalah kewangan.

Ramai kawan saya yang kerja hotel dan saya faham benar keadaan mereka ini. Ada yang dulu sama-sama duduk di rumah member yang kerja hotel tapi rumahnya hanyalah setinggan di Sentul.

Jadi pekerja-pekerja Hotel ni tak akan menghalau anda kalau anda duduk-duduk di lobi. Melainkan anda datang compang campeng sebab mengeruhkan permandangan dalam hotel.

Tujuan duduk di lobi hotel walaupun nampak macam buang masa tetapi sebenarnya kita sedang selaraskan energi kemewahan dan kekayaan dari orang yang datang ke hotel tersebut.

Sambil itu kita akan secara automatik atau suara hati kita akan bertindak mengubah minda dan wajah kita menjadi seolah-olah kita juga berada dalam kelompok itu.

Cuba bayangkan kalau anda berada di pasar petaling street dengan dibandingkan berada di hotel mewah. Kan moodnya berbeza. Muka anda akan menjadi seperti tanah runtuh bila selalu fikirkan masalah yang menimbun bila berada di tempat yang haruk piruk.

Bila pergi ke tempat mewah anda akan secara automatik menjadi pelakon tambahan terbaik dalam drama Jutawan Fakir. Wajah anda yang seakan tanah runtuh anda akan cuba sorokkan untuk menunjukkan seolah-olah anda seorang yang sukses!

Lagi baik waktu berada di tempat (hotel) tersebut anda berzikir dengan menyebut “Ya Razaq” (Yang maha memberi rezeki) sepanjang duduk di situ.

Ibarat diri anda di charge dengan energi-energi kekayaan. Sebab itu orang yang buat bisnes banyak masa untuk dibuang masa dengan mengakses energi di tempat-tempat tersebut. Itulah yang saya buat dahulu untuk mencari ilham padahal duit dalam poket ada seringgit.

Jangan pula pergi hotel yang sama hari-hari. Nanti kantoi jugak. Dan jangan tidur pulak di sofa . Tu yang kena halau. Sebab kalau hotel guest mesti tidur dalam bilik bukan di lobi.

Pointya ialah Akses Energi.  Anda akan lebih memahami bila anda Ahli Tendai sebab Ahli Tendai berupaya untuk menyerap energi luar melalui latihan yang telah dibuat selama 21 hari. Ramai yang bertanya setelah buat latihan 21  hari apa yang perlu dilakukan.

Buat aktiviti seperti biasa tetapi dengan cara luar biasa seperti mengakses energi-energi yang kita perlukan. Serupa juga dengan teknologi sekarang ni yang kita boleh gunakan dengan You Tube.

Sebagai contoh, jika anda ingin kereta mewah seperti Toyota Alphard. Anda taip sahaja Alphard pada You Tube dan akan keluar banyak video tentang Alphard. Apa yang anda buat lepas itu ialah anda download dan lihat video tersebut setiap kali malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun tidur.

Orang selalu tanya saya, tengok sampai bila? Saya jawab, tengok sampai dah dapat pakai impian tersebut. Ada yang bertanya, habis kalau 10 tahun baru dapat pakai? Saya jawab semula , yang nak pakai dia , bukan saya jadi kalau betul-betul nak pakai kena sanggup buat apa sahaja. Yang nak pakai nak sedap dan nak seronok dia. Saya hanya kongsikan apa yang saya buat untuk capai target.

Sebab itu untung  jadi Ahli Tendai kalau tahu cara akses tambah lagi hanya guna niat sahaja. Niat sama seperti semasa membuat Latihan. Jika tak tahu nak guna anda yang sudah Ahli Tendai boleh datang hadiri Kursus Peringkat Advance ISP pada 28 hb November ini di Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya. Yuran hanya RM450 dan saya jamin , ilmu yang dikongsikan tersangat murah berbanding nilai yang dibayar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Asrul Effendi

November 2, 2010 at 6:43 am

Keadaan di sekeliling kita mempengaruhi kehidupan seharian kita…

Ms Y

November 10, 2010 at 2:44 pm

idea2 yg bernas & mmg boleh diguna pakai….
seronok baca artikel2 master (“,)